Parit

40 4 0
                                    


Awan-kemawan membulat ketul. Cahaya purba menerobos perut awan bergaris sinaran surya memancar ranah buana. Sendirian Harris duduk menghayun kaki di tebing parit sambil merenungi air busuk berbau bangar, kohong, haring dan hanyir mengalir bening.

Walau airnya tohor separas betis jangan disangka boleh dibuat tempat bermain. Tanah parit itu berlulut. Lagi bahaya jika tiba-tiba muncul kepala air dek hujan lebat. Pernah ibu Harris menceritakan satu kisah tragis menimpa seorang budak lelaki.

Budak itu mati lemas dibawa hanyut deras ketika paras air melimpah ruah dek hujan lebat. Mayatnya itu ditemui terapung kembung beberapa hari kemudian.

Garis-garis petang jatuh merundum ke barat. Semua yang dibawa siang sudah tiba tenggaknya pulang ke sarang. Kini berganti dengan para-para malam yang baru berjaga dari mimpi. Sepertimana burung layang-layang, Harris juga perlu pulang.

Jika tidak, digebok getah paip adalah satu derita.

Sebaik Harris bangkit, muncul seorang wanita dewasa menyelak rambut ikalnya sambil tersenyum memandang Harris. Senyum itu Harris balas dengan senyum nipis.

Wanita itu riaknya matang. Liuk badan ramping melidi. Pakaiannya berkurung merah berseluar biru. Bulat wajahnya berdagu kecil. Kulitnya sawo matang bermata bundar. Memandang Harris tanpa membutir kata.

Melepasi pengadang besi, wanita itu menuruni curam parit. Kakinya tenggelam sedikit-sedikit semakin dia berjalan ke tengah. Mahu sahaja Harris hendak memberi amaran bahaya namun niat itu tak kesampaian.

Dia hanya pandang wanita itu tercegat di tengah parit. Tersenyum. Wanita itu merendahkan dirinya. Separuh tenggelam tubuhnya di dalam air buat Harris kepelikan. Apa yang sedang dicarinya, hingga yang terserlah di permukaan air cuma kepala.

"Harris, balik!" Laungan ibu menyentap kesedaran. Segera Harris pulang ke rumah.

>>>

Sebelum kaki melepas ke dalam bilik mandi, Harris letakkan sebutir batu putih di atas rak buku. Kawan perempuannya yang beri ketika mereka bermain di taman. Kawan baru pindah. Usai batu itu disusun cantik, di dalam bilik mandi Harris membasah diri.

Malam masih mehinggap jumantara. Sora burung hantu memecah hening. sudah tiga jam lamanya Harris tidur nyenyak semenjak selesai menyiapkan kerja sekolah.

Tap

Perihal bunyi asing itu buat dia terjaga. Tiga jari meramas pipi. Terasa basah dek air yang menitis dari siling. Sisa-sia cecair itu digentel Harris sambil memandang siling. Walau gelemat, Harris tak nampak apa-apa. Tidak dia lihat sebarang kelapuk kulat. Tidak dia jumpa tompokan air di siling. Juga apa-apa punca.

Ekk

Sepantas kilat Harris menoleh. Pandangannya terpaku di almari baju. Tiada apa-apa yang muncul selain pintu almaru terkuak kecil. Suasana sejuk bilik menangkap rinding. Segera Harris ringankan fikirannya. Mungkin terkuaknya sendiri disebabkan tidak menutup rapat. Harris bersihkan fikirannya, segera dia melelap mata.

>>>

Sebaik sekolah ditinggalkan, Harris kembali ke parit. Dia berpaut pada pengadang besi separuh karat. Air busuk terus melepas bau yang tidak menyenangkan nasal. Fikiran Harris melayang menikmati air jernih sambil berlenang dengan keantapan.

Tap, tap, tap

"Buat apa tu?" Laung seorang perempuan dari belakang kuping Harris. Berlari dia mendapatkan Harris yang menoleh kepala. Itulah kawan baru Harris.

"Tak buat apapun" Aku memandang dia "Kau tahu tak semalam ada sorang kakak ni dia masuk kat dalam parit. Entah cari apa ntah. Kotor gila" Ujar Harris meriakkan jijik.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 04, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kisah SetanWhere stories live. Discover now