Bab 15

1.3K 213 38
                                    

Bab 1 : RM (Manuskrip)

TAP, tap, tap.

Bergema satu kawasan koridor dengan bunyi tapak kasut menghentam lantai simen.

Seorang remaja perempuan berjalan mengekor di belakang seorang wanita berumur awal 30-an.

"Okey, kita dah sampai."

Dia angkat muka, mendongak melihat pintu yang sedang tertutup rapat. Tulisan yang ada di pintu dia baca.

BILIK PENGETUA RAYA UMI KALTHUM AZIZI

Tanpa dia pinta, tombol pintu dipulas kemudian sekelip mata daun pintu sudah terbuka luas untuk dia.

"Jom masuk, Mawar. Kita jumpa Umi."

***

MAWAR pandang sekeliling bilik asrama, dari katil, almari baju, meja belajar sampai ke tempat sangkut baju, semua Mawar perhatikan dengan teliti.

Air liurnya ditelan perlahan, kagum.

"Okey tak bilik ni?"

Mawar menoleh ke belakang, ke arah suara yang bertanya. Ada Umi, iaitu pengetua Rumah Anak Yatim As-Sofa atau singkatannya, RAYA, sedang berdiri di muka pintu dengan bibir yang lebar tersenyum ke arah dia.

Mawar baru berjumpa dengan Umi tak sampai dua jam, tapi setiap kali dia pandang wajah itu, jarang sekali dia nampak bibir Umi tidak melebar tersenyum.

Manis sungguh, lembut sahaja, penuh keibuan.

"Mawar suka tak bilik ni?"

Umi tanya sekali lagi bila Mawar tak ada tanda-tanda nak bagi respon dekat soalan yang dia ajukan mula-mula tadi.

"Suka! Mawar suka!" Mawar deras-deras jawab, bimbang diam dia disalah erti.

"Suka? Betul?" Umi dah masuk dan berdiri di tepi Mawar sambil lingkarkan tangannya ke bahu dia, penuh kasih. Sedikitpun tidak kekok buatkan Mawar rasa sangat senang.

"Suka, Umi. Cantik sangat." Puji Mawar ikhlas. Dia dah pernah rasa duduk dekat tiga rumah anak yatim yang berbeza termasuk RAYA, dan apa yang Mawar boleh kata, bilik asrama di RAYA ini paling cantik, paling kemas, paling bersih, dan paling baru.

Semua perabotnya nampak seperti baru ditukar, tidak seperti rumah-rumah anak yatim sebelum ini, almari pun hampir nak roboh, katil tu tak payah cakaplah.

Bilik pun muat-muat sahaja berhimpit. Mawar bilang berapa katil yang ada dalam bilik itu.

Empat katil dua tingkat, bermaksud ada lapan orang penghuni bilik ini. "Lapan orang yang Umi duduk dalam bilik ni?"

"Haah. Lapan orang termasuk Mawar. Sekarang waktu untuk beriadah, dia orang tengah main dekat padang. Peraturan dekat sini, Umi buat, waktu petang-petang tak boleh duduk terperuk dalam bilik. Semua orang kena pergi beriadah dekat luar. Nanti lepas makan, Mawar jumpalah dengan kawan-kawan yang duduk sekali dengan Mawar dalam bilik ni."

Ooo...

Bulat mulut Mawar membentuk 'O' yang sempurna. Okey, faham. Patutlah kawasan asrama perempuan ini lengang.

Puas dia tertanya-tanya, mana pergi semua orang, rupanya ke padang.

"Katil Mawar yang itu ke, Umi?" Mawar tunjuk satu katil di tingkat bawah yang nampak seperti tidak bertuan.

"Ya, itu katil Mawar."

"Okey, terima kasih Umi."

"Sama-sama, kalau macam tu Mawar kemaslah dulu barang. Nanti, lepas dah siap, Mawar pergi mandi, salin baju. Lepas tu turun, pergi dewan makan."

Red MawarWhere stories live. Discover now