Assalammualaikum,
Masihkah anda ingat kisah Uti seorang kawanku yang diganggu hantu bilik air di rumah sewanya satu masa dahulu. Kehilangan beliau sehingga hari ini masih menjadi tanda tanya. Tiada siapa pasti ke mana dia menghilang tetapi apa yang aku rasa ini melibatkan makhluk yang sama menganggunya di rumah sewa,
Kisah aku kali ini bukan sambungan kepada cerita si Uti tetapi ibunya. Ketika ini ibunya berada di wad sebuah hospital. Ibu Uti ini namanya Siti Aminah. Aku namakan Mak Cik Siti sahaja. Ketika ibuku melawat Mak Cik Siti di hospital, ibuku mengambarkan kepada aku keadaan Mak Cik Siti sungguh lesu. Dia kelihatan tidak maya dan mukanya pucat sangat.
Doktor mengatakan yang Mak Cik Siti ini mengalami tekanan darah rendah serta kekurangan gula dalam badan. Disebabkan itu dia mengalami beberapa halusinasi. Namun sebaliknya pula yang Mak Cik Siti ceritakan pada ibu aku. Mak Cik Siti mendakwa ini semua angkara makhluk halus yang muncul dari bilik air dirumahnya. Makhluk itulah yang menyebabkan dia mengalami beberapa penyakit. Mak Cik Siti mendakwa apa yang dia saksikan bukan halusinasi, ia sememangnya hantu iblis kerana Mak Cik Siti sendiri mendakwa dia bersentuhan dengan makhluk itu.
Tertelan air liur juga aku ketika mendengar cerita ibu. Makhluk yang sama diceritakan oleh Uti. Muncul juga di bilik air.
Mak Cik Siti juga ada menceritakan pada ibuku secara terperinci apa yang sebenarnya berlaku. Dia menceritakan macam mana rupa makhluk it. Sedikit sebanyak aku merasa seram sejuk tetapi aku tidak tahulah sekiranya anda yang membaca ini merasa seram haha. Anggap sahajalah ia hanya hiburan ya.
Baiklah aku akan ceritakan apa yang ibuku ceritaka pada aku.
Cerita ini bermula ketika Mak Cik siti sibuk mengemas bilik Uti. Aku tidak pasti sudah berapa lama Uti hilang ketika ini. Sedang sibuk Mak Cik Siti mengemas bilik tidur anaknya, dia merasakan ada sesuatu memerhati dari dalam bilik air. Mak Cik Siti memalingkan kepala ke bilik air. Kosong. Hanya pintu bilik air yang tetrtutup rapat.
"Hmmm Cuma perasaan kot"
Mak Cik Siti berlalu meninggalkan bilik selepas selesai mengemas.
Esoknya seperti biasa Mak Cik Siti mengemas bilik Uti. Dia tidak mengemas banyak cuma menyapu tanah. Pelik juga Mak Cik Siti kadang-kadang, mana datang tanah ini pula. Namun bagi tidak menakutkan hati, dia tidak ambil pusing. Lagipun Mak Cik Siti hanya tinggal keseorangan di rumah.
"Hmmm ke mana la kau Uti, balik dari Ipoh jer demam lepastu hilang"
Kranggg
Pintu bilik air tebuka. Mak Cik Siti tersentak. Kepalanya menyorot ke arah pintu bilik air. Tiada apa-apa. Dia menghampiri bilik air dan menutup pintu.
"Ah mungkin angin"
Mak Cik Siti selesai menyapu dia terus keluar dari bilik.
Esoknya juga seperti biasa. Mak Cik Siti menyapu tanah di bilik anaknya. Kali ini butiran tanah seperti semakin banyak dari semalam. Pintu bilik air juga terbuka.
"Hmmm semalam aku dah tutup kan, angin kot"
Mak Cik Siti masih cuba menyedapkan hatinya. Dia menutup pintu bilik air itu. Kali ini selak pintu ditarik. Pintu terkunci dari luar.
Tok, Tok,
Mak Cik Siti tersedar dari tidurnya. Dia terdengar bunyi ketukan sebentar tadi. Mak Cik Siti duduk di atas katil. Dia cuba mengamati bunyi ketukan itu. Senyap.
"Ah mungkin mimpi kot"
Mak Cik Siti menyambung tidurnya.
Esoknya Mak Cik Siti dapati tiada tanah di dalam bilik tidur Uti. Cuma habuk. Dia melihat pintu bilik air. Kadang-kadang ada aura seram mucul dari situ. Mak Cik Siti cuba sedapkan hati.