•32•

173 15 5
                                    









SAKIT.

Kelu lidah Hakim saat matanya jatuh pada kad kahwin yang dipegangnya. Rasa sakit itu tak dapat digambarkan melalui kata - kata.

Membuatkan Hakim terdiam. Anak matanya lama merenung kad jemputan perkahwinan wanita yang dia cintai. Huh salah dia juga sebab lambat meluahkan perasaan pada Orked.

Lihatlah kini. Hakim sendiri yang sakit seorang diri. Bibirnya diketap menahan rasa. Tak mahu Orked nampak riak wajahnya.

Duduknya dibetulkan. "Jadi you ajak I jumpa tiba - tiba sebab nak bagi benda ni?" Soalnya dengan segaris senyuman. Tak apalah Hakim. Kau kena bahagia untuk orang yang kau cinta.

Orked mengangguk laju. Bibirnya mengukir senyuman lebar. "Ya. Awak jangan tak datang tau majlis saya. Saya pilih hari yang awak free, tak ada buat apa - apa."

Oh Hakim lupa Orked itu pengurus dia. Jadi Orked tahu semua jadual dia. Hakim baru nak buat alasan sibuk sebab tak mahu datang majlis pernikahan Orked.

"I ingat nak pergi rumah parent I lah hari yang I free tu." Dia mencipta alasan. Kad kahwin yang diberi Orked dipegang lagi.

Indahnya jika nama di dalam kad itu adalah nama dia dan Orked. Baru Hakim tahu sakit itu apa bila Orked dah jelas bukan miliknya.

Berkerut dahi Orked. "Tak boleh ke pergi lepas majlis? Alah, datanglah majlis saya dulu." Terkelip - kelip mata Orked merayu pada Hakim.

Hakim dah macam sahabat dia walaupun perangai Hakim selalu buat dia bengang. Tapi dia seles dengan Hakim. Jadi dia mahu lelaki itu hadir hari bahagianya.

Laju Hakim menggeleng. "Mana boleh. Rugilah masa I nak duduk rumah parent I. Lah kalau tak ada I bukannya tak berjalan majlis tu."

"Sampai hati awak." Pandangan Orked jatuh ke bawah. Hatinya sedikit terasa dengan Hakim yang seolah - olah tak ambil kira tentang hari bahagianya.

Hati Hakim lemah melihat wajah mendung itu. Bahunya jatuh. "Kenapa you nak sangat I datang? I ingat you tak suka I."

Bibir Orked melorek senyuman pahit. "Sebab saya tak ada kawan. Awak je kawan yang saya ada. Sebab tu... saya ajak awak. Saya nak sangat awak datang majlis saya, Hakim."

Katakan sahaja Hakim lemah dengan pujuk rayu perempuan. Dia langsung tak kisah. Laju dia mengangguk. "Okay. Nanti I datang."

Senyumannya pahit. Tak dapat nak bayang bagaimana peritnya hati dia melihat nama Orked dilafaz oleh lelaki lain. Boleh gila Hakim jadinya.

Orked perasan wajah pelakon lelaki itu tak seceria selalu. Senyuman Hakim tak selebar hari - hari sebelumnya. "Awak tak okay ke?"

Hakim telan air liur. "Kenapa tanya?"

"Muka tu macam tak okay. Awak memang tak nak datang majlis saya ke? Tak apalah, tak payah datang. Saya pun tak nak paksa." Jauh hati Orked.

Meskipun dia selalu bergaduh dengan Hakim, dia selesa dengan lelaki itu. Lelaki itu di antara orang yang wajib hadir ke hari bahagia dia. Orked terkilan sangat tengok muka tak rela Hakim.

Keluar keluhan dari bibir Hakim. Makin sakit hatinya tengok muka mendung Orked. "I okay, I akan pergi majlis kahwin you. I cuma not in a good mood today." Tipu.

Dahi Orked berkerut. Dia jadi prihatin. "Kenapa? Ada paparazzi kacau hidup awak ke? Awak nak saya buat apa - apa?"

Laju Hakim menggeleng. Bibirnya mengukir segaris senyuman untuk melegakan hati Orked. "No. Cuma masalah cinta je."

Mengecil mata Orked pandang Hakim. "Sejak bila pandai bercinta - cinta ni?"

Hakim angkat bahu. "Yang penting dia tak suka I." Hanya itu yang terpacul dari mulutnya. Matanya memandang Orked. Menunggu balasan dari gadis itu.

