"MACAM mana holiday?" Soal Encik Arfan. Dia duduk di sebelah Orked yang duduk bersila di atas sofa.Perlahan Orked anggukkan kepala. "Langkawi best." Tu je la jawapan dia. Sebabnya, percutian dia jadi tak best sebab Hakim ajak gaduh. Annoying la pelakon sorang tu.
Berkerut Encik Arfan dengar respon anaknya. "Macam tak best je? Murung je anak papa ni." Ujarnya. Eh dia bukan baru kenal Orked semalam.
Mengeluh perlahan, Orked pandang Encik Arfan. "Guess what? Hakim confess kat Orked lagi. Annoying tahu tak."
Encik Arfan hanya tertawa. Haih macam - macam la masalah anak dia yang seorang ni. "Bagus apa? Tu tandanya dia setia."
Kening Orked bertaut. Bahu Encik Arfan dia pukul lembut. "Tak bagus. Orked tak ready la nak in relationship dengan sesiapa. Takut jadi macam dulu."
"Lelaki semua tak sama, Orked." Perlahan Encik Arfan bersuara. Dia tahu, kesakitan dulu tak akan dapat dilupakan. Tapi sampai bila Orked nak begitu?
Bahu Orked jatuh. Jari menguis peha. "But kita tak tahu mana satu yang spesies tu kan, papa? I'm scared." Membayangkan apa yang dia lalui dulu sungguh menyakitkan.
Tangan Encik Arfan menggenggam tangan anaknya. Kerana satu lelaki, Orked semakin takut untuk membuka hati. Bahkan kepada Hakim yang dah jelas tunjuk suka dan setia menunggu, Orked masih takut. "Papa ada, kan?"
Kepala Orked, labuhkan di atas bahu Encik Arfan. Sumpah Orked hanya percaya Encik Arfan saat ini. "What if Hakim leave me too?"
"Orked suka Hakim?" Dah lama nak tanya, sekarang baru ada peluang. Mata Encik Arfan mengintai wajah Orked.
Dia ayah, dia tahu baca riak wajah anaknya. Orked suka Hakim ataupun tak, dia dah tahu jawapan. Cuma nak kan kepastian dari tuan punya badan.
"Kalau Orked cakap Orked suka?" Soal Orked, masih nak main tarik tali. Ala malu la nak mengaku. Dia bukan main jual mahal dekat Hakim.
Encik Arfan tergelak kecil. Puncak kepala Orked dia gosok. "Lebih dari kawan, kan?" Sengaja lagi nak tanya.
Pantas Orked angkat kepala dari bahu ayahnya. Dia memeluk tubuh. "Papa ni sebenarnya nak korek rahsia Orked kan?"
"Kenapa? Tak boleh ke?"
Sumpah Orked rasa nak cekik je ayah dia sendiri. Dia julingkan mata ke atas. "Ya la, Orked suka Hakim lebih dari kawan. Puas hati?"
Tergelak Encik Arfan. "Okay. Then answer my questions."
Rahang Orked jatuh. "Questions? Plural ke papa?" Ada S, jadi banyak la? Amboi sejak bila tentera ambil tugas detektif?
Terlepas lagi tawa Encik Arfan. Dia duduk tegak pandang Orked. "Kalau suka kenapa reject dia? Tak kesian ke dengan Hakim."
"Alah, nanti Orked dah bersedia Orked terima la. Sekarang ni bagi Orked chill." Jawab Orked tenang. Ceh tenang la sangat.
Sebelah kening Encik Arfan jongket. Bahu anaknya ditolak dengan jari telunjuk. "Yakin ke dia masih nak Orked masa Orked dah bersedia nanti? Lama mana lagi Orked nak dia tunggu?"
Mata Orked kerdipkan. Eh tak akan la? "Kalau dia sayang, dia akan tunggu."
"Tapi dia bukan tunggul kan? Siapa je nak tunggu someone yang unsure? Baik cari perempuan lain." Selamba Encik Arfan tambah perisa.
"Papa ni kan me-"
Tingtong!
Mereka berpandangan antara satu sama lain. "Areef ke?"
"Tak la dia balik esok." Balas Encik Arfan.
TAJAM mata Orked memandang pasangan di depannya. Tapi lagi tajam pada Intan lah yang pasti. Mana tidaknya, dua tahun Intan menghilangkan diri tanpa khabar berita.
Orked call tak jawab, mesej tak balas. Sampai dia kena blocked lah. Tiba - tiba aik— hari ni, Intan yang dah berpurdah datang dengan seorang lelaki ke rumah Encik Arfan.
