DAHI Umar berkerut memandang sekeliling. Tempat yang ramai kanak - kanak kecil. "Betul ke nak datang sini? Ini tempat budaklah, Orked."Menjegil mata Orked memandang Umar. "Dekat pintu masuk tadi dia ada letak had umur ke? Tak ada kan? Jadi kita pun boleh masuklah,"
"Tapi Orked-"
Kerana tak mahu mendengar alasan Umar, Orked terus pergi ke bahagian kesukaannya. Bahagian lumba kereta. Ya Orked suka main lumba kereta setiap kali dia datang arcade.
Menggeleng kepala Umar melihat Orked. Pakai dress bunga - bunga, akhirnya main lumba kereta. Namun telatah Orked itu sikit pun tak membuatkan Umar tak menyukai gadis itu.
Malah, sikap Orked yang lain daripada lain itu berjaya membuatkan Umar teruja. Setiap kali bertemu, ada sahaja perkara baru yang dia tahu pasal Orked.
Umar ambil tempat di sebelah Orked. Nak ikut bermain dengan gadis itu. "Orked sure ke Orked reti main ni?" Sengaja dia mencabar.
Kening Orked bertaut. Dia hadiahkan senyuman sinis buat Umar. "Nak tengok Orked reti ke tak? Jom lawan sesama kita."
Cadangan Orked buat Umar tersenyum senget. Bagus, Orked sejenis yang pantang dicabar. Dia mengangguk laju. Setuju dengan cadangan Orked. "Boleh. Tapi kalah jangan menangis."
"Kalau Orked kalah, Orked belanja Umar makan. Okay?" Ujar Orked sambil menjongket kening.
Tawa kecil Umar terlepas. "Okay fine. Get ready untuk belanja saya." Angkuh Umar mencabar Orked. Padahal dia tahu, pasti gadis itu hebat bermain perlumbaan kereta.
Lihat cara Orked pegang stereng dan semangat gadis itu, tak mungkinlah gadis itu hanya minat. Kalau suka mesti dah banyak kali main dan dah hebat.
"Okay!"
Mereka sama - sama memulakan permainan. Masing - masing tak membuka mulut. Tajam mata Orked dan Umar memandang skrin sambil tangan bermain pada stereng.
Lima minit bermain, jeritan Orked bergema. Dia tersenyum kemenangan pada Umar. "So how? Hebat tak saya main?"
Umar menggigit bawah bibir. "Hmm hebat. Boleh jadi pemain F1." Gurau Umar sambil mengangkat punggung dari tempat itu.
Tawa Orked pecah. Tanpa sedar, Umar hanya memerhati dan terus memerhati gadis itu tertawa. Cantik. Nampak sangat cantik.
Bila Orked dah berhenti ketawa, dia berdeham. "Jom main tembak - tembak pulak?" Jari Orked tuding pada alat permainan menembak di hujung sana.
Menggeleng kepala Umar. "Awak ni Orked memang suka ajak saya buat benda yang saya tak pernah buat tau." Ujarnya.
"Aik, tak akan tak pernah masuk arcade?" Soal Orked hairan. Yalah lelaki itu duduk di bandar, bukannya kampung. Setakat arcade yang bersepah ni tak akanlah tak pernah masuk.
Umar senyum. "Pernah, tapi zaman sekolah dululah. Dah besar mana main benda macam ni," jawabnya tenang. Tangan dibawa memeluk tubuh sambil memandang Orked yang dah masukkan token ke dalam mesin.
Kening Orked terjongket. "Kolotlah Umar ni," selamba Orked mengutuk sambil tangannya mengangkat pistol dari tempatnya.
Kaki Orked dah memijak tempat refill peluru yang disediakan. Dari lagak dan cara gadis itu, Umar dah dapat agak Orked selalu main permainan itu. Dah macam polis pun ada minah ni.
Eh lupa, Orked kan anak askar.
"Tengok je ke?" Sempat Orked menyoal. Dia mengerling pada Umar dengan senyuman senget. Lelaki itu nak sangat keluar dengan dia kan? Hadaplah diri Orked ini.
Umar menggeleng dengan senyuman nipis. "Nak tengok je. Bukan senang nak nampak bidadari main tembak - tembak."
Manis!
TERSENGIH - sengih Umar melihat gadis pujaannya sedang memilih baju. Lagi satu yang Umar baru sedar tentang Orked— gadis itu lebih sukakan pakaian yang berjenama.
