"Watie hati-hati main tu ya"
"Ya mummy, kita taula kita bukan budak kecik lagi"
Berlari Watie mendapatkan gelongsor besar hijau lusuh itu. Ada tiga kanak-kanak sedang berseronok menggelongsor turun. Jeritan mereka buat Watie teruja hendak mencuba. Ditambah peluang keemasan yang hanya ada pada waktu petang sahaja. Peluang bermain sepuas-puasnya di taman permainan.
"Yeahhhh"
Watie bergembira sakan. Feel angin yang menerjah buat dia ulang dua tiga kali menggelongsor punggungnya. Laju lancar Watie meluncur ke bawah. Melihat gelagat Watie, muncul seorang kanak-kanak menyertai Watie. Dia juga turut bertukar giliran meluncur dengan Watie. Terlompat-lompat mereka keseronokan.
Tidak puas itu mereka panjat pula di tepi dinding gelongsor.
"Saiapa nama awak? nama kita Watie" Watie memulakan wadah perkenalan.
"Kita Mira" Jawab budak perempuan itu. "Jom kita main buaian pula nak" Ajak Mira.
Watie angguk setuju. Dia memang teringin hendak cuba permainan lain pula. Saling berselang menukar giliran mereka mengayun buaian. Watie jerit girang apabila buaiannya diayun tinggi. Tidak puas dengan peralatan buaian mereka cuba pula permainan kuda berspring roker.
Lagak mereka seakan-akan menunggang kuda. Terjerit-jerit. Terbahak-bahak ketawa mereka. Adrenalin di mood hyper active.
Erti penat langsung tidak dapat ditafsirkan di dalam minda dua kanak-kanak ini. Apabila dapat bermain sepuas-puasnya mereka manfaat masa yang diperuntukkan dengan bermain segala macam instrument yang terpasang. Sudah puas memanjat hutan berkubah yang diperbuat dari besi, mereka cuba balik bermain gelongsor.
Watie kanak-kanak berusia enam tahun memang suka dengan aktiviti di taman. Masa inilah dia dapat bercampur dengan kanak-kanak lain yang duduk di satu kawasan perumahan. Jika selalunya Watie hanya terperap di dalam rumah. Tidakpun masanya terhabis di pusat tadika.
Watie melambai tangan. Dari jauh si ibunya, Suraya menyambut lambaian tangan anaknya itu. Sambil itu Suraya mengetuk cermin jam tangan menandakan waktu bermain semakin suntuk buat Watie. Watie hanya mengangguk tanda mengerti dengan kehendak si ibu.
"Itu siapa?" Tanya Mira.
"Owh itulah mommy kita" Jawab Watie.
"Sebelah mummy awak tu mummy kita juga tau" Tambah Mira.
"Ooooo yeker"
Duduk di sebelah Suraya adalah seorang wanita muda berpakaian serba merah jambu. Di sisi kanannya terdapat kereta sorong bayi. Di dalam kereta sorong itu terisi bayi berusia lima bulan.
Watie berpaling mengikut Mira bermain jongkat-jongkit. Permainan itu akan buat Watie sekejap di atas dan sekejap di bawah. Tatkala itu mata Watie memandang seorang wanita serba putih di hujung taman. Rambut wanita itu kusut masai. Bajunya putih serba lusuh dengan kotoran tanah. Watie memerhati lama figura wanita serabai itu.
Tiba-tiba wanita itu melambai tangan.
"Watie, jom balik" Suraya muncul dari belakang lalu memimpin tangan Watie. "Erm" Watie mengangguk. Watie merenung wajah ibunya. Suaraya kelihatan cemas. Jalannya juga kelam-kabut. Watie sempat berpaling ke belakang.
Wanita berambut kusut itu masih melambai-lambai sebelum hilang ditelan ufuk.
>>>
Mira menarik selimut menutup hampir seluruh wajahnya. Dibiarkan separuh mata terdedah. Watie mengintai ke arah muka pintu. Dia erlihat satu bayang di lantai ruang legar. Bayang-bayang itu semakin hampir merapati pintu bilik yang sedikit terbuka.