Aku pandang tinggi dedaun yang menutup langit cerah. Dahan meninggi menyukarkan tangan kecil ini menggapai bunga. Aku lihat sekeliling. Aku lihat juga sekalin pokok yang entah bagaimana boleh membesar menjulang langit. Juga pokok-pokok menumpang. Masing-masing mengejar cahaya matahari. Di dunia ini aku sanger kerdil.

Dunia ini sungguh asing bagiku.

Dunia asal aku tidak tumbuh kayu dan daun secara liar. Tanah di dunia aku serba tar dan bata. Adapun tanah sekangkang kera. Pokok-pokok di dunia aku ditanam terancang. Dunia aku serba batu dan konkrit. Bising-bising kenderaan bersahut dengan suara gagak tidak kenal erti penat. Jika hendak melihat binatang aneh, papa dan mama bawa sahaja aku di sebuah kompleks. Di sana aku bertemu binatang yang terkurung. Hanya kucing, anjing, gagak, merpati dan layang-layang dikira sebagai bonatang liar.

Dunia ini persis dunia kampung nenekku. Dunia yang aku hanya lihat dari tingkap rumah. Dunia yang hanya aku mampu tanyakan kepada papa. Dunia yang dikatakan mama penuh dengan ketakutan binatang buas.

Dan kini aku di dunia ini seorang diri. Pelbagai bunyi aku dengar. Namun tidak aku lihat susuk pemiliknya. Ulat-ulat kecil menjalar sana-sini. Aku serba geli hendak pegang. Aku lihat dedaun dahan bergegar. Namun kornea mata aku lambat menangkap gambar. Aku tidak nampak apa yang bergerak. Semua laju dan mengendap. Kiri kanan aku nampak hal sama. Cuma kaki aku naik turun mendaki buat aku lenguh kepenatan.

"Saya penatlah"

Kaki aku sangat kecil. Entah berapa kali ganda kecil dari kaki papa. Sukar juga hendak berjalan memijak dan melangkau akar banir. Sesekali aku tersepak hampir tersungkur menyembah tanah. Nasib baik tangan lembut si dia memaut aku. Dia juga memujuk aku terus teresak-esak. Aku suka senyumannya walaupun mukanya tidak berapa bersinar.

Kami berjalan meredah hutan. Dia tidak banyak cakap. Aku pula banyak bertanya. Aku masih keliru. Kenapa aku dalam dunia ini, aku sendiri tidak tahu. Tangan dan kaki aku terasa sakit. Mungkin dari tadi berjalan. Entah aku sendiri tidak sedar berapa lama kami berjalan.

Aku cuba cam pokok-pokok dalam dunia ini. Ada yang aku kenal juga yang langsung aku tidak tahu. Nenek selalu mengajarkan aku beberapa nama pokok. Pelong Licin, Rumenia, Kundang, Simpong putih dan melembu. Aku nampak semua itu di dalam dunia ini. Ada juga yang lansung aku tidak pernah lihat seumur hidup.

"Pokok apa tu?"

Senyap. Dia hanya senyum tanpa berkata-kata. Mungkin dia hendak berkata tetapi bisu barangkali. Entahlah. Aku tak kisah, janji dia baik. Dia tidak apa-apa aku. Walaupun tidak kenal, aku dapat rasakan dia baik orangnya. Sejuk tangan dia memimpin tangannku. Mungkin inilah tangan penduduk dunia ini.

Aku rasa sangat selesa.

Kami berjalan agak lama. Agak jauh. Agak memenatkan. "Kak lapar" Aku mengomel. Aku tidak dapat tahan lapar. Masakan budak lima tahun kenal akan hal kemandiri. Lagi-lagi budak bandar. Dan apabila lapar aku duduk tak mahu bergerak. Acah-acah memberontak.

Dia tak marah. Dia hanya senyum. Tidak sama langsung dengan pengasuh aku. Selalu tempik-tempik paksa aku makan. Dia lain. Dia suruh aku tunggu seketika. Aku ambil masa berehat. Bunyi-bunyi asing itu berdesing. Sesekali muncul nyamuk hendak mengigit. Dia pula bergerak entah ke mana. Muncul pula tiba-tiba. Muncul bersama buah hutan dan buluh berisi air.

Aku tidak merungut. Aku makan sahaja. Buah apa itu aku tidak tahu. Rasanya sungguh manis juga berbiji hitam. Air sejuk melegakan tekak. Selesai minum, aku dan dia kembali berjalan. Sesekali apabila daun di langit menjadi jarang maka jelaslah pandangan langit cerah terik. Jika tiada pokok-pokok besar ini pasti aku akan berasa bahang matahari.

