Sate. Satu menu yang tidak asing buat penduduk Asia Tenggara. Gumpalan daging yang dicucuk menggunakan sebatang lidi menjadi kegemaran pemakan daging dengan kaedah memasaknya secara membakar. Asalnya sate ini dkhabarkan berasal dari bawaan orang Jawa. Namun secara mendalamnya sejarah sate ini ia berasal dari daging kebab turkey yang diadapatasi oleh orang india muslim di negeri Tamil. Penghijrahan mereka ke Nusantara membawa hidangan ini ke tahap yang berbeza.
Munculnya peniaga jalanan suku Jawa menggunakan kaedah lidi bagi memudahkan mereka memikul gerobok bergerak dengan kadar sate yang cukup untuk jualan. Tidak seperti kebab india yang memerlukan besi panjang atau daging kebab turkey yang memerlukan pedang tajam.
Janin gigit secebis daging sate. Terasa aroma asap dan perasa rempah membuatkan Janin untuk terus menambah. Tidak seperti di Indonesia, sate Malaysia jarang menggunakan kicap manis. Nasi impit atau ketupat itu wajib disertakan sekali. Penambah perisa dengan kuah kacang yang sedang pedasnya.
Dua batang lidi sudah tidak tertusuk dengan daging. Lidi itu pasti menjadi alatan mengaji Al-Quran. Janin belum puas. Ada lagi tiga puluh cucuk hanya untuk dia habiskan. Sambil menonton televisyen Janin merenung sekitar gerai makan Bang Kudin.
Ramai benar pengunjung yang buat pilihan ke kedainya. Tidak kurang yang berdiri menunggu sate dibakar untuk dibawa pulang. Ada juga yang menunggu meja dikosongkan.
Janin palingkan pula pandangannya ke arah Abang Kudin dan isterinya. Bertungkus lumus mereka membungkus dan menghidang. Keringat yang lencun segera di lap menggunakan kain yang tersemat di leher. Kebersihan itu penting. Ketika ini ramai mata melihat. Nasib baik Abang Kudin mampu mengupah lapan remaja yang mahu buat kerja kuli.
"Janin, cukup tak sate tu?" Tanya Abang Kudin.
Janin senyum. "Cukup".
Usai kenyang makan semua sate, Janin bangkin meninggalkan gerai. Kekeyangan membuatkan perutnya senak. Ketika inilah Janin perlukan tandas. Segera dia angkat kaki. Janin berjalan memecah malam. Udara sejuk panas merinding romanya. Dek berjalan di tepi jalan memang termakan haba dan asap kereta.
Janin terus berjalan mencari rumahnya.
Masuk ke lorong perumahan, Janin melangkah biasa. Pulang dia ke rumah pusaka. Janin merasa sedikit aneh. Anehnya juga merinding roma. Janin toleh ke kiri. Di hadapan sebuah rumah dua tingkat itu mata Janin melihat seseorang. Sudah tentu itu rumah orang Janin pasti melihat manusia tetapi orang ini lain perilakunya.
Dia berdiri tegak di porch keretanya dengan merenung runcing kelibat Janin. Tubuhnya besar tetapi berpakaian tidur wanita. Kain sutera lembut menampakkan isi ototnya berketak. Jarinya tunjuk tepat ke muka Janin. Resah mengundang, takut Janin memandang.
"Ajak kunyit ker, adoyai"
Janin tidak mempedulikann hal itu. Berlalu sahaja itu pasti.
Pekena kopi di pagi hari bukan hal kegemaran Janin. Dia lebih rela minum air kosong yang suhunya rendah melampau. Disertakan sekali karbonat dan cairan perisa coke yang dia beli di Tujuh Sebelas. Pekena kopi hanya untuk orang yang stressnya memuncak atau mereka cuba nampak matang. Janin tidak mahu menjadi setipikal mereka.
Berjalan keluar ke tempat kerja adalah pilihan utama Janin. Jika dulu dia menunggang motor tetapi kini dia hanya perlu berjalan. Tempat kerja dekat sahaja. Kenapa perlu habiskan minyak yang mahalnya seliter boleh beli cikedes sebanyak dua bungkus.
Janin berhenti melangkah. Terlihat sebuah ambulans beredar keluar dari rumah abang lembut yang merenung Janin pegun malam tadi. Janin ingin tahu. Dia rapati tubuhnya di belakang tubuh Abang Ah Tong.