Cengkerang

160 9 1
                                    

Assalamualaikum 

Kali ini aku mahu menceritakan satu peristiwa yang menimpa salah seorang kenalan di kampung berdekatan dari tempat tinggal aku. Kenalan aku ini dikatakan termakan sumpah atau terlanggar pantang akibat dari perbuatannya. Cerita bermula pada suatu petang yang hampir menerjah ke senja, kelibat tok imam surau Kampung Melayu Pahang singgah sebentar ke rumahku.

"Assalamualaikum Timah oi anak kau ada tak"

"Waalaikumsalam, Pak Abu ada ja nih hah saya tengah tengok-tengok tv, marilah masuk dulu minum-minum kopi"

"Eh takperlah, aku datang sini nak ajak kau ke rumah Si Seman tu, boleh tak?"

"Ouh kenapa dengan Abang Seman tu?"

"Itulah dia tengah sakit kat rumah, baru balik hospital doktor kata tak ada sakit, tur kat rumah tengah merana la tur"

"Kalau macam tur jomla saya pun tak buat apa-apa"

"Eh kau tak ajak Pakcik Abu masuk ke nak oi?" Mak aku yang baru keluar dari dapur menegur 

"Takperlah Timah, lagipun aku nak cepat ke sana, kata perit sangat Si Seman tur"

"Ye la Abu, baik-baik nak oi keluar tu"

"Baiklah mak"

Menjadi kebiasaan kepada aku sebenarnya menemani Pak Abu melawat orang sakit lagi-lagi mereka yang meminta bantuan Pak Abu merawat secara batin dan aku pula merangkap sebagai pembantu Pak Abu. Sudah menjadi resam di kawasan perkampungan bila sakit tidak sembuh-sembuh pasti akan dikaitkan sesuatu yang mistik. Lagipun di dunia ini sebenarnya bukan kita sahaja makhluk yang diberi akal cuma kita sahaja tidak nampak mereka.

Menyusuri masuk ke Kampung Melayu Pahang perlu melalui jalan hutan yang sedikit ke dalam sebelum selamat tiba di pintu gerbangnya. Berhampiran dengan Kampung Orang Asli, lokasi Kampung ini pada zaman dahulu tempat transit barang-barang hutan sebelum dijual di pekan kini ia hanyalah sebuah kampung melayu biasa. Aku dan Pak Abu menaiki kereta Perodua Kancil yang dipandu aku selamat tiba di hadapan rumah Abang Seman. Suasana rumah Abang Seman agak riuh dek jeritan Abang Seman.

"Sakit sangatlah tur"

"Tu lah Pak Abu kuat betul dia melalak"

"Ni, kau tolong keluarkan semua barang yang aku dah letak kat dalam bakul kat bonet kereta"

"Baiklah Pak Abu"

Usai keluar dari kereta Pak Abu berjalan sedikit ke hadapan menuju ke pintu masuk. Agak kelam cuaca di langit memandangkan waktu senja hampir tiba menandakan malam bakal mengganti siang bila-bila masa saja. Aku pula tergesa-gesa mengeluarkan barang dan lantas berjalan di belakang Pak Abu.

"Assalamualaikum Ati, Seman"

"Waalaikumsalam Pak Abu masuklah saya kat dapur ni tengah jerang air"

"Erghhhh!! waalaikumsalam Pak Abu erghhhh!! tolong saya, sakittt"

"Bang Seman sabar bang, nih kami datang cuba tolong dulu bang"

"Ouh kamu pun ada, erghhh!! tengoklah aku ni dik sakit sangat nih"

Pak Abu duduk bersila menghadap Abang Seman. Aku lihat keadaan Abang Seman terseksa sangat mengerang menahan kesakitan. Baringnya mengiring ke kanan dengan air matanya bergelinang. Aku dapat rasakan kesakitannya di tahap paling menyeksakan. Pak Abu kelihatan tenang sambil mengarahkan aku mengeluarkan satu per satu barang di dalam bakul. 

Air kosong, bawang putih, daun sirih dan semangkuk garam. Aku tidak pasti kegunaannya tetapi aku yakin ia adalah untuk tujuan sesuatu yang mistik. Mulut Pak Abu terkumat-kamit membaca sesuatu sebelum dia mula berkata-kata.

Kisah SetanWhere stories live. Discover now