•72•

488 24 11
                                        

ye tahu klise tapi-








DUA TAHUN KEMUDIAN




"Hye baby."

Membulat mata Orked bila dirinya digelar begitu. "Apa baby? Nak kena santau ke huh?" Eh gelilah dia. Mamat ni cakap pun tak pandang kiri kanan.

Tawa si lelaki meletus. Punggung dilabuhkan di sebelah Orked. "Nak panggil baby pun tak boleh. Kedekut la, Orked."

Mata Orked julingkan ke atas. Aiskrim di tangan dia jilat penuh selera. "Memang la. Geli nak mampus. Pergi panggil bakal isteri awak je macam tu."

Dahi jejaka itu berkerut. Mata memandang laut yang terbentang luas di depan mata. "Habis tu Orked bukan bakal isteri ke?"

Laju, tangan Orked menampar bahu jejaka itu dengan beg tangan dia. Bengang betul. "Hakim! Tak lawak taju tak?!"

Bibir Hakim memuncung. "Gurau pun tak boleh. You ni tak sporting tau." Eh tiba - tiba Hakim nak jadi clingy. Mengada sungguh.

Orked jeling Hakim di sebelah. "Awak ingat elok ke buat muka macam tu? Esok lusa kena sumpah jadi itik baru tahu." Punggung diangkat.

Punggung dia terus kibas kerana pasir yang melekat. Kakinya menapak ke depan dan menarik nafas sedalamnya. Segarnya di sini.

Melihat Orked yang dah bangun, laju Hakim ikut bangun sekali. Topi dia letak atas kepala bila angin bayu laut merosakkan rambut dia. "Orked! Jom main pasir!"

Orked geleng kepala. Dia memeluk tubuh sambil pandang Hakim yang jauh di belakang. "Tak nak!"

Bahu Hakim jatuh bila ajakannya ditolak. Alah dah kata Orked ni tak sporting. "Kenapa pula tak nak? I nak! You kena la teman I,"

Bibir Orked melepaskan keluhan. Bukan apa, dia ada memori dengan pasir pantai. "Awak kata nak bawa saya datang sini untuk tenangkan fikiran kan? Jangan la paksa saya."

Melihat wajah itu berubah riak, Hakim meraup wajah. Tahulah dia pasir yang tak berguna ni pun boleh buat Orked terimbas kenangan lalu.

"Okay, jom balik hotel. I penat sebenarnya." Tipu. Padahal jauh di dalam hatinya, terkilan dengan Orked. Mereka ke situ untuk tenangkan fikiran.

Tapi sampai ke Langkawi pun Orked masih terbawa - bawa memori lama. Malah setiap gerak geri bagaikan mengimbas kenangan lalu.

Bengang jugalah Hakim ni.

Orked mengetap bibir melihat Hakim yang dah sarung selipar dan berjalan ke depan meninggalkan dia di belakang.

Ya, dia dah bercerai dengan Umar dua tahun lalu. Keputusan itu akhirnya buat Orked hampir gila. Kerana terlalu mencintai Umar, dia asik dihantui bayangan lelaki itu.

Meskipun Umar dah jauh ke luar negara. Kata Puan Hanim, mahu tenangkan fikiran. Ironinya, Orked pula terkilan bila Umar tak ajak rujuk balik.

Padahal, dia tak mahu pun rujuk balik dengan Umar. Cuma kenangan manis mereka dulu sering buat dia dihantui. Rasa macam nak Umar ada supaya dia boleh berhenti ingat semua tu.

Dua tahun, Orked masih belum sepenuhnya move on dari perkahwinan dia dan Umar. Jadi Hakim sengaja ajak dia ke Langkawi. Katanya nak bantu Orked tenangkan fikiran.

"Awak marah saya ke?" Orked menyoal sebaik dia berjalan di sebelah Hakim. Ala tak sukalah gaduh - gaduh ni. Hakim je kawan dia sekarang.

Bibir Hakim menggaris senyuman. "Mana boleh I marah you. I selalu cair tengok muka you tau."

