"GOOD morning anak mummy!"Senyuman melebar saat disambut riang oleh si ibu. Tangan menggosok mata yang masih dihurung kantuk. Umar berjalan menghampiri ibunya.
Puan Hanim tersengih melihat kemanjaan Umar yang masih belum hilang. Tubuh anaknya dipeluk. "Mari duduk, makan sarapan. Mummy nak panggil daddy."
Kepala mengangguk faham. Umar terus tarik kerusi dan duduk. Masih rasa mamai sebenarnya sebab bangun tidur terus nak sarapan.
Tak sampai seminit, Puan Hanim dah turun ke ruangan makan bersama Encik Mukhriz. Encik Mukhris siap memeluk bahu isterinya saat berjalan ke meja makan.
Bibir Umar tersengih nakal melihat ibu dan ayahnya. "Sweetnya mummy and daddy Umar ni. Sakit hati jiwa single saya."
Mata Encik Mukhriz mencerlung pada Umar. "Siapa suruh single? Tak lama lagi dah nak masuk tiga puluhan tapi kekasih pun tak ada!" Balasnya sambil menarik kerusi.
Macam biasa Puan Hanim hanya menjadi pendengar kalau si anak dan si bapa memulakan pergaduhan manja di pagi hari.
Umar kalihkan pandangan pada Puan Hanim. Mengharapkan si ibu yang membela dirinya seperti selalu. "Mummy, daddy sebut hal sensitif lagi!"
Laju Puan Hanim menggeleng. Lengan suaminya ditepuk. "Abang ni tak sah kalau tak mengusik dia kan?" Matanya menjegil pada Encik Mukhriz.
Tawa Encik Mukhriz terhambur. Wajah anak bungsunya itu dipandang. "Dah lama tak kacau anak jantan. Baru jumpa jalan balik rumah ke?"
"Sampai hati daddy cakap macam tu. Umar tak nak balik nanti baru tahu." Dia menjuihkan bibir. Tangan menyedok nasi goreng ke dalam pinggan.
Tawa Encik Mukhriz terhambur. Dia menggeleng perlahan. "Tapi pasal kekasih tu daddy serius tau. Umar bila nak ada girlfriend? Umai dah bertunang dah."
Nama kakak kembar Umar disebut. Mereka hanya dua beradik. Umairah dan Umar. Tapi macam biasalah yang paling manja mesti Umar.
Kening Umar bertaut. "Jodoh tak sampai lagi, daddy." Balasnya ringkas. Yalah selagi belum sampai dia nak buat macam mana.
Kepala Encik Mukhriz mengangguk faham. Dia bukannya nak mendesak anaknya soal jodoh. Kalau ada nanti, adalah. "Kalau dah ada bawa dia jumpa mummy daddy dulu."
"Ya, jangan risau."
"Kalau boleh..." Puan Hanim yang dari tadi mendiamkan diri mahu ikut bersuara. "Mummy tak nak yang macam dulu,"
Riak wajah Umar berubah. Faham dengan apa yang maknya beritahu. Dia mengangguk faham lalu terus menyuap nasi ke dalam mulut.
Situasi enam tahun lalu terimbas di dalam kepala. Umar masih nampak wajah kecewa ibu dan ayahnya. Masih ingat bagaimana ibunya tak suka dengan calon yang dibawa.
Kerana itu, Umar tak mahu silap buat keputusan lagi. Calon isterinya mesti disukai oleh mummy dan daddy. Dia mahu keberkatan itu.
"Mummy okay je dengan dia." Sekali lagi Puan Hanim bersuara tiba - tiba. Dia meletakkan sudu dan garfu di atas pinggan.
Hilang selera.
"Tapi mummy tak nak anak mummy tersilap buat keputusan. You deserve someone better than her, Umar. Jauh lebih bagus. Mummy bukan nak kata kamu kena cari isteri yang sempurna, tapi carilah yang sekurang - kurangnya berbaloi untuk kita halalkan."
Kata - karta Puan Hanim habis di situ sahaja. Dia kembali menyambung suapan yang tergendala. Sementara Umar masih diam mencerna bait bicara ibunya tadi.
carilah yang sekurang - kurangnya berbaloi untuk kita halalkan
SETIAP kali dia berjalan di sebelah lelaki itu, dia turut menjadi perhatian umum. Siap ada peminat yang buat akaun fanatik lagi. Gerun Orked jadinya.
Tapi Orked tebalkan muka. Hadam semua yang menimpa sebab dia sendiri yang memilih kerjaya itu. Orked berjalan tenang di sisi Hakim.
Dalam kekalutan peminat yang berkejar mahu dapatkan Hakim, tubuh Orked tanpa belas kasihan dilanggar membuatkan Orked hilang keseimbangan badan.
