Pontianak

116 5 6
                                    


Assalammualaikum,

Apa khabar kalian semua. Baiklah kisah kali ini bukan dari kisah aku tetapi dari kisah pakcikku. Kalian semua pernah dengar bukan perihal pontianak atau langsuir. Makhluk yang kononnya menghisap darah anak dara untuk kekal muda. Adakah kalian pernah dengar atau baca cara-cara mahu mengumpan makhluk ini supaya muncul di depan mata?

Cerita pak cik aku ini berkisar ketika dia di zaman muda remaja lagi. Seingat aku pada ceritanya umurnya ketika itu baru lima belas tahun. Pak cik aku dan bapaku berasal dari utara tanah air maka latar belakang cerita ini terdiri dari sawah bendang dan kampung di tahun 70an. Pak cik aku memberitahu ketika di zaman itu ada orang-orang kampung yang suka mengumpan pontianak untuk dipaku. Bercerita hal paku, kepada kalian yang tidak tahu. Kononnya apabila pontianak ini dipaku lehernya, dia akan menjadi manusia cantik dan menjadi hamba kepada orang yang memakunya.

Antara teknik umpan yang sering berjaya menarik perhatian pontianak ini adalah ikan puyuh. Dimana kepalanya dicabut dari badan. Isi daging dan organ yang masih berjuntai dibiarkan. Letakkan kepala dan badan yang terpisah di dalam sebuah baldi yang isi sedikit air. Picit sedikit limau purut dan letakkan sesudu air garam. Gaul semua sekali agar bercampur aduk. Ketika tengah malam di waktu bulan purnama umpan ini perlu diletakkan di atas batas dan kawasan sekeliling tidak boleh ada seorangpun manusia. Beberapa jam kemudian pontianak pasti akan turun memakan umpan itu dan ketika inilah kalian berpeluang melihat pontianak di depan mata.

Aku tidak rekomen anda praktis teknik ini walaupun aku sendiri tidak pasti kesahihannya. Jika anda cuba anda harus tanggung sendiri. Disclaimer siap-siap hehe.

Mahu dijadikan cerita pak cik aku ini teringin benar melihat secara langsung kelibat pontianak. Maklumlah ketika darah muda semua benda nak buat. Acah-acah hebat orang kata. Maka pak cik aku ini berpakatlah dengan kawan-kawannya untuk mengumpan pontianak malam ini.

Sebaik waktu tengah malam menjelma pak cik aku serta dua kawan baiknya mula melangkah ke kawasan sawah padi. Dua kawan pak cik aku itu aku beri nama mereka Man dan Yus. Waktu malam itu dikatakan amat sesuai kerana bulan sedang mengambang. Pak cik aku katakana ketika itu saiz bulan besar dan memang sesuai untuk mengumpan pontianak. Mereka bertiga melihat sekeliling. Tiada siapa. Di samping pakcikku adalah sebaldi umpan ikan puyuh. Dalam enam ekor semuannya. Yus terbalikkan baldi itu ditengah batas. Usai semua isi baldi itu jatuh di atas tanah, mereka bertiga mencari tempat yang sesuai untuk bersembunyi. Mereka pilih kawasan berbatu yang terlindung sedikit apabila mereka duduk di balik batu itu.

Mereka menunggu dengan penuh sabar. Sudah setengah jam waktu berlalu. Kawasan sekitar sunyi sepi. Bunyi cenggkerik pun tiada. Lagikan bunyi burung. Orang kata sunyi sebegini sebenarnya lagi seram daripada ketika terdengar salakan anjing di waktu malam. Dari setengah jam kini sudah masuk sejam mereka di situ. Waktu ketika itu sudah jam satu pagi. Pak cik aku dan dua temannya hanya berbekal lampu suluh dan lampu pelita minyak tanah.

"Uish hangpa tengok tur" Yus bersuara.

Yus menghala jari telunjukknya di atas langit. Mereka bertiga melihat beberapa gumpalan api dari langit turun ke permukaan bumi. Gumpalan api ini berwaran biru nyalaannya dan ia terapung-apung. Gumpalan-gumpalan api ini menghampiri umpan yang Yus telah letakkan. Mereka bertiga pula di balik batu dalam keadaan duduk mengendap. Pak cik aku kata ketika ini jantungnya berdgup kencang. Pertama kali lihat pontianak katanya. Gumpalan-gumpalan api ini perlahan-lahan berubah bentuk.

