•65•

320 24 20
                                    











SAKIT.

Tak terkata sakit yang dia rasakan. Peritnya seakan ada pisau yang menghiris hati. Orked menggeleng lemah. Tuhan, mengapa begini jalan cerita cinta dia?

Kenapa tunjukkan dia perkara yang menyakitkan itu pada hari lahirnya? Barangkali itu adalah kejutan paling gempak pada hari lahirnya. Kejutan yang sangat... bermakna.

"Tak. Umar cuma hargai isteri Umar je."

Apa?! Apa erti menghargai dalam kamus hidup Umar? Menghargai dengan menyakiti hati Orked? Begitu? Ya Tuhan, kenapa dia yang diuji begini?

Lemah kakinya melangkah mengekori pasangan itu. Seronok bertepuk tampar, pegang tangan, cium pipi seolah - olah pasangan suami isteri.

Apa kurangnya Orked sampai Umar buat dia begini. Apa salah Orked sampai Umar sakiti hati dia. Apa? Apa yang Orked tak ada?!

Kaki Orked berhenti melangkah apabila melihat pasangan itu masuk ke sebuah restoran yang terdapat di dalam pusat beli - belah itu.

Dia nak balik. Cukuplah apa yang dia nampak hari ini. Kebenaran itu dah cukup jelas di mata Orked. Dia bukannya bodoh.

Tak ada kawan yang siap cium pipi. Tak ada kawan yang berpelukan. Tak ada. Hati Orked luruh apabila membayangkan adegan manis suaminya dengan ibu saudara sendiri.

Dua manusia yang dia percaya sepenuh hati, sakiti dia begini. Dua kali ganda sakit yang Orked rasakan berbanding manusia yang menghadapi kecurangan biasa.

Like what the—? Dengan maksu dia sendiri? Baik Umar mahupun Intan, dua - dua bodoh. Layak pergi mampus kerana buat Orked begini.

Masuk sahaja ke dalam keretanya, Orked terus dail nombor Areef. Teringat bagaimana layanan Areef terhadap Umar tempoh hari. Sebab ini kan?

"Hmm apahal call?" Macam biasa moody sepanjang zaman.

"Apa yang adik nampak?" Soal Orked tak bertapis - tapis. Dia tahu kalau Areef benar - benar nampak, adiknya tahu apa yang dia maksudkan.

"Oh kakak dah tahu?" Areef di sana dah berdeham. Sebenarnya menahan rasa mendengar suara bergetar Orked.

Nafas dihela. Air mata yang jatuh diseka laju. Umar tak layak untuk setitis pun air mata dia. Tak berbaloi! "Hmm. Apa yang adik nampak?"

Areef mengeluh keras di hujung talian. Nak membayangkan pun dah sakit hati. "Umar keluar dari rumah maksu." Hanya itu yang dia beritahu, buat masa ini.

Laju Orked menggeleng meskipun Areef tak akan nampak. "Adik panggil dia jijik. You saw more than that, right? Bagitahu kakak if you really love me, dik."

Lemah Areef dengar suara itu. "Umar kissed maksu-" kata - katanya terhenti di situ.

"Lip?"

"Hmm." Sungguh Areef serba salah. Dapat dia bayangkan riak wajah kecewa Orked. Jika Orked di sisi dia, akan dia peluk tubuh kakaknya. "Do you need me?"

Tangan Orked menggosok puncak hidung. Haaa rasa nak nangis lagi. "It's okay. Hmm Areef, kakak nak tanya ni."

"Apa?" Sabar melayan si kakak yang patah hati.

Mata Orked pejam. "Areef rasa... diorang... sleep together? No, I mean they-"

"Probably yes." Heh Areef bukan budak sekolah rendah. Dia faham sangat maksud kakanya.

Air liur Orked telan. Air mata kembali jatuh membasahi pipinya. "Kenapa Areef rasa macam tu?"

"Takkan Umar masuk rumah Intan setakat minum kopi? Tengok tv? Tak berbaloi, kak." Laju Areef menjawab. Dia lelaki dia tahulah.

OUR CHOICE✔️Where stories live. Discover now