•10•

220 19 10
                                    











JANTUNG Intan berhenti berdetak melihat 'pemandangan' indah itu. Seorang lelaki yang dia cintai sedang bergelak tawa dengan perempuan lain. Kelakarnya perempuan lain tu anak buah dia sendiri?

Nafas dihela. Intan menggeleng perlahan, cuba mengusir perasaan tadi. Mereka hanya seperti abang dan adik. Tak mungkin Umar akan sukakan Orked.

Kaki dibawa ke meja makan yang menempatkan kedua orang itu. Senyuman manis menghiasi wajah Intan. "Hye love!"

Pantas Orked menoleh. Dia turut tersenyum melihat maksunya. "Hye maksu! Come have a seat!" Tangan Intan ditarik agar duduk di sebelahnya.

Intan hanya menurut. Namun arah pandangannya tak berkalih dari Umar. "Hye Umar. How are you?" Dia menyoal mesra.

"I'm fine! How about you?" Soalan diulang kembali. Namun saat dia bercakap dengan Intan sekalipun, mata Umar tak berhenti merenung Orked yang sedang menyelak buku menu.

Dia perasan Umar tak memandangnya. Intan toleh ke sisi. Memandang Orked yang hanyut dalam dunia sendiri semasa memilih menu.

"Macam mana boleh jumpa Orked?" Tak menyabar Intan bertanya. Sejak dia diberitahu Orked yang Umar ajak Orked makan tengah hari bersama, dia tertanya - tanya.

Umar berdeham. Fokusnya kembali pada Intan. "Oh, I terserempak dengan dia dekat bookstore. Fun fact, I jadi hero dia tadi..." bangga Umar bercerita.

Sekali lagi, hati Intan bagaikan direntap dari luar. Walaupun Orked anak buah dia, rasa insecure dia tetap menebal dan— sebab Orked ni anak buah dialah, Intan sangat insecure.

Namun Intan tetap lebarkan senyuman. Rasa kurang enaknya dipendam sedalamnya. "Oh ya? What happened?" Soalnya ingin tahu.

Orked yang sedar dirinya turut terlibat dalam perbualan itu mengangkat wajah. Dia mengetap bibir seraya menggeleng. "Alah, tak payahlah bagitahu-"

"Ada guy sentuh dia," Laju Umar memotong. Dia tersenyum kemenangan pada Orked. Seronok melihat wajah cemberut gadis itu.

Kali itu Intan tak ada masa nak sakit hati. Dia pandang Orked. "Seriously? Why you didnt tell me?" Sebagai ibu saudara Orked, dia juga mahu melindungi gadis itu.

Keselamatan Orked adalah perkara penting dalam hidupnya. Tambahan pula Orked memang dijaga rapi oleh abangnya. Matilah kalau Encik Arfan tahu anak dia disentuh. Masak lelaki tu dikerjakan.

Bibir dijuih. Orked menggeleng perlahan. "He is stranger. Lagipun, Umar kan dah tolong Orked so I'm fine now?"

Intan melepaskan keluhan lega. Kepala Orked diusap lembut. "Baguslah tak ada apa yang serius jadi. Lepas ni Orked kena lebih berhati - hati."

Terangguk - angguk kepala Orked mendengar pesanan maksunya. Dia menghadiahkan senyuman buat Intan. "Okay, Orked jaga diri lepas ni."

"Itulah cantik sangat siapa suruh?" Tiba - tiba Umar mencelah perbualan dua orang gadis itu. Dia tayang wajah tenang.

Oleh kerana dah biasa dipuji jelita dan cantik, Orked langsung tak jatuh hati. Baginya cantik itu subjektif orang menilai sesuatu. Kalau kita tak cantik, kita hodoh. Jadi Orked hanya mengukir segaris senyuman.

Berbeza dengan Intan yang dah terkulat - kulat sendiri. Dia pandang Umar lama. Lelaki yang selalu memujuknya setiap kali dia putus asa dan merasa dia bukanlah gadis yang cantik.

OUR CHOICE✔️Where stories live. Discover now