Tawa Orked terlepas seolah - olah Hakim cakap benda kelakar. "Dah la tak payah merepek. Kesian Hani dah lama tunggu saya dekat dalam bilik."

Lalu kakinya melangkah laju ke depan.

Hakim menggeleng lemah. "I tunggu you macam apa selama ni, you tak kesian pula?"











TERSENGIH - sengih Hani melihat cara abangnya melayan Orked. Haih, sweet tu mengalahkan gula. Tak sangka abang dia macam ni.

Hani yang dah habis makan hanya menongkat dagu memandang dua manusia di depannya yang masih belum habis berdrama.

"Kenapa tak makan je udang ni? Dah habis nasi pun tinggal jugak." Dahi Hakim berkerut. Mata memandang pinggan Orked yang kosong tapi tinggal lagi tiga ketul udang.

Orked tayang sengihan. "Malas la nak kopek kulit. Better tak payah makan dari buang tenaga." Itu la Orked, pemalas sampai ke sudah.

Keluhan dilepaskan Hakim. Kepalanya menggeleng sambil mengambil udang di atas pinggan Orked. "Nak ke tak udang ni? I kopekkan."

Maka melebarlah senyuman Orked. Dia mengangguk laju. "Yes please? I love prawn!"

Mata Hakim menjeling Orked yang di sebelah. Tertanya macam manalah dia boleh jatuh hati dengan Orked ni. "Suka tapi sanggup tak makan dari kopek kulit dia. You're insane."

"Dont judge me."

Sebelah kening Hakim angkat. Dia tersenyum nakal. "Kalau nak judge jugak? You nak buat apa?" Sengaja nak menyakat Orked.

Bibir Orked mencebik. "Tak nak kawan Hakim. Kawan dengan Hani je."

"So let's not be friend. Be a couple then," balas Hakim tak beragak. Alah bukannya Orked buta tak nampak perasaan dia buat Orked.

Tercengang Hani yang dari tadi memerhati dua manusia itu. Dia garu hujung kening. "Kak Orked, lepas ni kita nak-"

Pang!

Sudu dan garfu Hakim hempas di atas pinggan. Matanya memanah tajam pada wajah Hani. Meminta adiknya jangan menyampuk. "Orked, I'm deadly serious."

Bahu Orked jatuh. Sungguh dia benci bila Hakim mula nak sentuh isu perasaan. "Dah janji kan tak nak cakap pasal ni lagi?"

"Pasal ni apa? It's about my feeling, Orked. You tak boleh biar I tergantung sepi macam ni. What are we? Who am I to you? I need answer!"

Kesabaran Hakim pun ada had. Dulu dia luahkan perasaan dekat Orked, wanita itu hanya balas tak tahu. Bila Hakim tanya, Orked kata nanti Orked fikirkan.

Dah bertahun, lamanya Orked fikir?

Orked mengetap bibir. "Saya tak nak ada apa - apa hubungan dengan mana - mana lelaki lagi. Tolong la faham, Hakim."

Dahi Hakim berkerut. Tangannya dibawa memeluk tubuh. "I ke yang tak faham you sekarang ni? I dah faham you lama, Orked! I tunggu you dua tahun!"

"Lepas tu awak expect saya bagi jawapan apa? I dont trust men anymore." Ya, itu lah masalah Orked. Trust issue.

Dia tak percaya dengan layanan, mahupun kata - kata manis Hakim. Perkara dulu dah mengajar satu benda— dalam kemesraan, tanpa berubah cara layanan pun dirinya boleh ditikam dari belakang.

Tangan Hakim meraup wajah. "You nak samakan I dengan Umar? Come on, semua tu dah lepas."

"Apa bukti awak tak akan sakitkan saya macam dia? Tak ada bukti, so let's just be friend." Balas Orked serius. Wajahnya berubah dingin.

Hani dah telan air liur. Tak habis - habis nak gaduh macam ni. Sakit otak Hani tengok dua manusia ni. Seorang tak reti nak sabar, seorang lagi mengelirukan.

Hakim merengus. "But friend that look at friend that way."



















entahla aku syak sumpah next episode dah tamat. kering idea









love,
eyein

OUR CHOICE✔️Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang