•64•

305 22 17
                                    









JEMARI Umar mengelus lembut pipi isterinya. Meskipun dah setahun lebih berkahwin, Orked masih cantik di matanya. Masih pandai jaga penampilan di depan suami.

Apabila tubuh itu bergerak sikit, Umar tepuk lembut bahu Orked. Membuatkan wanita itu kembali lena. Pasti yang isterinya dah lena, Umar jatuhkan kaki dari katil.

Hari dah pagi tapi Orked masih tidur sebab wanita itu tidur lewat semalam. Sibuk nak tengok Umar menulis dalam bilik kerja semalaman.

Sejak minggu lepas, Umar perasan tingkah laku Orked agak aneh. Setiap masa nak berkepit. Kadang - kadang tu Umar nak keluar pun Orked nak ikut.

Dia nak buat apa lagi? Iyakan sahaja lah apa yang isteri dia nak. Sampai dia ke rumah Intan sekali sahaja dalam seminggu. Tak apa, Orked lebih penting.

Tshirt yang tersarung pada tubuh dibetulkan. Umar sembur minyak wangi pada badan sebelum melangkah ke pintu bilik.

Wajah lena isterinya dipandang sekilas. Nanti Orked tanya, dia cakap je lah dia pergi kafe. Bukannya susah. Alasan tu jugak dia pakai balik - balik. Tanpa sedar, dah lama terkantoi pun.

Masuk saja dalam kereta, Umar keluarkan telefon. Nombor Intan dia dail. Tak sampai seminit, laju Intan dah angkat.

"Hah baru ingat nak call I?"

Umar kerut dahi. Tak suka Intan nak sentimental sedangkan mereka tak ada apa - apa. "Nak keluar dengan I tak?"

"Date ke?!"

Hujung bibir Umar ternaik dengar suara teruja itu. "Kind of. Nak ke tak ni?"

"Nak la! You pick up I?"

"Okay twenty minutes je. I sampai rumah you dah siap eh?" Malas nak tunggu lama - lama.

"Okay tunggu I!"

Panggilan Umar matikan. Dia mengeluh perlahan apabila wallpaper homescreen jadi pandangan. Gambar nikah dia dan Orked. Saat dia menyarungkan cincin pada jari manis Orked.

How sweet.

Dia letak telefonnya di tepi. Enjin kereta dihidupkan. Nak ke rumah Intan sebab nak bawa Intan ke satu tempat.

Sampai di rumah Intan, wanita itu dah menunggu di depan pagar. Patutlah siap cepat, Intan hanya mengenakan kemeja putih bersama seluar jeans. Rambut pula diikat gaya messy bun.

Cantik? Biasa je.

"Awalnya you siap." Ujar Umar apabila Intan masuk ke dalam keretanya. Matanya tertumpu ke depan. Terus memandu meninggalkan kawasan rumah Intan.

Intan tersengih. Memanglah dia siap awal. Teruja bukan main bila Umar ajak dia keluar. "First time you ajak I keluar."

Dahi Umar berkerut. "Ya ke first time?" Entahlah dia pun tak ingat sebenarnya. Dia couple dengan Intan pun dah tujuh tahun lepas.

"Ya, sejak kita getback ni. Kita asik jumpa dalam rumah je. Tak ada life betul." Rungut Intan di hujung ayat. Tak puas hati sebab Umar langsung tak nak keluar dengan dia.

Kening Umar hampir bersentuhan. Hujung mata menjeling Intan di tepi. "Since when we're get back? We have nothing special Intan." Hakikat sebenar.

Dia keluar, tidur sekali dan datang ke rumah Intan kerana desakan wanita itu. Intan nak bersama dia? Ya dia bagi. Tapi bukan hatinya. Intan bukan kekasih dia. Lebih kepada skandal. Mungkin.

Mata Intan terkelip - kelip memandang lelaki di sebelahnya itu. Maksud Umar— "You tidur dengan I, layan I baik
- baik, but we're not more than friend?"

OUR CHOICE✔️Where stories live. Discover now