Bab 21

1K 191 46
                                    


SKRIN komputer ribanya yang di atas meja kopi itu Mawar tenung kosong. Acara tenung skrin itu telah berlangsung sejak tiga puluh minit yang lalu.

Sebagaimana bersihnya skrin itu tanpa sepatah perkataan, begitulah juga apa yang ada dalam kepala dia ketika ini.

Writer block?

Ya, Mawar sedang mengalami masalah utama bagi penulis, ketandusan idea. Dia mahu tulis sesuatu, dia tahu dengan jelas apa yang dia mahu ada di atas kertas, tapi sepatah aksara pun tak keluar dalam bentuk ayat.

Faham tak perasaan tu?

Semua benda yang dia tulis akan rasa macam tak betul. Ayat-ayat yang dia taip itu bila dibaca rasa macam tak kena.

Sudahnya dia akan padam semula. Dari tadi, itu sahajalah kerja Mawar.

Taip kemudian, padam. Bila dah penat, dia baring. Pandang siling, cuba cari ilham dan cari mood untuk menulis. Rasa-rasa semangat tu dah sampai, dia bangun dan sambung menulis, tapi...

Macam inilah kesudahannya.

Tak ada hasil.

"Sayang! Nak air panas tak?"

Mawar tolehkan kepala dia ke dapur, dia tak nampak kelibat Raid, tapi Mawar tahu lelaki itu ada di situ. "Raid nak buat air ke?"

"Haah. Nak tak? Kalau nak Raid buatkan sekali."

"Naklah!"

"Mawar nak air apa?" Raid dah muncul di muka pintu bersama beberapa paket minuman 3 dalam satu di tangannya. "Nescafe? Milo? White coffee?"

"Nak Neslo boleh?" Mawar minta air yang tiada dalam pilihan yang Raid berikan.

"Okey." Dan Raid hilang semula masuk ke dalam dapur.

Mawar sambung termenung tengok skrin. Tangan dia capai tabletnya yang terbaring tak jauh dari komputer ribanya.

Dia buka nota yang Red dah tolong carikan. Mata dia galak bergerak ke sana sini membaca catitan-catitan yang Red tandakan di atas keratan artikel yang berkaitan sebagai salah satu solusi untuk dia dapat cetusan idea.

"Nah, air Mawar." Raid datang dan letak cawan yang masih berasap depan Mawar, kemudian dia ambil tempat di meja itu juga, bersila bertentangan dengan Mawar di seberang sana.

Raid kerja dari rumah sahaja musim-musim PKP ni.

Jadi mereka bersama-sama duduk bekerja di ruang tamu.

"Thanks, Raid." Ucap Mawar sambil dia letak tablet atas meja, sebelah tangan pegang cawan, sebelah tangan tatal skrin.

"Welcome."

Ucap Raid ringkas sebelum dia kembali fokus buat kerja dia di komputer riba, langsung tak berkutik-kutik dah.

Mawar sandarkan badan dekat badan sofa bila terasa lenguh akibat terlalu lama menunduk, lalu mata dia terpandang muka Raid yang tenang di depan dia.

Kacak.

Setakat ni, Mawar tak pernah lagi nampak Raid bising-bising pasal kerja dia. Tenang aje dia, diam-diam. Ada masalah ke, tak ada ke, macam itu ajelah dia. Tak faham sungguhlah Mawar.

Lagi Mawar tersengih sendiri.

Agaknya perasan kot Mawar pandang-pandang dia, Raid angkat muka. Tak lama, untuk dia juga tersenyum seperti Mawar. "Are you okay, sayang?"

Mawar ketawa kecil sambil geleng. "No..."

Raid ketawa tengok Mawar macam dah hilang akal. "Ya Allah, teruk sangat dah sayang saya ni."

Red MawarWhere stories live. Discover now