•73•

465 24 30
                                    










CAWAN yang dia pegang dipandang kosong. Entah kenapa boleh teringatkan bekas isteri dia tiba - tiba. Rasa macam... betul - betul rindukan Orked.

"Minum air ni."

"Air panas?"

"Ye lah kenapa?"

"Tak suka air panas!"

"Okay, chill. Lepas tu nak Umar buat air lain ke? Jus? Ribena?"

"Nope, nak ice je. Bagi jadi teh air terus."

"Malam - malam pun minum air berais. Nanti buncit macam mana?"

"Selama ni Orked buncit tak?"

"Taklah."

"So?"

"Okay Orked menang."

Dua tahun dia menetap di Dubai. Mencari ketenangan dan diri yang dah hilang dibawa pergi oleh Orked. Dua tahun itu, bukan mudah bagi Umar.

Dia rasa macam nampak bayang - bayang Orked di mana sahaja dia berada. Nak meratap minta rujuk dengan Orked? Tidaklah, wanita itu tak akan bagi peluang lagi pada Umar.

Buk!

"Ya Allah, sorry!"

Membuntang mata Umar bila cawan teh panasnya dah mendarat di lantai. Tapi isinya pula dah tertumpah dekat coat-

"No, it's okay." Si gadis tersenyum manis menampakkan lesung pipitnya. Coat putih dia dibuka. Rasa kelakar pula tengok muka terkejut jejaka di depannya ini.

Umar senyum kekok. Tangan menggaru belakang leher. "Nak I- eh. I mean do you want me to-"

"Cakap je la Malay. I orang Malay la." Murah dengan senyuman, gadis itu tersenyum lagi. Coat yang dah kotor itu disangkut pada lengan.

Terkelip - kelip mata Umar. Oh, orang Melayu? Tapi wajah gadis itu memang arab habis. "Hmm sorry tau. You nak I bawak coat you pergi dobi ke?"

Gadis itu tertawa kecil. Dia menggeleng perlahan. "Tak payah. I boleh basuh sendiri je." Ujarnya lembut. Bersopan - santun lah katakan.

"You seorang je ke?" Tiba - tiba rajin pula gadis itu menyoal Umar. Sepatutnya, dia dah lama beredar lepas Umar minta maaf. Tapi sengaja dia tunggu di situ.

Lelaki tu nampak seperti sesuatu.

Jari Umar menggaru hujung kening. Urgh janggalnya rasa. "Haah, seorang je. K-kenapa?"

Laju, gadis itu mengangguk. "I doktor dekat hospital ni. Under psikatri." Tanpa segan dia mengenalkan diri.

Umar hanya mengangguk. "O-okay." Lepas tu tak akan nak saling berkenalan pula. Dia tak nak berkenalan, dia nak balik rumah.

"I nampak you mengelamun sebab tu you terlanggar I. Tak nak share apa - apa ke? I boleh dengar." Eh tiber dia jadi baik hati.

Sebab Umar memang mental dah tenggelam, dia anggukkan kepala. Rasa macam magik pun ada. "Yeah I need someone actually."

Si gadis menarik hujung baju Umar ke taman hospital. Dia memilih satu bangku kosong, lalu duduk di situ. "Cerita la, I dengar."

Umar duduk jauh sikit dengan doktor tu. "Kut ya pun, bagi la tahu nama you dulu."

Dia kerut dahi pandang Umar. "I ingat you yang tak nak kenal I?" Eh dari tadi Umar buat muka bosan dengan dia tau. Ceh macam dah jumpa seminggu.

"Nama I Umar Akhyar."

OUR CHOICE✔️Where stories live. Discover now