Syawal Pak Atan 2

106 7 0
                                    


Malam terakhir Ramadan.

Malam yang menjadi kegemaran aku. Melihat limpahan lampu pelita dan lampu kelip-kelip buat mata ini kagum dengan cahaya yang pelbagai. Di langit tinggi terlihat gemerlapan percikan bunga api bersulam dentuman meriam yang saling berbalas bunyi. Walaupun dua benda itu melanggar undang-undang negara, bila sebut hal raya tiada siapa peduli.

Kaum keluarga aku sedang sibuk menyiapkan juadah untuk esok. Juga mengemas rumah secantik yang boleh. Ada beberapa kerat sanak saudara yang sudah mula berkunjung buat rumah aku sesak dengan umat manusia.

Kringgg

Kelibat yang dinanti akhirnya kungjung tiba. Hazni muncul dengan sebungkus mercun. Senyum lebar aku melihat hasil belian secara haram sepupu Hazni dari kampung lain.

"Jom kita pergi padang, tapi sebelum tu aku nak pergi rumah Pak Atan" Ujar Hazni yang sudah siap untuk berbasikal.

Dan aku setuju tanpa bantahan. Melihat raut wajah Hazni sedikit gusar dari tadi buat aku wondering apa yang dia sedang risaukan. Hazni kelihatan sedang memikirkan sesuatu yang bergelora. Sesuatu yang buat wajahnya tidak senang.

Jika dia fikirkan Pak Atan, itu hal biasa. Ibu Hazni adik kepada Pak Atan. Saling mengambil berat hal Pak Atan sejak kematian isterinya. Dari mulut Hazni menceritakan, Abang Borhan dan Kak Azimah masih menyalahkan Pak Atan yang sengaja membiarkan ibu mereka mati. Tuduh mereka Pak Atan sengaja lebihkan rawatan batin daripada rawatan moden. Kononnya isteri Pak Atan ada jin yang merasuk.

"Kali terkahir doktor cek Mak Long aku, mereka kata Mak Long aku nyanyuk... Mak aku kata sebelum Mak Long meninggal, dia suka makan daging mentah. Matipun sebab keracunan makanan rasanya" Jelas Hazni ketika menceritakan punca kematian isteri Pak Atan.

Mendengar perkataan daging mentah sudah buat aku mual. Entah apa rasanya.

"Kau tahu terawih tadi Pak Atan jadi pelik tiba-tiba. Tak habis lagi terawih dia balik macamtur jer, tak cakap apa. Tengok muka dia cuak, tu yang mak aku suh aku pergi tengok dia" Ujar Hazni.

Aku hanya oooo kan sahaja. Ya, terawih tadi aku tak pergi sebab sakit perut. Ibu aku masak banyak sangat. Sedap dia lain macam. Tetapi manis daging rendang ibu aku tak boleh tandingi rendang daging Pak Atan.

Sedap sangat.

"Oi Hazni, apa tu?" Terkejut aku melihat sesuatu yang laju menyusup keluar dari belakang rumah Pak Atan.

Hazni tanpa membuang masa menyuluh lampu suluhnya. Dia juga seperti ternampak sesuatu dan larinya pantas ke hadapan. "woi Hazni tunggu akulah"

Hazni suluh-menyuluh sekitar laman belakang. Pintu dapur Pak Atan ternganga luas. Sehelai kain pelekat terdampar di batu tangga. Mata aku melilau melihat hutan dan...

"Weh Hazni! Kat sana tu" Jerit aku separuh berbisik. Aku nampak dengan jelas dedaun dan pokok kecil dilanggar sesuatu yang sedang merangkak.

Kami mengejar susuk itu kerana ingin tahu. Bagi aku ia kelihatan sungguh aneh. Sebab itu naluri ingin tahu kami membuak. Berlari kami masuk ke dalam hutan. Semakin lama semakin pekat isi hutan kami redah.

Tiba-tiba Hazni berhenti berlari. Segera dia menyorok di balik rimbunan daun. Aku hanya turut dari belakang. "Shhhh, aku nampak macam ada orang ke sini" Bisik Hazni.

Kami mengintai sedikit. Ya, memang ada seorang lelaki kurus jalan terhuyung-hayang mengadap ke arah kami. Ketika ini benak aku memikirkan hantu namun tidak logik di bulan Ramadan jin kelihatan begitu sahaja. Itu yang ibu sering perkatakan.

Lelaki itu berjalan terumbang-ambing. Jalannya tidak seimbang. Hazni dan aku tidak pasti mengapa perlu lelaki tua itu berjalan begitu namun jalannya semakin ke arah kami.

Kisah SetanWhere stories live. Discover now