"JAGA diri tau kat sana?" Sayu mata Anis pandang kawan dia. Ceh padahal mereka hanya akan berpisah selama dua bulan. Tapi dah namanya Anis, drama lebih.Dia ikut juga Orked hantar Intan tadi. Lepas tu dia suruh Orked pergi mana - mana dulu sebab dia perlu masa berdua dengan Intan. Anis jadi anti Orked sejak dia tahu Umar suka Orked.
Ya Orked cantik dan baik tapi Anis nampak anak buah Intan tu macam sesuatu sangat. Baiknya hari ini pun macam dibuat - buat. Orked punya bahagia nak hantar Intan tu macam aneh.
Intan senyum. Bahu temannya ditepuk. "Jangan risaulah. Aku retilah jaga diri. Aku kan dah besar." Ujar Intan cuba meyakinkan Anis.
Memanglah dia tak pernah ke luar negara tapi dia tahu macam mana nak jaga diri. Intan bukan budak kecil lagi dah yang Anis kena ingatkan banyak kali.
Bibir Anis menyinggung senyuman. Bahu Intan dipeluk. "Baik betul anak buah kau ya sanggup belanja kau pergi sana?"
Mula dah Anis nak buka gossip. Sebab tulah dia suruh Orked pergi tempat lain. Dia tak nak masa dengan Intan diganggu.
"Dia kata hadiah birthday." Lembut Intan membalas. Dia tahu sangat kenapa Anis tanya soalan macam tu. Tak lain tak bukan nak cakap buruk pasal Orked.
Hujung bibir Anis terangkat. "Dah tu? Kau percaya? Dari tadi aku perhati. Dia macam nak halau kau tahu tak?" Selamba dia memberi pendapat.
Berkerut dahi Intan dengar telahan Anis. Bahu Anis ditumbuk perlahan. "She is my niece. Kau janganlah nak sangka buruk je dekat dia."
Mata Anis juling ke atas. "Sebab dia anak saudara kau la dia lagi bahaya. Nanti senang je dia tikam belakang kau."
Laju Intan menggeleng. "Kau ni jangan mengarutlah. Nak jadi batu api ni kenapa?" Marahnya. Takut pula dia termakan kata - kata Anis.
"Aku cakap benda betul. Kalau dia pun suka Umar macam mana?" Balas Anis tak nak kalah. Jangan sampai dia cari bukti pasal Orked. Dia boleh je nak buat.
Intan terdiam beberapa saat. Dia sendiri dah malas nak fikir. "Maybe memang jodoh diorang berdua?" Dia cuba positif.
Kening Anis bertaut. "Orked kata kat kau dia suka Umar ke? Tak kan?" Lahu Intan menyoal. Huh dia tak faham Intan ni bodoh ke apa tak nampak cara Orked pandang Umar. Dah macam kekasih!
Bibir Anis mengherot sinis bila Intan terdiam seribu bahasa. "Jadi kalau dia ada apa - apa dengan Umar, tu kira tikam belakang. Nak lahap bekas mak cik sendiri kenapa?"
Kata - kata Anis mula rasa macam diserap masuk ke dalam minda. Intan mengeluh. "Tapi kita ni siapa nak lawan takdir? Kalau Orked suka Umar dan Umar suka Orked, aku nak perjuangkan apa?"
"Kenapa? Kau takut kalah dengan Orked?" Anis senyum. Heh awalnya Intan putus asa. Padahal tak pernah dengar Umar mengaku sendiri yang Umar sukakan Orked.
Intan menggigit bawah bibir. "Orked tak akan suka Umar. Aku yakin. Dia cakap sendiri dekat aku yang dia tak suka Umar jadi aku tak perlu risau apa - apa."
"Ikut suka kaulah." Anis mencebik. Yalah Orked je betul.
DARI jauh Umar dah nampak seorang gadis sedang makan aiskrim seorang diri di atas rumput sambil menghadap tasik. Bila perasan warna baju yang dikenakan Orked, Umar geleng kepala.
Careless.
Dia menapak mendekati Orked. Bila dah sampai dekat gadis itu, dia kerut dahi. "Ni kenapa duduk atas rumput ni?" Soalnya.
Orked angkat kening beberapa kali. Bibirnya menyengih. "Best tau. Cantik je sky hari ni." Jari dia tuding ke arah langit yang dah cerah.
Cerah yang membiru. Memang cantik sebab baru lepas hujan. Keluhan terbit dari bibir Umar. "Orked, rumput tu mesti basah kan? Kotorlah baju tu nanti."
"No. It's okay." Selamba Orked menjawab. Dia masih khusyuk makan aiskrim dalam cup. Sedapnya aiskrim coklat campur vanilla. Tak cukup satu dia beli.
Sekali lagi Umar menggeleng dengar jawapan Orked. Degil. "Bangun." Arah Umar sambil menanggal kasutnya. Dibiarkan kaki sendiri memijak rumput yang basah.
Dahi Orked berkerut. "Buat apa?" Soal Orked tak puas hati. Umar ni tak nampak ke dia tengah menikmati keindahan alam? Kenapa dia diganggu.
Ikutkan hati Umar dia nak angkat je badan Orked sampai berdiri. Tapi mereka masih belum nikah. Dia tak nak sentuh Orked sesuka hati. "Bangun jelah. Jangan degil." Suara ditekan.
Nak tak nak Orked terpaksa bangun. Bila bangun, dia kibas - kibas bahagian punggung. Rasa basah dan banyak rumput melekat.
Tergelak kecil Umar lihat kekasihnya. Itulah orang cakap tadi buat keras kepala. "Duduk atas kasut ni. Kaki jangan melunjur. Barulat baju dan seluar tak kotor."
Kasut Umar letak di tempat Orked duduk tadi. Dah Orked nak sangat menikmati keindahan alam, dia turutkan saja.
Orked dah tersenyum - senyum. Wajah kacak Umar ditenung lama. "Thank you future husband. You are so sweet." Puji Orked ceria.
Dia duduk di atas kasut Umar dengan posisi yang Umar suruh. Jangan melunjur, jadi lututnya diangkat dan dipeluk.
"Kenapa tak boleh datang kafe tengah hari tadi?" Umar akhirnya menyoal. Bukan apa, dia cuma hairan pelanggan tetap dia tak ada tadi.
Bila ditanya, Orked kata ada hal. Nak kata urusan perkahwinan diorang, banyak yang dah selesai. Tak ada apa yang perlu diselesaikan lagi dah. Tinggal siapkan diri je.
"Oh, Orked hantar maksu pergi airport." Tenang Orked menjawab. Hanya Tuhan yang tahu betapa leganya hati Orked saat menghantar Intan sampai ke gate.
Intan tak akan ada pada hari perkahwinan dia. Yeay.
Kening Umar bertaut dengar jawapan Orked. "Lah maksu pergi mana pulak? Ada kerja dekat luar negara?" Hairan pula. Orked tak ada pula bagitahu apa - apa sebelum ni.
Tajam mata Orked pandang Umar. "Amboi nak tahu sangat kenapa?" Hatinya mula disapa angin - angin cemburu.
"She still my friend, Orked." Umar mengingatkan kekasihnya itu. Hubungan dia dan Intan baik sahaja sebelum ini. Memanglah Intan suka dia tapi selagi Intan tak melampaui batas, mereka baik - baik sahaja.
Hilang selera Orked nak makan aiskrim. "Whatever. Nak tak aiskrim ni? Dah tak rasa nak makan." Dalam rajuknya diberi juga cup aiskrim itu pada Umar.
Umar yang dah lama terliur tengok Orked makan hanya menyambut. Sambil itu mulutnya mengutara soalan lagi. "This month kan kita nak nikah? Kenapa maksu pergi luar negara?"
Sejak dia bercinta dengan Orked, gadis itu mendesak dia menggelar Intan maksu. Katanya biar ada jurang di antara dia dan Intan. Umar malas nak bertekak. Dia iakan sahaja apa yang Orked minta.
"Dia tak tahu kita nak kahwin pun."
Umar terkedu. Dia pandang wajah tenang Orked itu. "Orked, kenapa-"
"Jangan nak cari pasal dekat sini. Diam." Mata Orked memanah tepat pada wajah Umar. Biar lelaki itu diam dan jangan cakap pasal Intan lagi.
Nak buat macam mana lagi. Umar hanya mengangguk. Sayang dia terhadap Orked buat dia membenarkan sahaja apa yang Orked lakukan.
-how could u be so reckless with my heart-
love,
eyein
![](https://img.wattpad.com/cover/271078342-288-k351218.jpg)
YOU ARE READING
OUR CHOICE✔️
Romancei promise i'll stand with you even if the world is againts you. **** Hubungan Orked dengan Maksu dia bukan hanya sebatas anak saudara. Malah bagi Intan, Orkedlah anaknya, adiknya, teman rapatnya dan segalanya. Jarak umur empat tahun jadikan mereka...