Rambut

196 13 1
                                    


Assalammualaikum.

Perihal apa yang terjadi pada Yazid aku matikan dahulu, mungkin di waktu lain aku cerita kembali apa yang sebenarnya terjadi kepadanya. Buat masa ini aku serahkan segalanya pada pihak polis.

Cerita berikut aku adalah berkaitan rambut. Cerita seram terjadi kepada Mak Cik Mah seorang penduduk di taman perumahan aku. Mak Cik Mah ini orangnya agak berumur sama usia dengan ibuku, seorang yang ramah dan tinggal bersama suaminya seorang persara tentera.

Ceritanya bermula dengan segumpal rambut yang terkumpul di penjuru bilik air. Pada mulanya ia adalah perkara normal bagi Mak Cik Mah kerana biasalah ketika mandi rambut akan berguguran dan berkumpul mengikut aliran air. Seperti biasa, Mak Cik Mah hanya menjirus air untuk menolak gumpalan rambut itu masuk ke dalam lubang saliran air. Dua hari kemudian segumpal rambut yang banyak berkumpul di penjuru ruang tamu rumah Mak CIk Mah. Kali ini gumpalan rambut agak besar sedikit berbanding dengan sebelum ini. Seperti biasa juga, Mak Cik Mah tidak ambil pusing dan dia hanya menyapu ke penyodok saja gumpalan rambut itu dan membuangnya di tong sampah.

Kebiasaaan Mak Cik Mah akan tinggal berseorangan di waktu siang kerana suaminya sibuk dengan hal ladang dan hal pengurusan kelab tentera pencen. Manakala anak-anak Mak Cik Mah kesemuannya sudah tidak tinggal bersamanya kerana masing-masing sudah dewasa dan ada komitmen mereka sendiri. Maka setiap hal yang aneh berlaku Mak Cik Mah hanya fikir perkara positif sahaja kerana tidak mahu merasa janggal tinggal keseorangan di rumah sendiri. Selalunya usai senja barulah suami Mak Cik Mah pulang ke rumah. Selalunya juga setiap kali pulang ke rumah ada sahaja buah tangan dibawanya pulang. Empat hari lepas suami Mak Cik Mah membawa sebutir batu sungai yang agak cantik coraknya, kata suami Mak Cik Mah ia adalah pemberian kawannya ketika melancong ke Sumatera. Hajat suami Mak Cik Mah mahu membentuk batu sungai itu menjadi batu cincin. Mak Cik Mah hanya mengiyakan aja.

"Assalammualaikum Mah, masak apa malam nih?"

"Waalaikumsalam, kari ikan dengan ayam goreng jer"

"Okay, ni hah ada buah tangan sikit dari kawan aku ni hah, kerepek pisang"

"Emmm, bang yang kat dalam kain tu apa pulak tur?"

"Owh ini si Seman yang hari tur pergi melancong ke Medan ni hah, aritur lupa nak bagi benda nih, katanya kuku harimau liar, saudara dia kat sana kasi, alaa saja-saja buat perhiasan katanya, susah kot nak jumpa benda nih kat sini"

"Yelaa bang, pergi la mandi dulu nanti boleh makan sama-sama"

"Yelaaaa" 

Keesokan harinya rutin Mak CIk Mah seperti biasa adalah mengemas rumah. Mak Cik Mah memasuki bilik anaknya di tingkat atas. Sudah enam bulan bilik ini kosong kerana anak terunanya sudah bekerja dan tinggal di Kuala Lumpur. Mak Cik Mah terjumpa lagi satu gumpalan rambut hitam di penjuru bilik anaknya itu. kali ini lebih besar hampir sebesar bola sepak yang bersaiz dua belas sentimeter. Mak Cik Mah terasa agak aneh sedikit kerana bilik anaknya tidak berpenghuni untuk tempoh yang lama tetapi masih ada banyak rambut yang terkumpul walhal setiap hari Mak Cik Mah pasti membersihkan bilik anaknya itu. 

"Hmmmm, dah kenapa byk pula rambut dalam bilik Faizal ini?"

Tanpa berfikir lebih rumit lagi Mak Cik Mah hanya menyapu saja gumpalan rambut hitam itu. Sambil menunggu waktu tengahari Mak Cik Mah hanya menonton televisyen. Suaminya pula selalu pulang waktu petang jadi agak membanzir bagi Mak Cik Mah untuk memasak lauk tengahari cukup sekadar dia makan sarapan pagi yang masih belum habis. 

Malam berlabuh tenang. Waktu yang sesuai untuk manusia rehat dan tidur. Begitu juga dengan Mak Cik Mah dengan suaminya. 

'KREKKKK'

Kisah SetanWhere stories live. Discover now