Pulang 1

102 7 3
                                    

Assalammualaikum,

Apa khabar kalian semua. Harap kalian semua sihat tanpa mengalami sebarang kejadian seram. Semoga kalian selamat dari terlihat wajah-wajah seram makhluk jasad tidak terlihat ini.

Baiklah, hari ini aku akan ceritakan satu kisah agak seram dan agak pelik. Cerita ini berkenaan Pak Haji Hasbun atau nama ringkasnya Pak Bun. Aku tidaklah kenal sangat dengan Pak Bun nih namun ketika musim rambutan kawan aku Jib selalu mengajak aku ke sana mengambil buah rambutan di kebunnya. Ya, kawan aku Jib yang kenal rapat dengannya. Aku cuma cebisan yang menumpang makan buah rambuntannya. Manis dan berjus. Pak Bun ini pula jenis pemurah, dia suka bagi rambutannya percuma kepada orang. Kebun rambutannya juga besar dan setiap kali musim rambutan aku boleh lihat bertapa merahnya tiap-tiap pokok rambutan di kebunnya. Cantik dan sedap.

Pak Bun sebenarnya tinggal bersama seorang cucunya. Lelaki belasan tahun sama seperti aku ketika itu. Muda remaja lagi. Cucunya pula bernama Zudin. Sudah setahun Zudin tinggal bersama Pak Bun semenjak ibu bapa Zudin menghantarnya ke rumah Pak Bun. Sebelum ini Pak Bun tinggal keseorangan semenjak kematian isteri. Sejak kemunculan Zudin, hidup Pak Bun tidak sunyi. Pak Bun sudah ada teman. Teman yang memanggilnya atuk.

Zudin ini pula walaupun orang bandar, perangainya baik-baik sahaja. Dia tidak lokek tinggal di kawasan kampung dan rajin membantu datuknya menguruskan kebun dan ladang ayam. Zudin ini suka berbual tetapi pemalu. Jika tidak ditegur dia akan diam, bila sudah kenal berbualnya tidak kenal erti waktu. Pak Bun sering mengajak Jib ke kebunnya untuk menemani Zudin. Aku rasa mungkin kami sahaja yang dia kenal. Zudin ini kurang bergaul, itulah kekurangan yang ketara dalam dirinya. Mungkin di bandar gaya hidup yang lebih individualistik menjadikan Zudin perwatakan begitu. Di sekolah juga Zudin kurang bercampur. Hanya Jib sahaja yang menjadi kawannya. Untuk pengetahuan kalian aku dan Jib tidak sama sekolah.

Mahu dijadikan cerita pada satu hari Zudin telah hilang. Menurut Pak Bun kali terakhir dia bersua muka dengan kelibat Zudin di kala senja sehari sebelum Zudin hilang. Zudin kata dia mahu ambil barangnya yang tertinggal di kebun. Sejak dari saat itu Zudin tidak lagi pulang ke rumah. Selama dua bulan orang kampung dan pihak berkuasa cuba mencarinya namun gagal. Begitu juga dengan kami berdua. Jejak Zudin lesap begitu sahaja. Ibu bapa Zudin pula marah-marah pada Pak Bun. Kesian aku melihat keadaan Pak Bun ketika itu. Selepas kejadian itu anak Pak Bun tidak lagi menjejak kaki mereka ke rumah itu. Keji kan.

Beberapa minggu kemudian, Jib mengajak aku ke rumah Pak Bun. Dia mahu melawat Pak Bun. Lama juga sebenarnya aku tak melawat orang tua itu. Aku turut sahaja ajakan Jib dan kami berdua berbasikal ke rumahnya.

"Kalau kau nak tau Pak Bun yang ajak aku ke rumahnya semalam"

"Ambil rambutan ker?"

"Tak"

"Jadi kenapa pula?"

"Dia kata Zudin dah balik rumah"

"Errr biar betul, tak tau pula aku"

"Emm semalam Zudin balik katanya, tu yang Pak Bun ajak ke sana tur. Dia kata Zudin nak jumpa"

Entah mengapa. Dalam hatiku merasa ada sesuatu yang tidak baik. Tidak sedap hati pula. Aku dan Jib berbasikal selama dua puluh minit sebelum tiba di kawasan depan rumah Pak Bun. Bersih dan teratur. Rumput-rumput dipotong kemas. Hebat Pak Bun, walaupun duduk sebatang kara kebersihan infrstruktur rumahnya terjaga.

"Assalammualaikum Pak Bun" Aku dan Jib memberi salam.

"Waalaikummsalam, oh dah sampai kamu berdua marilah masuk ke dalam dulu"

Aku mengikut langkah Jib di hadapan. Kami masuk ke dalam rumah Pak Bun. Suasana sedikit dingin di dalam rumah memandangkan ia berdekatan dengan hutan. Sejuk dan nyaman.

Kisah SetanWhere stories live. Discover now