"RAID."Mawar seru sepotong nama itu ketika mereka sedang duduk santai menonton TV. Dia jilat bibir yang terasa kering.
Dari siang tadi dia dah terfikir nak tanya tentang mimpinya dekat Raid, tapi ada sahaja halangannya.
Malam ini, Mawar tak kira. Dia perlukan kepastian.
"Ya, sayang?" Raid menyahut, tapi cuma sekejap dia pandang Mawar sebelum kepala itu kembali mengadap TV semula.
"Erm, boleh saya nak tanya sesuatu?"
Raid angguk. "Tanyalah."
"Erm... siang tadi kan, saya ada mimpi."
Mawar nampak bibir merah jambu itu sudah melebar, nipis dia tersenyum. Raid senyum dekat Mawar sekilas, kemudian dia cuit hidung itu sekejap dan sambung menonton filem. "Sayang mimpi apa?"
"Saya mimpi saya duduk dekat bilik gelap."
Ayat dari Mawar berjaya mematikan senyuman Raid dengan serta-merta. Sepantas kilat tangan itu capai alat kawalan jauh dan tutup TV dan duduk menghadap dia.
Mukanya dah serius. "Mawar cakap apa?"
"Saya mimpi, saya duduk dalam bilik gelap."
Muka Raid serius. "Bilik gelap macam mana?"
Lambat-lambat Mawar gelengkan kepala dia. "Tak tahu, saya tak nampak apa-apa. Gelap sangat. Tak ada beza langsung buka mata atau pejam. Dua-dua sama."
"Bila Mawar mimpi macam tu?" Raid dah paut bahunya, terasa kuat dia mencengkam di situ buatkan Mawar terkejut.
"Ta, tadi." Jawab Mawar dengan suara yang sedikit tergagap.
"Mawar ada nampak apa-apa lagi tak?"
Geleng.
"Betul?"
Angguk.
"Ada sesiapa lagi dekat situ?"
Mata Mawar terkebil-kebil sendiri. Perlu ke dia cerita dekat Raid?
"Erm, ada."
Mata Raid mencerlung luas. "Ada? Siapa? Mawar nampak tak muka dia?!"
Mawar menyeringai bila terasa bahunya pedih bila Raid cengkam terlalu kuat hingga terasa ke tulang.
Sedar mungkin perlakuan dia membuatkan Mawar kesakitan, cepat-cepat Raid jatukan tangannya ke atas Riba. Pantas dia meminta maaf. "Sorry, sorry sayang."
Dia usap bahunya yang terasa sedikit sengal. Sah, melihatkan reaksi suaminya itu Mawar dah boleh teka pasti ada sesuatu yang tak kena dengan mimpinya.
Mawar yakin, dia bukan bermimpi biasa-biasa. Pasti ada cerita lain yang terkambus dalam telaga memori dia.
"Raid tahu pasal mimpi ni?"
Lambat-lambat lelaki itu mengangguk. "Tahu."
"Saya pernah mimpi macam ni juga ke sebelum ni?" Berhati-hati Mawar cuba menyusun kata.
"Pernah. Tapi tak pernah lebih dari bilik gelap tu bila Raid tanya Mawar. Sama, Mawar cuma sedar dalam bilik gelap, itu je. Polis jumpa Mawar dulu pun dalam bilik gelap juga. Doktor percaya, something did happen there sampai you burried everything deep inside and come up with a new character. Mawar pucat sangat, mungkin sebab langsung tak kena cahaya. Penculik tu tak tinggalkan sebarang klu, and the only way to do justice is by your memory. Sebab Mawar je yang pernah jumpa dia."
Panjang lebar Raid terangkan kepada Mawar apa yang terjadi dulu.
Mawar cari mata Raid.
"Tapi kali ni, saya dengar suara sekali." Dengan penuh yakin Mawar beritahu suaminya tentang info terbaru itu buatkan sekali lagi mata Raid terbuntang hebat.
YOU ARE READING
Red Mawar
RomanceBangun-bangun sahaja Mawar, ada seorang lelaki di hadapannya. "Sayang dah bangun?" "Awak siapa?" "Sayang tak ingat saya?" "Awak siapa?!" "Raid. Saya Raid. Suami awak." Ya, dia tiada memori tentang lelaki itu. Hilang, langsung terbang dibawa angin...