41. Nafas Baru.

3.6K 63 11
                                    

Aku cuba buka mata, pedihnya hanya Tuhan yang tahu. Pedih, perit, silau dan cukup menyakitkan. Jadi, aku cuba bertenang dan tutup mata kembali.

"Kalau kat hospital kerajaan, waktu pandemik macam sekarang ni memang tak boleh ada pelawat. Nak - nak lagi tengah lockdown." Sayup - sayup aku dengar suara orang berbual. Yang pastinya tidak merujuk kepada aku. Mereka mungkin sekadar berbual kosong.

Pandemik apa ye? Aku keliru. Influenza A? Tak terlalu bahaya hingga memerlukan total lockdown. Ahh bukan masanya untuk aku memikirkan masalah dunia.

"Mama nampak tangan Chyra bergerak tadi. Shah tengok isteri kamu tu Shah." Oh, suara asing tadi rupanya milik ibu mertuaku. Bekas ibu mertua.

Shahfri? Buat apa si Shahfri ada di sini? Dia bukan pelakon dalam lingkungan kehidupanku lagi. Dia adalah memori burukku. Dia cuma sejarah.

Yang aku nantikan sekarang adalah Daniel. Daniel bakal suami aku. Dia yang patut berada di disiku. Daniel adalah segalanya bagi aku sekarang.

"Sayang, bangun sayang. Kawan - kawan sayang semua tunggu respons dari sayang. Semua rindukan sayang. Bie lagilah, rindu sangat kat sayang." Jemariku terasa seperti dibelai lembut. Kemudian, jemariku mula beralih ke dalam genggaman lelaki itu, lalu dikucupnya penuh kasih. Aku mula rasa tak selesa, jijik. Pembunuh anak - anakku kini datang tunjuk baik? Dia tak tahu siapa yang selamatkan aku. Daniel. Tapi mana Daniel? Aku tunggu suara Daniel memanggil namaku. Aku rindu Daniel.

Aku tak mampu rasa gerakan kakiku, malah tidak punya kuasa untuk menggerakkan kaki ini. Tanganku kebas, seluruh badan rasa lemah tak bermaya. Mataku pedih. Aku rasa bagai tak mahu buka mata lagi.

"Urghhhh.!" Aku cuba untuk kawal sakit yang menjalar ke belakang badan, namun erangan itu yang membuatkan Shahfri segera menampar pipiku lembut. Kemudian tubuhku digerak - gerak perlahan.

"Chyra sayang, are you okay? Dah sedar? Mama! chyra dah sedar ni maaa!" Aku dengar derapan beberapa tapak kaki menuju ke arah katilku.

"Ya Allah syukurlah kamu dah sedar sayang. Hampir empat bulan kamu terlantar macam ni Chyra. Semua orang risaukan kamu." Aku kerut dahi, cuba buka mata sepenuhnya namun masih kalah dengan silau cahaya lampu.

"Empat bulan saya terlantar? Mana ibu? Ada dia jenguk saya ke?" Aku sikitpun tak pandang wajah Shahfri. Aku benci tengok muka dia. Mataku hanya tertancap pada mama yang sejak tadi menangis teresak - esak.

"Ibu baru balik. Dia yang jaga sayang semalam. Now turn Bie pulak jaga sayang. Tapi Bie dah call ibu dah suruh datang. Ni dia on the way ke sini semula." Mata Shahfri kemerahan, membuatkan aku lebih pelik.

"Kenapa kau nak kena jaga aku pulak?" Aku kerut dahi, pelik dengan Shahfri yang beria - iya nak menjaga aku. Habis selama ni tak pula dia pedulikan aku, sampai nikah dengan kawan aku sendiri.

Shahfri dan mama berpandangan, seakan telah menjangkakan sesuatu yang buruk dariku.

"Jawablah. Kenapa kau sibuk - sibuk nak jaga aku? Kau dahlah bunuh anak - anak aku. Lepastu sanggup nikah dengan bekas kawan baik aku sendiri. Kenapa, kau ingat bila aku dah macam ni kau ada peluang ke nak peristerikan aku semula? Hello, aku dah nak nikah dengan Daniel. Siapa Daniel? Tu yang tumbuk muka kau haritu. Tak ingat?" Panjang lebar aku sekolahkan Shahfri, namun lelaki itu hanya menggeleng dengan wajah yang cuba ditenangkan.

"Sayang, kita tak pernah bercerai. Pleaselah." Mama hanya menepuk perlahan bahu Shahfri, meminta lelaki itu untuk tidak terlalu menekanku, namun semua perbuatan canggung itu aku perasan dan faham. Mahu main permainan apa dengan aku?

"Jangan main gila dengan aku! Kau dah buat aku macam - macam. Sekarang kau nak rosakkan kepala aku lagi??? Sial lahh. Ingat aku dapat terima ke perbuatan kau? Pergi sana kau. Pembunuhhh! Pembunuh!! Tolong! Tolong!"

Aku meronta mahu mencabut segala wayar dan jarum yang menjalar di tubuhku. Saat ini juga beberapa orang lelaki dan wanita berpakaian seragam menerpaku. Aku mula panik.

"Pegang aku buat apa? Ni pembunuh ada depan mata ni. Pergi tangkap dia lahhh. Aku innocent. Jangan sentuh aku!"

Entah apa yang mereka lakukan, pandanganku makin kelam. Jiwaku makin dingin, kosong.

Daniel, tolong I Daniel.

Aku hanya mahukan Daniel di saat sebegini.

Happy ReunionWhere stories live. Discover now