Bab 20

1K 189 48
                                    


BAB 6: RM (Manuskrip)

Mawar jadi tak senang duduk bila empat pasang mata terus-terusan melekap ke mukanya seperti dia itu pesalah kerajaan.

Tak tahan diperlakukan begitu buatkan Mawar hempas telefon milik dia ke tepi tilam lalu bangun dari baringnya dan duduk bersila menghadap mereka berempat.

"Okey, fine! Cakap, apa yang kau orang tak puas hati dengan aku, aku terima semua."

Serentak, Dodi, Tim, Haha dan Adah datang dan menempel di sebelah Mawar macam semut hurung gula.

"Apa kau buat sampai Raid jadi macam tu?" Adah yang pertama buka mulut.

"Aku tak buat apa-apa, sumpah! Aku pun tak tahu dia tu kenapa."

Lama mereka berempa tengok Mawar, cuba mencungkil rahsia. Mana tahu Mawar menipu.

Tapi Mawar tak gentar, dia tenung semula mata-mata mereka penuh berani. Buat apa dia nak takut? Mawar tak bohong, dia pun keliru dengan perangai lelaki bernama Raid itu.

Haha mengeluh, kemudian dia menyandar ke kepala katil sambil buat muka pasrah, tak jumpa jawapan yang dia mahu. "Betullah cakap Mawar tu, dua puluh empat jam kita lepak sama-sama, apa je dia boleh buat dekat Raid."

Bersinar-sinar muka Mawar dengar apa yang Haha cakap. "Ya Allah, ada pun yang faham aku."

"First time tau aku nampak Raid tu buat perangai mcam tu, dengan geng gedik bilik ni pun dia buat tak layan je." Tim cakap sambil main-main dengan getah rambutnya yang dah putus.

"Aku rasa, dia suka kaulah Mawar." Dodi nyatakan fakta yang buatkan mata Mawar terbeliak luas.

"Eh, jangan nak mengarut!" Laju dia menafikan tuduhan mereka.

"Apa yang mengarutnya?"

Mawar gelengkan kepalanya, tak mahu percaya kata mereka. "Ah, sudahlah kau. Aku tak rasa Raid suka aku. Dah, dah. Pergi balik katil kau orang."

Mawar capai semula telefon miliknya, mahu sambung menonton cerita bila suara Dodi mematikan hasratnya.

"Tak apa, esok aku tanya dekat Raid. Senang, tak payah berteka-teki."

"Aku setuju!" Tim dan Haha buat isyarat 'OK' dekat Dodi tanda mereka menyokong apa yang Dodi mahu lakukan.

"Jangan risau Mawar, kita orang lagi rela Raid suka dekat kau dari budak gedik tu ha."

Mawar pandang mereka silih berganti dengan lidah yang dah kelu.

Keluhnya dilepaskan. Aduhai...

"Suka hati kau oranglah." Mawar berani kerat jari jawapan Raid tidak akan sama seperti yang mereka harapkan.

***

"HAAH, saya suka Mawar."

Dang!

Mawar yang duduk di tepi sahabatnya berempat itu sudah pegun berdiri, tak tahu harus memandang ke mana bila mendengarkan pengakuan jujur lagi telus dari Raid.

Langsung tidak berkias-kias.

"Me... mengarutlah!" Mawar tempelak Raid, tak peduli akan kehadiran orang lain di situ. Ah gila...

Mereka kenal tak sampai seminggu pun lagi, suka?

Karut!

"Mawar!" Haha jegilkan mata dia dekat Mawar, menyuruh Mawar untuk diam tidak berkata-kata.

"Apa? Kau tak payah percayalah cakap dia ni, mengarut je lebih."

"Saya tak mengarut, saya memang suka Mawar." Raid tampilkan diri untuk menyatakan rasa hati dia yang sebenar-benarnya buatkan fokus Mawar kini sudah beralih arah.

Red MawarWhere stories live. Discover now