Bola

53 3 0
                                    


Ada sebiji bola di atas meja. Sebiji bola itu diangkat dan habuk-habuk yang menyemak dikibas keluar. Bola itu sudah kering. Ia diletak bersama dengan bola yang lain. Pintu peti ditutup rapat. Memerangkap segala haba dan kesejukan.

Tin cat diangkat. Derapan tapak kaki berlalu pergi. Seusai pintu tertutup rapat, bola itu ditinggalkan sepi.

>>>

Lima hari sebelum Hari Jadi

Abu menyarung seragam sekolah dengan semangat yang benyai. Tiada langsung keinginan dia hendak bersekolah. Mahu sahaja dia menghenyak kepala di atas bantal dan sambung tidur. Lagi seronok bersama orang asing beraksi di arena PUBG.

"Abu, mari makan!"

Apakan daya, Abu perlu patuh pada kata-kata orang melagau namanya dari ruang dapur. Orang itu berkehendakkan Abu menjadi manusia yang berguna. Belajar bersungguh-sungguh. Asalnya Abu bukanlah seorang tidak mahu ke sekolah. Dia memang teringin belajar hingga masuk universiti.

Bagi Abu, sekolah adalah neraka dunianya.

"Senyumlah sikit Abu, ni Pak Su masak nasi goreng kegemaran Abu. Pergi sekolah kenalah semangat sikit jika hendak menimbang ilmu" Ujar Pak Su.

Abu mengangguk lemah. "Iya Pak Su"

Nasi goreng dimakan dengan penuh selera. Tiada yang standing dengan masakan Pak Su. Itulah pendapat lidah Abu setiap kali merasa masakan pakciknya. Sebab selama ini tidak lagi dia merasa masakan orang lain selain Pak Su dan ibu.

>>>

Abu melihat suasana sekolah. Riuh-rendah dengan jeritan dan bualan anak-anak pelajar. Para pengawas yang setia menanti di pagar memeriksa setiap seragam pelajar biasa. Dua orang guru berbual sesama sendiri sambil mencepung buku-buku teks dan buku latihan.

Abu memandang semua ini dengan pandangan malas. Bukan pusat ilmu dia nampak. Hub kesakitan yang sudah sebati dalam dirinya. Dari cikgu hingga ke pelajarnya. Nasib baiklah pada satu hari itu Pak Su datang membentak pihak sekolah. Sejak itu perasaan neraka itu berkurang sedikit.

Namun Abu tidak langsung rasa keselamatannya terjamin.

"Jaga diri baik-baik ya, Abu" Pesan Pak Su

Abu mengiyakan kata-kata Pak Sunya sambil mencium tangan bapa saudaranya itu. Abu turun dari kereta. Abu menarik tali penyandang beg. Nafas berat ditarik dan dihembus perlahan. Dalam hati Abu berharap hari ini dia tidak apa-apa. Tidak lagi berlaku masalah dengan tiga orang pelajar yang paling dia benci.

Abu berjalan bertekur menuju ke kantin. Sementara menanti perhimpunan mingguan, dia duduk keseorangan bertemankan buku. Abu tidak ada kawan. Tiada siapa hendak berkawan dengannya. Tiada siapa hendak berkawan dengan mangsa buli. Mereka takut menghampiri Abu. Kononnya takut terpalit dengan badi Abu.

Satu hal yang mereka suka lakukan adalah mentertetawakan Abu.

Di satu sudut agak berjarak dari Abu, terdapat sekumpulan pelajar berkumpul. Masing-masing berbincang satu perkara yang menjadi topik hangat di seluruh sekolah. Kehilangan Hazim. Juga pelajar sekolah Abu. Seorang anom yang mempunyai perwatakan nakal di hadapan para wanita. Selain itu Hazim juga ketua pembuli. Dan Hazim adalah orang yang paling benci akan Abu.

Dari jauh Kazim dan Hanifah mengerling Abu. Abu perasan hal itu dan dia hanya endahkan. Abu sibukkan diri dengan membaca buku. Dua orang barua rapat Hazim itu juga pembenci Abu. Benci mereka meruap-ruap.

>>>

Abu terdorong ke belakang menyebabkan belakang tubuhnya menghempas dinding marmar yang sudah retak. Sakit tubuh buat Abu teriak kesakitan. Mengerut dahinya menahan pedih. Tanpa bersedia apa-apa leher pula dicekak. Abu meminta ehsan namun tidak diendahkan.

Kisah SetanWhere stories live. Discover now