Orked lebih tertarik pada harga yang mahal. Langsung tak fikir berapa ratus yang dia keluarkan. Yang penting, Orked selesa dan suka kerana bajunya berkualiti.
Kening Umar terangkat. Patutlah dulu Intan pernah kata yang bukannya senang lelaki nak dapatkan Orked. Nak dapatkan pun dah susah, apatah lagi menjaga bunga cantik ini.
Kalau tak mampu nak bawa Orked ni pergi makan kedai mahal, masuk butik mewah dan layan gadis itu bak puteri— jangan haraplah boleh dapat Orked.
Bukan Orked mata duitan, tapi dia ada hak untuk bersikap begitu. Memilih tempat dan dilayan sebagai puteri, kerana dia memang selayaknya dilayan begitu.
Lihat sajalah bagaimana Encik Arfan jaga puteri sulungnya. Kalau si ayah jaga macam puteri, tak akan teman lelaki Orked kena layan suku - suku? Sila fikirkan.
"Umar, mana lagi cantik? Yang merah ke cream?" Orked menyoal. Kedua blaus yang dia maksudkan ditunjuk di hadapan Umar.
Dengar soalan maut itu, Umar telan air liur. Perempuan selalu tanya macam itu tapi hakikatnya mereka tak akan pilih pun apa yang dia pilih. Malah akhirnya boleh jadi pergaduhan.
Melihat Umar yang seakan termenung, Orked memanggil nama lelaki itu sekali lagi. "Umar... yang mana? Orked keliru lah nak pilih yang mana sebab antara dua ni, Orked suka je."
Bibir Umar lakar senyuman nipis. Redha sajalah apa yang akan jadi lepas ini. "Hmm saya prefer warna cream. Orked nampak lagi soft."
"Nice. Thank you, Umar." Blaus berwarna merah diletakkan kembali di tempatnya. Orked terus berjalan ke kaunter untuk pembayaran.
Tercengang Umar melihat Orked. Tak pernah dalam sejarah hidup dia, ada perempuan yang semudah Orked. Fuh, Orked memang terbaik.
Selesai membayar, Orked mendekati Umar yang menunggu dengan penuh sabar di depan butik. Kedua tangan lelaki itu masukkan ke dalam poket seluar.
"Umar, jom."
"Lunch jom? Saya dah lapar ni," Ujar Umar sambil menepuk perutnya. Agak mencabar juga membeli - belah dengan Orked. Dah dua jam pusing satu pusat beli - belah, barulah ada baju yang berkenan di hati gadis itu,
Laju Orked mengangguk. Dia pun memang dah lapar sebenarnya. "Okay. Lepas lunch kita solat terus eh?" Sambil matanya mengerling pada jam tangan. Dah pukul satu. Sempatlah makan dulu.
Umar mengangguk setuju. Di dalam hati kagum dengan Orked yang tak lupa waktu solat semasa keluar. "Orked nak makan dekat mana?"
"Restoran yang ada nasi, please?" Bibirnya menyengih. Bab makan memang Orked tak kisah. Asalkan sedap, dia balun je semua.
"Kalau macam tu ikut saya jelah?" Umar memberi cadangan. Lagipun, dia ada rancangan yang tersendiri sewaktu mereka makan tengah hari nanti.
Tak banyak soal, Orked hanya mengangguk setuju. Dia mengikut langkah Umar sehingga ke restoran yang lelaki itu maksudkan.
"Orked duduk dulu. Umar nak pergi jumpa staff diorang kejap." Arah Umar. Dia lakar senyuman nipis buat gadis itu.
Berkerut dahi Orked jadinya. "Buat apa nak jumpa staff?" Lah Umar nak tolong masak dekat dapur restoran ke apa sampai nak jumpa pekerja restoran ini?
Tawa kecil Umar terhambur. "Secret. Orked duduk je dulu pilih menu. Just give me five minutes and then I'll be back."
Melihat kesungguhan Umar itu, Orked tak ada pilihan selain mengangguk setuju.
-but every little things you notice about me, I would be forever grateful to you-
love,
eyein.
![](https://img.wattpad.com/cover/271078342-288-k351218.jpg)
YOU ARE READING
OUR CHOICE✔️
Romancei promise i'll stand with you even if the world is againts you. **** Hubungan Orked dengan Maksu dia bukan hanya sebatas anak saudara. Malah bagi Intan, Orkedlah anaknya, adiknya, teman rapatnya dan segalanya. Jarak umur empat tahun jadikan mereka...