Bab 3

2.1K 317 37
                                    


KEPALANYA bergerak-gerak sedikit, peluh mula merenik di kepala.

"You are my rose, my dear red rose."

Kelopak mata Mawar bergerak-gerak dalam keadaan terpejam rapat menandakan dia berada dalam keadaan separa sedar.

"I love you, Mawar."

Suara itu bergema di dalam kepala, berulang-ulang kali tetapi tidak tahu puncanya dari mana.

Mawar mahu bangun dari lena, tapi dia tak mampu. Ketika itu yang dia lihat cuma gelap.

Dia takut, dia mahu bangun, tapi kudratnya tidak membenarkan dia untuk terjaga.

Tiba-tiba gelap yang sangat pekat itu berganti dengan satu cahaya terang. Sangat terang hingga memaksa dia menutup mata.

Beberapa saat kemudian, Mawar buka matanya perlahan-lahan, dia lihat ada sepasang kaki berjalan membelakangkan cahaya.

Mendongak tinggi dia mahu lihat gerangan empunya diri yang datang, tapi yang dia nampak cuma sosok tubuh yang gelap.

Silhoutte.

Tap. Tap. Tap.

Derap bunyi telapak kaki itu makin kuat apabila jarak mereka makin hampir.

Tapi kali ini, dia dengar sekali seperti bunyi besi yang diseret ke lantai buatkan liurnya ditelan kasar.

Mawar ketakutan.

Dia cuba mengesot ke belakang, sedikit demi sedikit, tapi kaki itu lebih laju melangkah darinya.

"Mawar... jangan lari."

Makin laju dia mengesot ke belakang, hingga tiba-tiba badannya tersentuh dengan permukaan yang keras. Mawar percaya itu dinding.

"Jangan lari sayang... you will be hurt. Jangan takut."

Tap.

Sepasang kaki sudah berdiri betul-etul di hadapan dia. Melihatkan kasutnya, suaranya, yang sedang berdiri di hadapan dia ini seorang lelaki.

Tepat seperti sangkaan dia, lelaki itu mengheret rantai besi bersamanya hingga menghasilkan bunyi bila berlaga dengan lantai.

Cing!

Terhenjut bahu Mawar bila besi tadi tanpa amaran dijatuhkan ke lantai dan jatuh betul-betul tepi pehanya buatkan Mawar mengerikut ketakutan.

Dia peluk lutut, lalu muka disembamkan ke peha sambil tangan menyembunyikan kepala.

"Mawar... takut?"

Mawar menjerit sekuat hatinya bila dia dengar suara itu berbisik betul-betul di tepi telinga.

Mata yang tadi rapat terpejam kini sudah celik, luas terbuka hingga bola mata terbeliak.

Dia tolak segala selimut yang sedang membalut badannya ke tepi, mengesot dia degan cemas hingga tersandar di kepala katil.

"Mawar!"

Mawar langsung tak dengar dan perasan yang Raid sedang bermuka cemas melihat dia tiba-tiba seperti orang histeria bangkit dari lena.

Badan Mawar dah menggigil, dia pekup telinga sambil menangis.

Suara itu! Suara itu!

"Mawar... takut? Shhh..."

"Mawar-"

Macam dirasuk hantu Mawar menjerit sambil menepis tangan Raid yang cuba menyentuh dia. Dia baling semua benda yang dapat dia capai pergi ke Raid, langsung tidak peduli jika tindakannya bakal mencederakan suaminya atau tidak.

Red MawarWhere stories live. Discover now