•15•

198 16 9
                                    









"DAH makan malam?" Encik Arfan menyoal adiknya. Dia memandang kosong Intan yang baru melangkah masuk ke dalam rumahnya.

Laju kepala Intan menggeleng mendengar soalan abangnya. Tubuhnya dihempas ke atas sofa. "Belum. Banyak tempahan hari ni sampai tak sempat nak makan."

Bahu Encik Arfan jatuh. Dia mencapai remort televisyen lalu diperlahan suara. "Pergilah ambil lauk dalam periuk tu. Ada ayam sambal Orked masak tadi."

"Hmm okay." Lemah Intan menjawab. Belum sempat dia bangun nak ke dapur, suara Encik Arfan memanggil dia kembali.

"Duduk kejap. Abang ada benda nak cakap dengan Intan." Serius nada Encik Arfan menyuruh adiknya. Dia membetulkan duduknya supaya duduk tegak.

Sementara Intan dah mula rasa gusar. Selama dia hidup, hanya sekali sahaja abang dia pernah ajak dia bercakap macam ini. Termasuk kali ini, dah kali kedua.

Tahulah dia apa yang Encik Arfan bakal katakan nanti bukan hal remeh. Pasti arahan ataupun teguran. Sejak ibu dan ayah mereka meninggal, Encik Arfan saja yang selalu menegur Intan.

Kedua belah tangan Intan menggenggam sesama sendiri. Dia menundukkan kepala. Tak berani nak bertentang mata dengan sepasang mata tajam abangnya.

"Berapa lama Intan couple dengan si Umar tu?"

Air liur ditelan. Takut - takut Intan memandang abangnya. Walaupun dah enam tahun dia putus dengan Umar, dia langsung tak bagitahu Encik Arfan yang dia pernah berhubungan dengan Umar.

Bawah bibir digigit. "Tak lama. Tak sampai setahun pun." Jawabnya perlahan.

Hujung bibir Encik Arfan ternaik melihat adiknya yang takut - takut nak menjawab. Dia bukannya nak marah, cuma terkilan dia langsung tahu apa - apa.

Tangan dibawa memeluk tubuh. "Abang bukan nak marah. Pandai - pandailah Intan jaga diri. Berapa kali abang tegur pun, Intan tetap nak ikut kepala sendiri."

Dalam katanya terselit sindiran tepat menusuk ke dalam hati Intan. Ya dialah adik yang paling degil dan tak mahu dengar cakap.

Intan menjuih bibir. "Intan dan Umar dah lama putus. Kitorang hanya berkawan je," jelas Intan. Benda dah enam tahun lepas tak perlulah diungkit lagi.

"Umar tu masih suka Intan ke?" Tiba - tiba Encik Arfan menyoal. Dia teringat lelaki bernama Umar yang sudah beberapa kali dia lihat. Tak sangka lelaki itulah bekas kekasih adiknya.

Dahi Intan berkerut dengar soalan Encik Arfan. Dia menggeleng lemah. "Tak... Kenapa?" Walaupun sebenarnya, Intan masih berharap ada sedikit sahaja rasa cinta lelaki itu untuk dirinya.

Encik Arfan diam. Badannya disandarkan. Terimbas dalam kepalanya pertemuan dia dan lelaki bernama Umar itu waktu majlis kesyukuran di rumah sahabatnya.

Cara lelaki itu layan Orked... "Abang tanya sebab dia baik sangat dengan Orked. Mana tahu dia baik dengan Orked sebab nak jadi bakal paksu dia ke?"

Bawah bibir Intan gigit. Matanya jatuh merenung riba. Sangkaan Encik Arfan seratus peratus salah. Orked bukannya budak kecil lagi perlu diambil hati jika Umar sukakan dia.

Jadi besar kemungkinan...

Intan bangun dari duduknya. "Intan penatlah. Intan nak naik tidur dulu. Goodnight." Tak betah dia nak berlama lagi.

OUR CHOICE✔️Where stories live. Discover now