"Perempuan mana yang bodoh tak suka awak ni? Isy kesian Hakim!"

Bibir Hakim ukir senyuman pahit. You, Orked. You perempuan tu.

















orked <3
selamat malam bakal suami.

MESEJ itu sengaja tak dibalas. Telefonnya diletakkan di atas meja bersebelahannya. Kepala Umar dongakkan memandang bintang - bintang yang berterabun di langit.

Esok hari pernikahannya bersama Orked. Separuh hatinya teruja mahu beristerikan Orked. Gadis yang ceria, jelita dan pintar. Dalam ramai - ramai lelaki, dirinya juga yang menjadi pilihan Orked.

Tapi separuh lagi hatinya terasa berat. Barangkali dia masih belum bersedia untuk menjadi seorang suami. Lagipun hubungan dia dan Orked masih baru.

Mereka bercinta selama tiga bulan lalu Orked ajak dia kahwin. Tambah lagi sebulan persediaan, Umar dan Orked hanya bercinta selama empat bulan.

Sudah kenalkah dia dengan perangai Orked? Sanggup ke dia nak hadapi wanita bernama Orked hingga ke akhir nafas.

Tanggungjawab itu berat. Umar rasa berat nak pikul. Orked dahlah anak kesayangan Encik Arfan. Macam mana kalau dia tak mampu bahagiakan Orked?

Macam mana kalau dia sakitkan hati Orked satu hari nanti? Semua tu salah dia. Dia yang akan dipersalahkan di atas setiap titisan air mata Orked yang jatuh.

"Umar,"

Bahu Umar terasa disentuh. Umar hanya membiarkan kerana dia tahu siapa yang menyentuhnya. Matanya masih fokus pada langit.

"Kenapa macam tak happy? Umar tak nak kahwin dengan Orked ke?" Lembut suara Puan Hanim menyoal. Jujur dia risau melihat Umar yang nampak tak rela.

Dia nampak anaknya itu sukakan Orked, tapi bila mereka nak berkahwin— Umar nampak berat hati. Macam kena kahwin paksa.

Umar mengetap bibir. Wajah risau ibunya dipandang lama. "Betul ke apa yang Umar buat ni mummy? Umar nak kahwin sekali je."

Dahi Puan Hanim berkerut. Banyak soalan ingin ditanya, namun dia tahan. Bahu anaknya dipeluk. "Umar tak yakin ke Orked boleh jadi isteri Umar?"

"Entahlah mummy. Umar takut... Umar buat silap. Umar takut Umar akan sakitkan hati dia," luah Umar. Hati Orked bagaikan mutiara.

Harus dijaga rapi jangan sampai hilang dan rapuh. Jangan sampai hilang cahayanya. Umar takut, mutiara itu hilang sinarnya bila Umar yang menjadi pemegangnya.

Fahamlah Puan Hanim apa yang anaknya risaukan. Dia senyum segaris. "Mummy tahu Umar takut dan mummy pun sejujurnya takut. Yalah mummy pun nampak betapa terjaganya Orked dalam jagaan ayah dia."

Nafas dihela. Dia menepuk bahu Umar. "Tapi Umar kena jadikan itu sebagai semangat dan amanah. Ayah dia jaga dia dengan baik, Umar jangan sakiti dia. Mummy pernah dengar... bila isteri kita tak lagi cantik sebagaimana kita lihat sebelum kahwin, bukan si isteri yang tak pandai bergaya."

Mata Puan Hanim merenung anaknya. "Tapi salah suaminya kerana tak dapat menjaga dia bak ratu. Ingat, Umar. Tak ada jaminan yang perkahwinan ni akan kekal. Kita tak tahu masa depan.

Bibir Umar tertutup rapat. Ya dia tahu itu. Sebab tu lah dia risau. Bagaimana jika perkahwinan ini menjadi kesilapan? Dia tak mahu.

Tangan Umar, Puan Hanim genggam. "Tapi Umar boleh berusaha untuk mempertahankan perkahwinan ini walau seteruk mana kamu berdua jatuh. Jadi suami yang membimbing, jangan sesekali terdetik nak naik tangan pada Orked."

"Dia bunga yang kamu perlu jaga. Dia bunga dan kamu pemilik bunga itu. Siram dengan kasih sayang, jangan terlupa walau sehari. Tunjukkan dia sinar supaya dia tak layu. Jaga dia, Umar."

Ya. Umar akan jaga Orked.



























-all these fairy tale are full of shit.-












love,
eyein

OUR CHOICE✔️Where stories live. Discover now