•52•

205 19 1
                                    










BERKERUT dahi Umar melihat isterinya yang terjenguk - jenguk ke luar bilik. Tak sampai sesaat, pintu ditutup rapat kembali.

Mengeluh berat, Orked melangkah duduk di birai katil. Kejadian malam semalam membuatkan dia takut nak bertentang mata dengan Mak Long Halimah.

Jari Umar memasang butang baju Melayu satu persatu. "Kenapa tak keluar? Tadi kata nak tolong apa yang patut dekat dapur?"

Usai membutang baju, dia duduk di samping Orked. Merenung wajah gusar Orked. "Sebab Mak Long ke?" Soal Umar lembut.

Melihat Orked yang mengemam bibir itu, betullah sangkaan dia. Tangan Umar merangkul bahu Orked. "Selagi Umar ada, Umar akan pastikan tak ada sesiapa sakiti Orked."

Anak mata Orked memandang suaminya. Tak percaya dengan apa yang terluah dari bibir lelaki itu. "Tapi semua tu kan sedara Umar..."

Tangan Umar naik menarik leher isterinya. Ubun - ubun Orked dikucup penuh kasih. "Tapi yang nak hidup sampai mati dengan Umar tu, Orked kan? Kenapa nak ambil peduli kata orang."

Bahu Orked jatuh. Terangguk - angguk kepalanya mengiakan. "Ya la. Orked cuba buat tak endah je apa kata Mak Long nanti."

Bibir Umar menyinggung senyuman. Jarinya mengepit lalu menarik perlahan hidung Orked. "Jangan cuba je. Janji jangan ambil kisah langsung." Amaran diberi.

Faham sahaja lah isterinya yang seorang ini. Nampak sahaja kental tapi hal yang melibatkan rumah tangga, rapuh hati Orked jadinya.

"Okay Umar."

Tangan Umar menggosok puncak kepala isterinya. Sekali lagi bibir jatuh di atas ubun - ubun Orked. "Orked nak ke dapur kan? Umar nak terus ke khemah."

Kepala Orked jatuhkan beberapa kali. Mereka berdua bangun dari katil serentak. Kalau melayan drama berdua, alamatnya esok belum tentu keluar dari bilik.

Keluar dari bilik, mereka terus bawa haluan masing - masing. Umar ke luar rumah, Orked pula ke dapur untuk menolong apa yang patut.

"Siap dah tuan puteri? Lama betul bersiap. Aku ingatkan kau nak jadi pengantin hari ni," nampak sahaja Orked jejakkan kaki ke dapur, dia terus menyerang wanita itu.

Terkelip - kelip mata Orked. Bibirnya tak mampu nak mengeluarkan sebarang kata. Hanya dia, Mak Long Halimah dan Tiara sahaja di dapur.

Tiara, anak bungsu Mak Long Halimah yang dia nak sangat jodohkan dengan Umar itu. Gadis itu cantik dan ayu, tapi Orked tak suka kerana gadis itu sering menegur suaminya.

"Termenung apa kau? Kau kemas dapur ni sampai bersih. Ada tetamu nak masuk nanti, buat malu aku je." Tanpa menunggu balasan Orked, Mak Long Halimah terus berlalu keluar dari dapur.

Tinggallah Orked bersama Tiara yang sedang membasuh pinggan di sinki. Orked melangkah ke meja makan. Banyak pinggan - pinggan kotor yang tak berbasuh. Mak Long Halimah suruh dia bersihkan semua ni ke?

Keliru, Orked beranikan diri bertanya. "Kena basuh semua ni ke, Tiara? Tak ada katering ke?" Tak pernah lagi dia kena basuh pinggan sebanyak itu.

Bibir Tiara menyimpul senyuman. Dia membilas tangan sebelum memandang Orked. "Haah. Orang kampung memang macam ni la. Orked bersihkan semua yang atas meja ni ya? Thanks."

"Eh Tiara nak pergi mana?" Orked beranikan diri menyoal sebaik melihat Tiara yang seperti mahu meninggalkan dia sendirian di dapur.

Tiara senyum penuh makna. "Nak makan la. Tiara kan keluarga pengantin."













"ABANG makan seorang je ke?" Kerusi di sebelah Umar dia tarik. Sopan dia duduk di samping lelaki itu. Inilah masa yang tepat untuk berbual dengan Umar. Isteri lelaki itu bukannya ada di situ.

OUR CHOICE✔️Where stories live. Discover now