KELUAR daripada bilik air, tubuhnya terus diserbu Orked. Bibir isterinya mengucup setiap lekuk wajahnya. Hm pelik sungguh Orked hari ini."Sayang..." Perlahan tangan Umar menolak wajah isterinya. Kalau kuat nanti ada pula yang menangis. "Bagi Umar pakai baju dulu eh?"
Berkerut dahi Orked dengan penolakan suaminya. "Buat apa? Tidur je la tak pakai baju." Selamba Orked mengarah. Kisah apa dia nampak macam perempuan miang sekalipun.
Tertawa Umar mendengarnya. Kepala isterinya diusap penuh kasih. "Tak akan la nak tidur pakai tuala je sayang?" Haih macam - macam lah isterinya yang seorang ini.
"Apa salahnya kan-"
Belum sempat Orked menghabiskan bicara, Umar terlebih dahulu menolak dahi Orked dengan jari telunjuknya. Mengecil mata pandang si isteri. "Naughty."
Lalu kaki dibawa ke depan almari. Tshirt berwarna hitam dan track suit dikeluarkan. Tapi belum sempat dia nak sarung ke tubuh, tubuhnya terlebih dahulu didakap dari belakang.
Mengeluh perlahan, Umar mengusap tangan isterinya. "Orked, let me go. Umar nak pakai baju." Pinta Umar. Sungguh dia nak pakai baju ni. Orked ni manja dan miang pula hari ni.
Tepi kepala Orked melekap pada belakang tubuh Umar yang tak berbaju. "Tak nak. Orked tak nak lepas Umar. Umar Orked punya."
Tangan isterinya dirungkai dari pinggang. "Orked..." tak sempat dia nak menghabiskan bicara apabila melihat wajah mendung si isteri. Emosi tak stabil agaknya.
Mata merenung Orked yang terus membawa langkah ke katil. Punggung dilabuhkan di birai katil. Umar segera menyarung pakaian. Siap berpakaian, dia terus mendekati Orked.
"Kenapa ni? Macam tak okay je hari ni." Soalnya, prihatin. Bahu si isteri diusap - usap lembut. Itulah yang dia lakukan setiap kali Orked tiba - tiba tak okay.
Kepala Orked menunduk. Bibirnya tertutup rapat. Dia mahu sentiasa dekat dengan Umar kerana kejadian tengah hari tadi. Hatinya tidak tenteram.
Melihat isterinya masih tak membuka mulut, Umar dekatkan wajahnya dengan Orked. "Sayang, kenapa ni? Umar ada buat salah ke?" Lembut.
Perlahan Orked menggeleng. Bukan salah Umar bila Intan sukakan Umar. Tapi- "Haah Umar ada salah."
Terkebil - kebil Umar. Dia menelan air liur. Ya Tuhan, salah apa pula dia buat kali ini. Jangan la Orked nak hukum dia pulak. Seram! "S-salah apa?"
Mata Orked dah berkaca. Tubuh Umar dipeluk, lalu dia sembunyikan wajahnya di dada Umar. "Salah Umar... s-sebab handsome sangat tsk tsk...."
"Orked..." speechless Umar jadinya. Tangan mengusap kepala Orked. Haih Orked ni punya emosi mengalahkan perempuan mengandung. Apa yang salahnya dia handsome?
"Orked sayang Umar!" Orked merengek.
Bibir Umar mengukir senyuman. Katakan macam mana dia nak putus asa dengan wanita seperti Orked? Dalam manja, ada sahaja yang buat Umar ceria.
Tangan Umar mencengkam bahu Orked. Tubuh isterinya ditolak menjauh sikit. "Hey, jangan la nangis. Umar minta maaf tau?"
Walhal bukan salah Umar sekiranya dia kacak. Tapi sejak bergelar suami, Umar belajar satu perkara. Salah ataupun tidak— minta maaf. Hati perempuan ini mudah lembut. Jangan sanjung ego lelaki kalau sayangkan isteri.
Hingus disedut kembali. Terkelip - kelip mata Orked memandang Umar. "Hmm Orked maafkan." Walaupun tak ada yang dia nak maafkan.
Umar tergelak kecil. Ibu jari menyeka kesan air mata si isteri. "Comelnya isteri Umar ni. Umar sayaaaaaaang Orked sangat."
Bibir Orked mengukir senyuman. "Jom tidur!"