Tak ke rasa dibetrayed tu?
"Minum la, Qais." Encik Arfan menjemput bakal suami adiknya itu. Dia dah lama maafkan Intan. Lagipun, bukan salah Intan sebenarnya.
Dari Intan kecil, dibandingkan dengan Orked. Disuruh mengalah sahaja. Jadi tak hairan bila Intan jadi begitu. Salahnya datang dari lelaki juga. Melayan, siapa suruh?
"Maksu, we need to talk." Orked tuding jari ke halaman rumah. Sumpah dia rasa nak telan Intan hidup - hidup. Tahu tak dua tahun dia menanti?
Di sebalik purdah yang dipakai, Intan ukir senyuman segaris. Dia dengar Orked panggil dia maksu. Orked dah tak marah dia ke?
Punggung diangkat dari situ. Dia melangkah ke halaman rumah, diikuti Orked yang memandang dia tajam di belakang.
Garang la Orked ni.
Intan duduk di bangku, sementara Orked berdiri tegak macam komander askar di depan dia. "Maksu pergi mana huh?! Tak reti nak bagitahu ke? Tahu tak Orked risau?"
Tergelak kecil Intan. Haih rindu sungguhlah anak buah dia yang seorang ni. "Maksu pergi Terengganu. Saja nak tenangkan diri. Sorry,"
"Sorry kenapa pulak?" Suara Orked dah perlahan. Kalau Intan nak ucap maaf sebab kejadian dua tahun lalu, dia dah lama maafkan.
Bukan sebab hati dia baik ke apa eh. Tapi sebab... dia pun banyak silapnya. Dah banyak dia sakitkan hati Intan. Mereka sama - sama ada kesilapan sendiri.
Bahu Intan jatuh. "Sebab... buat Orked bercerai dengan Umar." Bila teringat balik, lawak pun ada. Kenapa lah mereka kena berebut lelaki macam Umar.
Bukannya CEO syarikat. Handsome tapi bukan dia je lelaki handsome dalam dunia ni. Haih kenapa la Umar?
Orked duduk di sisi Intan. Dia tersenyum hambar. "Bila fikir balik, benda tu satu nikmat sebenarnya. Kan?"
Dahi Intan berkerut. "Nikmat apahal pulak? Best ke jadi janda?"
Pap!
Intan terus gosok lengan yang menjadi mangsa tamparan Orked tadi. Tak menghormati orang yang lebih tua langsung. "Sakit la!"
Mata Orked berputar ke atas. "Janda - janda jangan sebut eh? Makan tangan nanti." Sensitif lah pulak. Mana taknya, masyarakat sekarang ni otak letak dekat lutut.
Bila janda je, tak jaga suami. Eh Orked naik angin je memikirkan.
Terhambur tawa Intan. "Okay cepat la. Nikmat kenapa pulak?" Okay berbalik kepada soalan. Nanti diorang merepek benda lain pulak.
"Ya la, lepas benda tu jadi... Orked dah tahu yang tak semua yang layan kita baik, dekat belakang kita baik jugak. Maybe jodoh Orked dan Umar sampai situ je."
Kepalanya menunduk. Hujung selipar yang dia pakai menguis rumput di bawah. Ada rasa sesal kerana terlalu mencintai. Heh, geli la pulak.
Tangan Intan naik mengusap bahu Orked. "Orked dah move on?" Soalnya ingin tahu.
Bibir Orked mengukir senyuman. Entah kenapa, wajah Hakim bagai terbayang di mata. "D-dah kut."
Dahi Intan berkerut. "Kenapa ada kut? Tak fully move on dari Umar?" Soal Intan lagi. Eh dia tak puas hati sebenarnya. Tak akan la Orked tak move on lagi?
"Dah la. Cuma..."
"Siapa lelaki tu?" Tak menyabar sungguh Intan nak tahu lelaki baru yang berjaya mencuri hati Orked yang sekeras batu.
Memincing mata Orked memandang Intan. "Tak sabar la perempuan ni."
"Cepat la bagitahu!"
they're good, now.
-go ahead, babe. i'mma live my life-
next chapter ; epilog !
love,
eyein
![](https://img.wattpad.com/cover/271078342-288-k351218.jpg)
YOU ARE READING
OUR CHOICE✔️
Romancei promise i'll stand with you even if the world is againts you. **** Hubungan Orked dengan Maksu dia bukan hanya sebatas anak saudara. Malah bagi Intan, Orkedlah anaknya, adiknya, teman rapatnya dan segalanya. Jarak umur empat tahun jadikan mereka...