"ORKED-"Kata - kata Orked terhenti. Kepalanya menunduk sambil tangan menggenggam kemas ujian kehamilan tadi. Hatinya luruh.
Hilang riak keterujaan dari wajah Umar. Bukan Orked sahaja yang kecewa, malahan dia juga merasakan yang sama. Mereka dah bersedia untuk menjadi ibu dan ayah.
Tanpa sebarang kata, tubuh isterinya ditarik ke dalam pelukan. Belakang kepala Orked diusap lembut cuba menenangkan Orked yang dah menangis teresak - esak.
Dia nak memujuk dengan kata, tapi Umar sendiri tak tahu nak memulakan bicara bagaimana. Mati - matian dia fikir isterinya dah mengandung.
Tangan Orked mencengkam fabrik di bahagian belakang tubuh Umar. Esakannya terhambur. "Orked... sorry."
Makin luruh hati Umar mendengar isterinya meminta maaf. Padahal bukan salah sesiapa. Zuriat itu rezeki dari Tuhan. Mungkin Allah akan kirimkan tatkala mereka dah bersedia, bukan ketika mereka mahu.
"Bukan salah Orked." Perlahan Umar membisik di tepi telinga Orked. Bibirnya dilipat ke dalam, redha. Jika ini yang dah tersurat, dia perlu relakan hati.
Perlahan - lahan Orked menolak tubuh suaminya. Air mata yang mengalir di pipi, dia seka dengan belakang tapak tangan. "Maaf kalau Orked bagi harapan palsu. Orked pun fikir Orked dah mengandung..."
Tangan Umar naik ke atas bahu Orked. Lalu dielus perlahan. "Tak apa. Kita boleh usaha lagi. Nanti ada la tu. Okay?"
Melihat Orked yang diam sambil menunduk, Umar bertindak menarik dagu isterinya ke atas. Anak mata Orked ditentang. "Dengar kan Umar cakap apa?"
Kepala Orked jatuhkan beberapa kali. Senyuman nipis terukir pada seculas bibir merah aslinya. "Ya faham." Lemah tak berdaya.
"Umar cakap apa?"
"Nanti ada la tu." Perlahan Orked menjawab. Dia dah tak ada tenaga sejak mengeluarkan isi perutnya tadi. Tambah lagi dia dah menangis teresak - esak.
Bahu Umar jatuh. Puncak kepala si isteri diusap. "Good girl. Now, let's make a deal." Umar kini berdiri tegak memeluk tubuh.
Kening Orked berkerut memandang suaminya. "Deal apa?"
"Kita jangan cakap pasal anak dah. Sedar tak yang kita kerap bergaduh, kecewa dan menangis kalau cakap pasal anak? So let's not talk about this anymore." Serius.
Umar tidak mahu rumah tangga dia retak kerana isu zuriat. Tidak kiralah bagaimana tanggapan orang lain terhadap mereka, yang penting mereka tidak berputus asa.
"Orked okay je. Yang selalu cakap pasal anak ni orang luar." Luah Orked. Ya orang luar la yang banyak memberi dia tekanan soal zuriat. Walhal dirinya sendiri tak begitu terdesak hal berkaitan anak.
Mengeluh perlahan, Umar menarik Orked ke dalam pelukannya sekali lagi. "Jadi kita jangan ambil peduli dah lepas ni. Umar akan bagitahu mummy dan daddy untuk tak bangkitkan hal ni jugak. Let's just forget about this, okay?"
Kepala Orked terangguk - angguk. Setuju dengan cadangan Umar. "Okay. Let's forget about this."
Bibir Umar mengukir senyuman. Dia mengeluarkan jari kelingkingnya di depan Orked. "Pinky promise?"
Tertawa kecil, Orked ikut mengeluarkan jari kelingkingnya. "Pinky promise, hubby." Jari mereka saling berpaut.
Tubuh Orked ditarik merapatkan lagi jarak mereka. Bibirnya berlabuh pada dahi Orked. "Focus on me and I'll focus on you. Itu lagi penting kan, Orked?"
"Ya."
Lama Umar mengucup dahi Orked. Dia tidak mahu hilang Orked, itu tekadnya. Tidak pedulilah berapa lama mereka harus menunggu kehadiran cahaya mata.
YOU ARE READING
OUR CHOICE✔️
عاطفيةi promise i'll stand with you even if the world is againts you. **** Hubungan Orked dengan Maksu dia bukan hanya sebatas anak saudara. Malah bagi Intan, Orkedlah anaknya, adiknya, teman rapatnya dan segalanya. Jarak umur empat tahun jadikan mereka...