"DIK TOOOOLOOOONGGG BUKAAAA KAINNNN AKUUUUUUU!!"
"ARGHHHHH!!"
Mencicit lari ketakutan dua orang budak kecil itu. Litang pukang mereka kabut tanpa hala tuju. Pian sengih. Puas hatinya dapat menyakat budak-budak di kampung ini. Keadaan kembali sunyi. Pian mengintai-intai. Yakin tiada orang di sekitarnya, Pian melompat turun dati pokok rambutan. Dari belakangnya muncul seorang lagi lelaki yang bernama Kinta. Tugasnya membuka ikatan dipinggang dan pergelangan kaki Pian. Agak berpeluh juga Pian berselubung dengan kain putih itu.
Suhaimi Sufian. Nama sahaja sedap tetapi perangainya hodoh. Suka menyakat orang kampung dengan menyamar menjadi hantu. Semenjak digelar penganggur, Pian hidup kebosanan. Malas bekerja itu kegemarannya. Akibat hidupnya yang bosan maka tercetuslah ideanya mahu menyamar menjadi pocong. Rakan subahatnya pula Mohamad Nur Kinta. Pengidap autism yang tidak berapa serius. Menjadi orang suruhan Pian setiap malam.
"Kau nampak tur Kinta, litang pukang diorang lari hahaha. Tinggal habis semua basikal hahaha"
"Bang Pian memang hebat"
"Tau takper, dah jom kita sakat orang surau pula"
Tidak habis menyakat budak kecil, orang tua pula dipilihnya. Kononnya lagi 'thrill'. Lagi mencabar. Pian dan Kinta beralih tempat. Bersebelahan dengan surau terdapat tanah wakaf yang dijadikan tapak perkuburan islam. Pian pilih tempat itu untuk memulakan operasinya. Baru nampak seakan-akan betul. Seperti hantu posong yang sebenar.
Pian mengambil tempat. Di balik pokok yang rendang. Pokok itu daunnya lebat. Batangnya tebal. Memang kawasan yang cantik buat Pian bersembunyi. Memang cantik untuk Pian 'Jumpscare' mangsanya.
Seorang lelaki tua sedang berjalan menuju ke arah rendang itu.
"Fuh mangsa pertama, Tok Kasuri"
Tok Kasuri umurnya tujuh puluh tahun. Orang tua jantungnya lemah. Namun Pian tidak peduli. Sasarannya tidak kenal usia yang penting hatinya puas menyakat. Lagi puas bila keesokan harinya kecoh satu kampung dek sampukan pocong. Mengekek Pian gelak.
Tok Kasuri berjalan seorang diri. Lampu suluh dipegangnya menyuluh-yuluh jalan. Lampu tiang pula beberapa meter dihadapan. Maka agak gelap dan kabur sekitar pokok rendang itu. Pian senyum. Lokasinya sungguh cantik.
"TOK KASURIIIII TOLONNGGGG BUKA KAINNNNN AKUUUUUU!!" Pian menyeringai keras.
"ARGHHHHHH YA ALLAH! YA ALLAH!"
Terkejut beruk Tok Kasuri melihat susuk pocong yang tiba-tiba muncul di balik pokok. Matanya terbeliak. Tangannya memegang dada. Badannya mengeletar.
"Errrrr"
Pian keanehan. Kinta ketakutan. Tok Kasuri mengeletar seluruh tubuhnya secara tiba-tiba. Mulutnya tercungap-cungap. Kinta yang cuak lari ketakutan masuk ke dalam semak.
"Celakalah"
Pian tidak tunggu lama. Dia juga lari dari situ. Tinggallah Tok Kasuri kekejungan lalu rebah ke tanah. Beberapa minit kemudian Tok Kasuri mengeras. Tubuhnya kaku. Tepat jam sepuluh malam, Tok Kasuri meninggal dunia.
>>>
Sebulan sudah berlalu.
Kekecohan semakin reda. Berita kematian Tok Kasuri tidak lagi menjadi bibit-bibit penceritaan penduduk kampung Tebuk Bahagia. Masing-masing sudah mula terima takdir dan ketentuan. Hal yang terjadi dijadikan pengajaran.
Pian dan Kinta duduk di gerai makan Wak Karjo. Mereka duduk santai sambil menyantap nasi lemak diiringi dengan teh tarik suam. Pian sengih busuk. Sudah lama dia sabar menanti. Kali ini sudah tiba masa untuk dia bergiat kembali menyampuk orang kampung.