Sejak diganggu jin tempoh hari tidurku agak terganggu dengan mimpi yang sama. Mimpi didatangi perempuan tua yang mahukan terunaku. Jika sekali aku bermimpi demikian bukanlah satu isu tetapi sudah 5 hari aku bermimpi benda yang sama. Perempuan tua yang muncul dalam mimpi aku pula tidak tumpah seperti hantu yang menjengah ke bilikku trmpoh hari.
'bzzzzzz'
Telefon pintarku bergetar.
Panggilan masuk sedang menanti untuk dijawab.
Di skrin terpapar nama Yazid berserta mukanya yang selekeh.
"Hello bro, ada mana?"
"Rumah la Yazid oi, takda salam ka hah assalamualaikum"
"Ish yelaaa waalaikumsalam, kau free tak hari ini? Boleh datang rumah aku tengah hari nanti?
"Buat apa? Rumah kau bukan ada apa hahaha"
"Datang jer la, aku ada cerita seram nak bagitau kau nih"
"Yela, yela"
Tanpa berfikir panjang aku terus masuk ke bilik air dan mandi. Usai mandi aku persiapkan diri dan turun ke bawah mengadap ibuku yang sibuk menyediakan sarapan pagi.
"Hari ini tak kerja ker nak?"
"Tak mak, off dua hari. Mak masak apa hari ini?"
"Bihun goreng dengan karipap"
"Okay, mesti sedap"
Tika dinihari menjelma aku mempersiapkan diri untuk keluar ke rumah Yazid. Suasana hari ini agak mendung dan kelam mungkin mahu hujan barangkali. Aku menunggang motor Yamaha LC yang baru 6 bulan aku guna.
Rumah Yazid terletak di kampung Pucok Layong yang agak pinggir lokasinya dari pekan besar. Terletak di kawasan kampung yang berhampiran dengan hutan membuatkan persekitaran kampung Pucok Layong agak suram di siang hari dan seram di malam hari, namun ia tidaklah sunyi sepi cuma suasana sahaja agak kelam. 10 minit aku menunggang motor akhirnya aku sampai di depan Rumah Yazid. Rumah orang tua yazid ni 80 peratus terdiri dari kayu dan strukturnya masih kekal seperti rumah melayu tradisional cuma ada penambahan unsur moden yang ditambat dengan batu. Yazid tinggal bersama orang tuanya samap seperti aku dan kami juga sebaya.
Tanpa berlengah aku turun dari motor nak memanggil Yazid.
"Assalamualaikum, Yazid oi aku kat depan rumah ko nih"
"Waalaikumsalam, jap eh"
Selak pintu ditolak, kelibat Yazid kelihatan membuka pintu. Sebaik pintu dikuak Yazid memperlawa aku masuk.
"Masuklah beb, aku hari ni sorang ja mak bapak aku balik kampung esok baru balik sini, heh"
"So apa cerita seram kau nak beritahu aku tadi?"
"Malam tadi aku kena kacau ngan hantu woi, giler la seram"
"Perghhh, betul ker hantu apa kacau kau tur?"
"Entahler beb, citer dia cenggini, malam tadi tengah aku ralit-ralit main game sekali rumah aku black out takder elektrik, aku cuak la plak"
"Abis tur kau kejung jer la atas katil, perghhh penakut macam bapok"
"Pala hotak kau, aku bangun la nak gi amik lampu suluh, pastu baru nak bangun baru aku sedar ada orang ushar aku dari luar tingkap bilik aku, cuak la beb. Aku try la acah-acah berani wut-wut benda tur, perghhh sekali dia ketuk tingkap bilik aku siap kais-kais lagi nak bukak. Time tur udahla gelap, aku apa lagi kelam kabut la gi ambik lampu suluh"