DARI jauh, Umar dah nampak susuk tubuh itu masuk ke dalam kedai buku. Langkah Umar terhenti di situ. Tak jadi nak masuk ke dalam F.O.S. di hujung aras. Kakinya terus dibawa masuk ke dalam kedai buku.Kepala Umar terdongak - dongak mencari kelibat gadis itu di sebalik semua rak. Rak pun sama tinggi dengan kepala orang. Pening jadinya.
"Can I get your number?"
"Jangan kacau."
Suara itu! Umar terus mencari arah suara itu. Dia berhenti bila terlihat seorang gadis sedang menilik buku di rak. Seorang lagi lelaki yang tak dikenali pula berdiri tegak di sisi Orked.
Tengok muka Orked pun dah tahu yang gadis itu tak selesa dengan kehadiran lelaki itu. Umar buat keputusan untuk memerhati dari jauh. Cerita Intan mengenai kesombongan Orked membuatkan dia mahu melihat sendiri situasi itu.
Si lelaki tak putus asa. Dari kiri Orked, dia beralih ke belah kanan Orked. "I'm serious, miss. You look so adorable, charming and pretty. You are so hot!"
Sikit pun Orked tak pandang lelaki itu. Dia merengus kasar sebelum mencapai buku. Buat - buat tak endah macam lelaki itu tak wujud di situ.
Lelaki itu menelan air liur. Ternyata gadis di hadapannya ini sangat jual mahal. "Nama I Karl. I pensyarah universiti."
Kali itu Orked berpaling memandang lelaki itu. Tapi pandangannya tetap sedingin ais. Namun sudah cukup membuatkan hati si lelaki melonjat gembira. Fikirnya Orked terjatuh ke dalam kata.
"So awak ni educated person?"
Senyuman lelaki itu melebar. "Yes."
Hujung bibir Orked ternaik sinis. Dia merenung lelaki itu tajam. "So awak tahulah kan erti jangan kacau tu apa? I dont care if I'm hot or cold, I just want you to get away from me!"
Rahang lelaki itu terjatuh. Dengan wajah dia yang kacak begini, jarang perempuan menolak dia. Dia kaya kut, apa lagi yang gadis itu mahukan?
"I serious suka you!"
Kening Orked ternaik. "And you think I trust your words? When your lips are moving, I know you're lying." Pedas. Jelingan dihadiahkan.
Orked berlalu meninggalkan lelaki itu. Hilang mood dia nak cari novel sebab diganggu lelaki itu. Apatah nama dia tadi— Kari? Curly?
Tersengih Umar melihat situasi itu. Betullah kata Intan. Bukan sahaja menolak malah Orked bijak menyerang balas semua ayat manis bergula lelaki.
Tapi semuanya tak berhenti di situ. Lelaki bernama Karl itu tak puas hati dengan balasan Orked. Saat Orked nak berlalu, tangannya laju merentap pergelangan tangan Orked.
"Apa ni?!" Suara Orked meninggi. Dia paling pantang bila dia disentuh sesuka hati. Tahu tak betapa mahalnya kulit dia?!
Karl senyum sinis. "Kenapa? Mahal
sangat ke kau-""Jangan jadi lelaki tak ada maruah boleh tak?" Tangan lelaki itu direntap kasar dari tangan Orked. Menyirap je Umar tengok lelaki di depan dia ni.
Malu, lelaki itu terus berlalu tanpa pamit. Tak sangka kelakuannya ditangkap seseorang. Sementara Orked menarik nafas lega.
Wajah tegang Umar direnung. "Thank you." Ucapnya dengan senyuman. Walaupun Orked agak hairan dengan Umar yang nampak terlalu serius.
Entah kenapa, Umar rasa sangat marah. Rasa macam... terlalu tak puas hati. Dia memandang Orked tajam. "Dah tahu tak suka, janganlah layan. Lain kali lari je,"
Mata Orked terkelip - kelip. "Manalah Orked tahu dia nak-"
"Suka ke kena kacau?" Turun naik nafas Umar. Entah kenapa dia punya marah macam Orked ni kekasih dia. Heh merepek apa ni Umar?
"Bukan Orked nak pun kena pegang macam tu! Sekarang ni Umar nak salahkan Orked ke?" Tak percaya pula lelaki itu macam nak salahkan Orked.
Bibirnya ditutup rapat. Ya, salah Orked sebab terlalu cantik.