Berjalan di bawah mereka bagaikan berjalan di bawah payung.

Aku pasti waktu sudah petang. Kepala masih berdenyut namun aku bisa tahankan . Aku kuat. Dia pula masih gigih memimpin tangan aku. Sesekali aku rasa ada titisan air jatuh ke muka aku namun aku tidak tahu apakah dia. Aku abaikan.

Aku walaupun penat tetap rajin bercakap. Bermacam cerita aku kisahkan di telinganya. Dari cerita mama hinggalah cerita papa. Cerita di tadika. Cerita di rumah pengasuh. Cerita perihal-perihal sahabat. Cerita-cerita dongeng.

Aku suka lihat ekspresi dia. Ketawa dan senyum. Teruja dan kagum. Ekspersi ikhlas ini persis mama. Inilah wajah-wajah yang aku suka. Seperti mama, dia memang suka melayan aku. Mungkin itulah sikap semulajadi wanita. Entahlah aku hanyalah budak lelaki.

Tiba di sungai. Aku diberikan air lagi. Juga beberapa buah rambutan. Ada pokok rambutan di tepi sungai. Aku makan hingga habis semuanya. Dia tak makan. Apabila aku tawar, dia main-main perutnya. Mungkin kenyang barangkali. Entahlah, aku nampak dari tadi dia tidak makan apa-apa.

Dia pimpin tangan aku dan kami berjalan meredah sungai. Tidak tinggi manapun air. Cuma sungai kecil yang sejuk airnya. Terasa hendak mandipun ada. Selesai menyeberang kami teruskan perjalanan kami. Aku aneh sebenarnya.

Akhirnya. Setelah berpenat berejam-jam, akhirnya kami tiba di sebuah pinggir. Banyak pokok ditanam tersusun. Kawasannya agak lapang dan luas. Aku rasa teruja melihat pokok mangga yang ditanam seragam. Kuning pekat warna buahnya. Tentu sedap jika dimakan tatkala perut sedang lapar.

"Eh kak, tak ikut saya?"

Dia menolak tubuh aku lembut. Dia menggeleng kepala. Dia menunding ke arah hutan. Dia rapatkan jari di bibir. Aku tahu dia minta aku tidak berkata apa-apa. Dia lambaikan selamat tinggal dan berdiri jauh beberapa meter dari aku. Dia senyum pada aku.

Aku suka pada senyuman dia. Walaupun wajahnya penuh parut luka. Sebelah matanya tertunjal keluar. Tempurung kepala pecah. Telinganya hancur. Pipinya nampak tulang. Lehernya lunyai dan kepala hampir tercabut dari badan. Dari situ keluar titisan merah yang menitik-nitik di kepala aku.

Dia senyum gembira. Bagi aku, itulah senyuman paling manis aku pernah tatap. Persis senyuman mama.

Aku berjalan memalingkan pandangan aku dari dia. Aku berjalan ke arah pokok-pokok mangga. Ada kelibat dua tiga orang mnjerit melihat aku. Mereka beramai-ramai berlari mengerumuni aku. Wajah mereka terkejut dan takut.

"Ya, allah! Mana datang budak ni? Luka teruk kepala dia nih" Ujar makcik yang memegang bahu aku. Dia usap kepala aku perlahan.

Seorang lelaki tua muncul di belakang. Wajahnya terkejut. "Eh, ni bukan anak laki bini yang mati eksiden kat lereng bukit tu ke? Ya Allah jauhnya dia berjalan"

Dalam dakapan wanita tua itu aku dilarikan jauh dari dunia asing itu. Aku masih tidak mengerti apa-apa. Aku membisu tanpa kata. Aku bingung entah kenapa. Aku tidak ingat apa-apa. Mati? Accident? Aku keliru dengan kata-kata mereka.

Semakin jauh aku dilarikan, aku berpaling mencari susuk dia. Dia masih setia melambai tangan. Masih aku nampak garis senyuman manis itu. Alahat aku sungguh terpesona.

Aku berikan kembali apa yang aku ingin kembalikan. Senyuman aku yang dari awal tidak aku gariskan. Senyuman ini aku hanya hadiakan pada yang aku kenan. Selain mama dan papa, dialah insan yang aku tak akan lupa. Berharap satu hari nanti kita akan bertemu kembali.

"Terima kasih kak"

Kisah SetanWhere stories live. Discover now