•2•

315 24 5
                                    





















INTAN memerhati lama selendang satin bewarna merah jambu yang tergantung itu. Bila tengok merah jambu mesti dia teringat anak buah dia. Orked tu suka betul warna ni.

Selendang itu ditarik. Kelebaran dan panjang diperiksa. Yalah kalau tak cukup labuh Orked tak akan pakai. Dia kenal sangat dengan anak buah dia.

Setelah puas hati, Orked memanggil pekerja butik di situ. "Hmm berapa ya?" Dia hulurkan selendang itu. Bersedia untuk membayar.

Suka manjakan Orked dengan beli tudung dan blouse. Anak buah dia sangat manis pakai pakaian begitu sementara Intan tak gemar dan... dia tak rasa dia cantik macam Orked.

Selendang yang dihulur Intan dicapai. Pekerja itu tayang senyuman. "Tiga puluh ringgit, Puan."

Dahi Intan berkerut. Pertama, kerana dipanggil Puan sedangkan dia ini single dan langsung tak dicrush oleh sesiapa. Kedua kerana harga selendang yang super duper mahal.

"Hmm boleh tahan mahal." Kata Intan sambil mengeluarkan dompetnya. Kalau nak cancel pun dah terlambat sebab pekerja itu dah masukkan selendang ke dalam plastik.

Pekerja itu senyum segaris. "Haah, ini version labuh Puan." Jawabnya. Dah masak dengan balasan pelanggan yang sebegitu rupa. Zaman sekarang ni apa je yang murah?

Terangguk - angguk kepala Intan. Dia hulur duit not lima puluh ringgit pada pekerja tadi. Tapi belum sempat pekerja itu ambil, ada satu lagi tangan yang menghulur.

"On me."

Suara tu...

Mata Intan membulat. "U...Umar?" Mulut ditekup melihat jejaka yang sedang berdiri di hadapannya itu. Wah walaupun selepas enam tahun, Intan masih ingat suara dan rupa Umar.

Umar melorek senyuman manis buat Intan. Kedua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket. "Hi my ex." Nada gembira.

"First time jumpa orang excited terserempak dengan ex." Mereka sama - sama melangkah keluar dari butik itu. Tangan Intan memegang kemas plastik selendang tadi.

Tawa kecil Umar terhambur. "Yeah, we did not end our relationship badly. It was pretty good." Ujar Umar tenang. Kagum dengan diri sendiri berjaya membuatkan suasana tak tegang di antara mereka.

Intan tersenyum. Matanya merenung wajah lelaki yang pernah bertakhta di dalam hatinya itu. "You didnt change. Still sweet and cool as always."

Melihat Intan tersenyum, bibir Umar melorek senyuman. Sama seperti sebelumnya, hanya Intan wanita yang sering memujinya begitu.

"Thank you for the compliment."

Mata Intan mengecil. Langkah dihentikan. "Itu bukan pujian. Being a sweet person is not a good thing okay?" Balasnya bersahaja.

Ya. Kerana mulut manis Umarlah, dia jatuh hati. Tapi siapa sangka mulut manis itu... boleh memaut hati sesiapa sahaja. Hubungan mereka tak berakhir dengan baik pada awalnya.

Lepas enam bulan menjalinkan hubungan, Umar terpaksa pergi ke Itali untuk sambung pengajian dalam bidang masakan. Intan pulak berkali melarang kekasihnya ke sana kerana hubungan jarak jauh bukan mudah.

Nak dijadikan cerita, mereka tak putus semasa Umar ke sana. Tapi beberapa bulan selepas itu Umar beritahu dia dengan jujur yang Umar dah jumpa perempuan lain. Rasanya untuk Intan dah mati.

Kata sepakat dicapai. Tiada apa yang boleh perbaiki hubungan mereka. Masing - masing mula mati rasa. Jadi mereka putus dengan cara yang baik. Sekurang - kurangnya tak terlalu sakit untuk Intan.

OUR CHOICE✔️Where stories live. Discover now