"JOM pergi lunch sekali?"
Kening Orked bertaut. "Kenapa ajak Orked?" Entahlah rasa aneh pula bila Umar ajak dia pergi makan sekali. Sebab dia bukannya rapat dengan lelaki itu.
Bibir Umar mengukir senyuman. Ajak makan tengah hari bersama pun kena disertakan sebab. "Sebab saya nak lunch dengan awak. Bolehlah kita borak - borak." Jawab Umar.
Laju Orked menggeleng. Selesai urusannya di kaunter bayaran, Orked terus pasang kaki keluar dari kedai buku. "Tak naklah. Tak manis makan berdua dengan Umar."
Dahi Umar berkerut. Tak faham mengapa gadis itu menolak perlawaannya. "Lah bukannya dekat tempat tersembunyi. Tempat public kan?"
Sungguh, Orked sangat berbeza dengan perempuan yang dia pernah keluar. Orked memang nampak bersederhana. Tak berpakaian macam ustazah, tapi gadis itu bijak menjaga diri.
Orked berhenti melangkah. Muka Umar dipandang sekilas. "Tak sukalah berdua. Kalau ada orang lain, Orked okay je."
Bukannya dia risau lelaki itu buat apa - apa dekat dia. Orked risau sebab selalunya bila berdua, masa itulah syaitan nak hasut dia. Nak sukakan lelaki lah, nak jadi kekasih lah. Banyak benda lagi Orked nak fikir dari satu perkara tu.
Keluhan berat dilepaskan. Umar tak ada pilihan. Dia mahu kenal gadis itu dengan lebih lanjut. "Okay, Orked jemputlah kawan Orked. Kita lunch bertiga."
"Betul ke ni?" Kedua belah kening diangkat. Muka pasrah Umar dia pandang. Sanggup lelaki itu relakan dia ajak orang lain asalkan mereka makan bersama.
Umar mengangguk. Kedua belah tangannya memeluk tubuh. "No choice. Call jelah sesiapa. Kita makan dekat Chicken Rice Shop."
Lebar senyuman Orked. Dia keluarkan telefon dan nombor seseorang didail. Siapa lagi kalau bukan- "Hello maksu, free tak?"
Berubah riak wajah Umar bila mendengar panggilan yang Orked gunakan. Tahulah dia siapa yang Orked nak jemput. Rasa tak enak menyerang secara tiba - tiba.
Bukan apa, dia rasa macam pelik kalau Intan ada sekali. Dia nak kenal Orked iaitu anak buah Intan. Yang sukarnya Intan itu bekas kekasih dia. Rasa macam... pelik.
"Haah, teman Orked lunch. Nanti Orked send alamat. Thank you," Orked letak panggilan. Dia pandang Umar semula dengan senyuman.
Namun senyuman Orked mengendur bila melihat panahan mata Umar pada wajahnya. Umar ni orangnya charming, tapi bila dah macam tu nampak garang pulak. Kecut perut Orked.
Dia menghela nafas. "Kenapa Umar pandang Orked macam tu?" Orked menyoal polos. Dia langsung tak tahu lelaki itu tak suka kalau Intan yang turut serta.
Umar mengetap bibir. "Kenapa ajak Intan? Awak tak ada kawan lain ke?" Sabar, Umar.
Berkerut dahi Orked dengar soalan Umar. "A-ada... tapi Umar mesti lagi selesa dengan maksu sebab Umar kan-"
"Saya bekas kekasih dia? Nama pun bekas je, Orked. Tak perlu nak kaitkan dia dalam semua benda." Nada Umar tegas. Dia mengalihkan pandangan ke arah lain.
Orked masih bingung. Bingung kenapa Umar perlu marah jika dia mengajak Intan. "Korang end relationship dengan cara elok kan? Apa salahnya kawan makan dengan kawan?"
Hujung bibir Umar ternaik. "Takut ada istilah kawan makan kawan, Orked,"
Blur.
Apa maksud Umar?
love,
eyein
![](https://img.wattpad.com/cover/271078342-288-k351218.jpg)
YOU ARE READING
OUR CHOICE✔️
Romancei promise i'll stand with you even if the world is againts you. **** Hubungan Orked dengan Maksu dia bukan hanya sebatas anak saudara. Malah bagi Intan, Orkedlah anaknya, adiknya, teman rapatnya dan segalanya. Jarak umur empat tahun jadikan mereka...