•61•

263 20 26
                                    









MELEBAR senyuman Orked tatkala suaminya keluar daripada bilik. Pinggan di tangan dia letak di atas meja. "Good morning Umar!"

Bibir Umar turut mengukir senyuman. Dia menghampiri Orked, lalu pinggang isterinya dipeluk dari tepi. "Good morning sweetheart." Bibir mengucup pipi Orked.

Orked senyum. "Jom breakfast. Orked masak mi goreng!" Dia terus tarik kerusi untuk Umar duduk. Fuh isteri mithali gitu.

"Hmm sedapnya bau." Hidung didekatkan dengan hidangan. Tak dapat nak dinafikan, isterinya memang pandai memikat perut dia. Masakan Orked sedap.

Tanpa amaran, Orked terus duduk di atas peha Umar. Leher suaminya dipeluk mesra. "Jom makan." Sengihan ditayang.

Umar telan air liur. "Orked, kita nak makan ni. Jangan macam - macam." Dah la wangian Orked dah mampu buat Umar tergoda.

Bulat mata Orked. Tangan dia menampar perlahan bahu Umar. "Mana ada. Orked nak makan la ni. Tapi Umar kena suap."

Bibir Umar mengukir senyuman melihat sifat keanak - anakan isterinya. Rambut panjang wanita itu dia tolak ke belakang bahu. "Okay, Umar suapkan."

Orked tersenyum lebar. Bahagia kerana Umar sentiasa memanjakan dia dan melayan sisi mengada dia. Kalau lelaki lain, tak tentu boleh tahan lama dengan perangai Orked.

Umar tegakkan tubuh. Dia memegang garfu dengan sebelah tangan lagi memeluk pinggang Orked. "Okay open your mouth..."

Laju Orked buka mulut. Garfu Umar yang tinggal beberapa cm dari mulut dia, tiba - tiba terus melencong masuk ke dalam mulut Umar.

"Umar! Jahatnya!" Tangan memukul dada Umar, tak puas hati. Main - main pula Umar ni.

Mengekek Umar ketawa melihat wajah cemberut si isteri. Tangan Orked yang memukul dadanya ditangkap. "Sakit la sayang. Tangan ni berbisa sungguh."

Memincing mata Orked pada Umar. "Serve you right. Siapa suruh kacau Orked?" Kening diangkat.

Sekali lagi Umar tertawa. Pipi Orked dicubit geram. "Ini umur dua puluh lima ke lima tahun? Comel sangat lahai."

Untung betul Umar. Dapat isteri yang cantik dan comel dalam masa yang sama. Dia dapat wanita yang menjadi kegilaan lelaki di luar sana.

Tapi sayang, disia - siakan wanita itu.

Perlahan bibir Orked mengukir senyuman. Sering kali lemah dengan pujian suaminya. "Hmm suap la elok - elok, Orked lapar ni."

Bibir Umar sempat mengucup sekilas bibir isterinya sebelum mencapai segarfu lagi. Kali itu dia terus menyuap ke dalam mulut Orked. "Sedap?"

Dahi Orked berkerut saat mengunyah mi goreng di dalam mulut. "Apa yang sedap?"

Laju jari Umar menjentik dahi flawless isteri dia. "Mi tu la! Apa lagi yang sedap?" Tak dapat dijangka sungguh apa yang isteri dia fikir.

Orked tersengih. "Okay, biar Orked suap Umar pulak!" Semangat. Dia ambil garfu dan suap ke dalam mulut Umar.

Tersenyum - senyum Umar dengan layanan isterinya. Jujur, tak ada satu saat pun dia terfikir mahu hilang wanita itu dari hidupnya. Orked sungguh bermakna di dalam hidup Umar.

Kelopak matanya terasa berat bila memikirkan kesalahan dia yang satu itu. Agak - agak, Orked akan maafkan dia ataupun tidak?

Dagu Umar letak di atas bahu Orked dengan mata yang terpejam. Dapatkah dia memeluk wanita ini lagi jika Orked tahu perkara sebenar?

"Umar ni kenapa?" Tanya Orked, hairan melihat suaminya yang dah memejamkan mata di bahunya. Tiba - tiba nak tidur ke?

Dalam mata yang masih terpejam, Umar ukir senyuman. "Let me hug you."










OUR CHOICE✔️Where stories live. Discover now