Laju Umar mengangguk meskipun dia masih belum nak tidur. Dia masih ada kerja nak diselesaikan sebagai seorang penulis. Namun, dia hanya mengikut kehendak Orked. Isterinya tak berapa okay, jadi dia tak nak kecewakan Orked.
Mereka ke tengah katil. Umar baring mengiring dengan sebelah tangan memangku kepala. Sebelah lagi menarik Orked merapat. "Good night, sayang."
Orked tersenyum. "Good night Umar." Kemudian memejamkan mata. Sebelah tangan melingkar di atas pinggang Umar.
DUA jam berlalu. Umar masih tersenyum lebar melihat wajah isterinya yang sedang nyenyak tidur. Akhirnya tidur juga.
Setiap kali Umar nak bangun, laju je tangan Orked peluk dia. Siap merengek tak mahu melepaskan Umar. Akibatnya terpaksa la Umar tunggu lama nak pastukan Orked benar - benar lena.
Jari Umar menyingkap juntaian rambut Orked yang jatuh itu ke belakang telinga. "My pretty angel." Cantik.
Tidur pun cantik.
Makan pun cantik.
Menguap pun cantik.
Sendawa pun cantik.
Bila je la isteri dia ni tak cantik, kan?
Sedang dia terleka merenung wajah si isteri, telefon Umar berdering kuat. Dia mengeluh keras. Siapa pula yang kacau dia ni?
Orked yang bagaikan nak terjaga itu ditepuk bagai anak kecil. "Shh... tidur, Umar ada."
Lalu dia merungkaikan tangan Orked dari pinggang. Umar bangun mencapai telefonnya.
Intan.
Aik? "Hello In-"
"Umar... tsk tsk..." Suara di hujung sana teresak - esak membuatkan Umar tersentak. Dia mengintai jam di dinding dengan ekor mata. Satu pagi.
Umar mengetap bibir. "Intan, you kenapa ni? Are you okay?" Kakinya diturunkan dari katil sambil tangan mengemaskan selimut pada tubuh Orked.
"Umar..."
"Intan, you kenapa ni? You dekat mana?" Jelas di telinganya bunyi - bunyi muzik yang kuat. Tak akan la Intan dekat-
Esakan Intan kedengaran jelas di telinga Umar. "You ambik I... I nak jumpa you..." Di hujung ayat, Intan tertawa pula.
Umar mengerut dahi. Tubuhnya dah berdiri tegak. "Intan, where are you?! You mabuk ke sekarang ni?!" Risau kerana Intan itu kawan dia.
Suara Intan di sana mengekek ketawa. "So what?! I memang mabuk! So what?!"
"Okay, chill. You share location you dekat I. I bawa you balik sekarang. Okay, Intan?" Dia jadi risau bila Intan sendiri mengaku wanita itu mabuk.
Gelak tawa Intan bertukar jadi tangisan buat Umar pening kepala. Dia mencapai jaket hitam serta kunci kereta. "Intan please... sedar."
"You nak tinggalkan Orked?" Suara di sana melirih.
Umar mengeluh. Matanya terpandangkan Orked yang lena diulit mimpi. "Share location you. I ambik you, kita balik sekarang."
Belum sempat Umar letak panggilan, suara Intan menjerit nyaring. "I love you! Why are you with her?! Kenapa Orked?! Kenapa?!"
Pengakuan itu buat Umar berhenti melangkah. Dia menelan air liur. "Intan..." Umar sayangkan Orked. Dia tak sukakan Intan langsung.
Tawa Intan terhambur. "Kenapa dia, Umar? Kenapa?" Serak.
Umar menggeleng perlahan. "Whatever. You hantar location you sekarang. I hantar you balik rumah!" Arah Umar, tegas.
Panggilan terus diletakkan tanpa menunggu balasan dari Intan. Wanita itu sedang mabuk, mesti la dia risau sebagai kawan. Macam - macam jenis manusia di luar sana.
Pintu rumah ditutup dengan perlahan. Umar merengus. Entah kenapa, dia rasa bersalah terhadap Orked sedangkan dia tak punya salah pada isterinya.
Tak ada.
-no one compares, you stand alone-
hey sweetie <3
love,
eyein
YOU ARE READING
OUR CHOICE✔️
Romancei promise i'll stand with you even if the world is againts you. **** Hubungan Orked dengan Maksu dia bukan hanya sebatas anak saudara. Malah bagi Intan, Orkedlah anaknya, adiknya, teman rapatnya dan segalanya. Jarak umur empat tahun jadikan mereka...