Sedikit demi sedikit gumpalan api ini membentuk jelmaan menjadi makhluk hidup. Pak cik aku kata ia menyerupai manusia tetapi penampilan mereka hodoh betul. Rambut kusut dan panjang. Pakaian pula berkain putih lusuh. Penuh dengan kotoran tanah. Carik-carik kain mereka pakai. Boleh kelihatan tubuh mereka yang pucat dan banyak parut. Ketika ini roma pak cik aku meremang. Kawannya pula mula mengeletar tangan namun niat dan tekad membuatkan mereka bertiga terus memerhati susuk-susuk pontianak itu.

Gelojoh betul melihat mereka makan ikan puyuh mentah itu. Jarak pak cik aku dengan makhluk itu hanya beberapa meter sahaja namun di balik batu yang besar kelibat mereka bertiga tidak kelihatan. Ditambah pula pada waktu malam. Pada waktu cahaya bulan amat terang sekali. Jelas kelihatan lima hingga tujuh ekor makhluk halus itu meratah ikan puyuh sambil mencangkung. Mereka bertiga terus memerhati sehinggalah makhluk itu selesai makan.

Apabila habis umpan dimakan makhluk itu ghaib serta-merta. Masing-masing kaget. Mereka tidak tahu dengan lebih lanjut apa yang patut dilakukan setelah pontianak itu makan umpan. Jika diikutkan cara khurafat penduduk yang mengumpan pontianak, mereka akan pergi paku tengkuk makhluk itu. Selepas memaku, pontianak ini akan pengsan serta-merta dan jasad mereka dibawa pulang. Mereka bertiga tidak. Mereka bertiga sekadar memerhati. Malah mereka tidak sangka kali ini banyak pula yang datang. Orang kata hanya seekor pada satu masa. Tanpa membuang masa pak cik aku dan temannya lari litang-pukang.

Nasib baik pak cik aku dan temannya tidak kena apa-apa pada masa itu. Mereka bertiga bermalam di rumah Man. Masing-masing takut balik rumah sendiri katanya. Rumah Man sahaja paling dekat dengan lokasi mereka tadi.

Malam itu tiada apa-apa yang berlaku.

Malam esoknya pak cik aku balik rumah dari masjid seperti biasa. Ketika ini dia keseorangan di rumah. Arwah nenek dan moyangku masih di masjid kerana menguruskan kelas pondok. Pak cik seperti biasa sebelum masuk ke rumah dia akan mengambil batuk dan menceduk sedikit air ke arah kakinya. Selesai mencuci kaki dia masuk ke rumah. Lampu berwarna kalimantan dihidupkan. Selesai makan, pak cik aku menuju ke bilik tidurnya. Dia baring di atas katil dan matanya mula kuyu.

'Krangg'

Belumpun sempat mata ditutup kedengaran bunyi pinggan pecah kedengaran. Tersentak juga pak cik ketika itu. Dia bangkit serta merta dan keluar dari biliknya. Dia berjalan ke arah dapur. Gelap. Di balik bayang lampu dia terlihat akan satu susuk tetapi tidak pasti apa.

Suis lampu dipetik.

"Ya ALLAH!!"

Alangkah terkejut pak cik aku melihat satu susuk pontianak di atas meja makan. Pontianak itu duduk mencangkung di atas lauk pauk. Mukanya hodoh sekali. Pucat dan mengerutu. Raut wajahnya seperti orang tua bengis. Berkeudt-kedut. Matanya merah macam biji saga. Pekat merahnya. Rambutnya kusut dan panjang. Nampak segala aib badannya kerana kain dipakai bercarik-carik. Di tangannya memegang seketul ikan goreng.

Pontianak itu memandang tajam ke arah pak cik aku. Pontianak itu senyum. Sungguh jijik dan sinis senyumannya.

"Aku nak ikan puyuh, mana ikan puyuh aku hahahahahaha!!"

Lutut pak cik aku mengeletar. Kepalanya mula pusing-pusing. Serta merta dia pengsan.

Selepas itu pak cik demam panas. Diwaktu arwah nenek ku pulang ke rumah dia terkejut melihat pak cik pengsan dan meja makan bersepah. Habis lauk-pauk tumpah manakala pinggan mangkuk pecah. Dikhabarkan Yus dan Man juga disampuk pontianak. Maka ketiga-tiga mereka demam tiga minggu.

Kalian rasa kalian ingin cuba mengumpan pontianak?

Kisah SetanWhere stories live. Discover now