Perasan dengan tubuh Orked yang hampir terjatuh, tangan Umar lekas melingkar pada pinggang gadis itu. Refleks.
Situasi tegang yang bertukar macam drama itu membuatkan semua peminat Hakim terdiam. Mereka memandang pelakon terkenal dan pengurus itu tak lepas.
"Lepas." Orked tegakkan tubuh. Matanya terkelip - kelip. Malu rasanya bila tubuhnya disentuh ajnabi. Pinggang pulak tu! Mahal tau!
Hakim ikut segan. Walaupun dia tak menjaga batas pergaulan, dia ikut segan apabila tersentuh gadis yang selama ini menjaga batas.
Bibir Orked merapat. Terkebil - kebil dia memandang peminat Hakim yang memandang dia tajam. Oh tolonglah dia tak nak pun benda tu jadi!
Perasan dengan arah pandangan Orked, Hakim berdeham. "Kalau you all sayang I, please delete video ataupun gambar kejadian tadi. Semuanya hanya kemalangan."
"Hakim couple dengan Orked ke?!" Seorang peminat melaung dari jauh. Tak puas hati dengan apa yang dia baru nampak tadi.
Rahang Orked jatuh dengar soalan peminat itu. Dia pandang Hakim tajam. "Jawablah! Nanti viral buat malu saya je!"
Bukan sahaja malu, tapi dia juga gerun membayangkan si ayah bercekak pinggang tanya hubungan dia dan Hakim. Ayahnya cukup tak gemar dia ada hubungan istimewa dengan lelaki.
Bagi Encik Arfan, biarlah yang mencinta itu menghalalkan anaknya. Bunga yang dilindungnya selama ini terlalu mahal untuk dihinggap lebah yang mahukan madu.
Hakim berdeham. Matanya memerhati semua peminat yang menunggu balasan dia dari tadi. "Untuk pengetahuan semua, I and Cik Orked memang tak ada hubungan. Sesiapa pun di tempat saya tadi akan buat benda yang sama. Sekian terima kasih,"
Usai memberi keterangan, Hakim meneruskan perjalanan. Sebab itulah dia kurang gemar program di tempat awam begini. Tapi nak buat macam mana, shooting iklan yang dia terpaksa lakukan ini dilakukan di mall.
Terkedek - kedek Orked mengikut Hakim dari belakang. Dia dah tak berjalan di sebelah lelaki itu. Tempat awam begini banyak mata yang memandang. Percuma sahaja dia dituduh menyukai Hakim nanti.
Kaki Hakim berhenti melangkah saat menyedari Orked tiada di sisi. Dia berpaling ke belakang. "Apasal you jalan lembab sangat ni?"
"Awak jalanlah dulu. Saya tak nak jalan sebelah awak." Jujur Orked memberitahu. Dia tayang sengihan pada Hakim.
Kening Hakim bertaut. Kedua belah tangan jatuh ke sisi. "You apasal ni Orked? Jangan buat I pening kepala boleh? Time ni jugak ke you nak buat hal?"
Situasi berserabut tadi sedikit sebanyak membuatkan Hakim penat. Tegang wajahnya memandang Orked sedangkan gadis itu tiada salah apa pun.
Perasan dengan riak wajah tegang Hakim, Orked sabarkan hati. "Hmm saya cuma tak nak orang ingat saya couple dengan awak je. Yelah saya..."
"Am I too bad?" Hakim menekan suaranya. Dia merenung Orked tajam menanti jawapan gadis itu. "Am I a bad person for you? So you malu kalau ada rumour you ni date dengan I?"
Rahang Orked jatuh. Hah sudahnya dia pula yang disalahkan jejaka itu. "B-bukan, tapi benda tak betul kan? Kenalah elakkan!"
"Whatever." Langkah terus diatur tanpa memandang Orked. Hakim cuba cerna setiap jawapan Orked. Entah kenapa, dia rasa tak tenang.
Tak tenang bila Orked bertungkus - lumus mahu elakkan sebarang gossip jika mereka ada hubungan. Teruk sangat ke dia di mata Orked? Gadis lain bukan main suka kalau ada gossip dengan Hakim.
Orked blur tengok Hakim. Eh dia soal Orked, Orked kena marah balik? Gila ke.
"im in the cold girl,
love,
eyein
YOU ARE READING
OUR CHOICE✔️
Romantizmi promise i'll stand with you even if the world is againts you. **** Hubungan Orked dengan Maksu dia bukan hanya sebatas anak saudara. Malah bagi Intan, Orkedlah anaknya, adiknya, teman rapatnya dan segalanya. Jarak umur empat tahun jadikan mereka...