•1•

1.2K 33 0
                                    












TAWANYA terhambur apabila melihat video yang ditunjukkan ibu saudaranya. Dah lima minit berlalu pun benda itu masih lagi kelakar.

Intan garu kepalanya. Tangan dia tepuk - tepuk sedikit bahu Orked yang dah ketawa macam nak tercabut anak tekak. "Sabarlah budak."

Kepala Orked laju menggeleng. "Mana boleh sabar. Lawak sangat tahu tak? Dua perempuan berebutkan lelaki akhirnya lelaki tu bagitahu yang dia gay!"

Sekali lagi, tawa Orked terhambur. Dia memang sentiasa ambil tahu gossip artis luar negara. Sekarang yang paling hangat pasal seorang penyanyi perempuan keluarkan lagu sendu untuk bekas kekasih dia.

Gossip itu jadi makin hangat apabila kekasih baru si lelaki keluarkan lagu serangan balas. Makcik - makcik bawang international apa lagi, menggelupur dengar lagu.

"Dahlah tu, kau ni macam tak ada kerja pulak nak buat." Kepala Orked ditolak perlahan. Makin dilayan, makin biul otak anak saudaranya itu.

Bibir Orked ukir senyuman. Duduknya ditegakkan semula. "Memang tak ada kerja pun sekarang. Orked mengemis je,"

Mata Intan mencerlung pada Orked. "Sejak bila Cik Orked mengemis ni?" Macamlah dia tak tahu sekarang ini Orked dah dapat kerja sebagai pengurus seorang pelakon terkenal.

Ya, pekerjaan yang jarang didengari itulah yang Orked suka. Sama juga dengan Intan yang hanya bekerja sebagai pelukis. Walaupun tak terkenal, lukisan Intan tetap mendapat tempat dalam hati pelanggan.

"Orked hantar surat resign dekat Hakim," ujarnya selamba. Tangan mencapai gelas jus di atas meja. Sakit hati terkenang Firash si bos gila!

Mata Intan terbeliak. "Orked gila ke?! Bukan senang nak dapat kerja tu!" Dia tak puas hati! Dahlah setahun Orked tak ada kerja. Lepas dah dapat nak dibuang begitu sahaja?

Bibir Orked ternaik sinis. "Maksu cakap senanglah! Orked yang hadap Hakim tu! Perangai macam lubang jamban, muka je helok!" Marah ni marah.

Masa mula - mula minta kerja di situ, manalah dia tahu perangai pelakon terkenal itu sangat biadap. Nampak muka elok sahaja. Dalam realiti show pun nampak charming gitu. Rupanya... isy!

Intan mengeluh. Masuk kali ini, dah berapa kali dah Orked mengadu tentang sikap pelakon itu. Tapi nak buat macam mana?

"Orked tahanlah sikit. Kerja tu bukan senang nak dapat. Orked view kerja lain dulu, dah confirm boleh masuk... Orked resign lah." Dia memberi cadangan.

Tak mahu abangnya membebel tentang si anak dara yang kembali menganggur. Walaupun Encik Arfan masih mampu nak tanggung Orked, dia tetaplah tak mahu anak daranya menganggur.

Tak ada pilihan. Orked angguk. "Hmm, tengoklah macam mana..." Berat hati dia setiap hari nak kerja kalau macam ini. Tapi itulah, dia baru bekerja tak sampai enam bulan.

"Sabar sikit." Bahu anak saudaranya ditepuk untuk memujuk. Dia faham sangat dengan perangai Orked yang tak suka diarah sesuka hati.

Tapi itulah, dapat pulak majikan yang annoying. Tabahlah Orked.

Bahu Orked jatuh. Dia pun memang dah tak ada pilihan selain bersabar. Tak sempat Orked nak teguk air, telefon dia berbunyi nyaring.

Intan pandang Orked tajam. "Kan maksu suruh off je phone tu tadi!" Marahnya. Tak suka apabila ada orang mengganggu saat mereka berdua luangkan masa bersama.

Bos kerek.

Nak semput Orked tengok siapa yang telefon. Dia mengeluh sebelum menjawab panggilan itu. "Hm, nak apa?" Marah ni!

OUR CHOICE✔️Where stories live. Discover now