6. Kebenaran

16.7K 215 88
                                    

Memandu ke Kota Tinggi tidaklah terlalu memenatkan, memandangkan Sofea dan Aiman sudah pandai behave di dalam kereta. Seronok aku melayan celoteh mereka berdua hingga tak sedar aku sudah hampir tiba ke destinasi.

Shahfri [16:32]

Awak dah lama tak hantar gambar Sofea and Aiman. Kenapa?

Pesanan itu aku abaikan saja tanpa ada rasa untuk membalasnya. Selama ni dia menghilang, boleh pula? Aku senyum sendirian. Sekarang tahu pula rindukan anak - anak.

"Hah, lewat sampai Chyra? Jalan jammed ke." Pak Teh Shaari, suami kepada Mak Teh Rohaya tersengih sambil meletak besen berisi sayuran ke atas meja.

"Jammed sikit Pak Teh. Pia dengan Aiman pergi salam Atuk Teh." Aku pegang bahu Sofea dan Aiman.

"Besar dah cucu atuk ni. Meh sini!" Pak Teh Shaari menggamit Sofea dan Aiman. Walaupun mereka takut - takut, namun masih juga mendapatkan pak teh.

"Lambat sikit bersiapnya tadi pak teh. Saya sorang nak menyiapkan budak berdua ni. Lagipun tempat saya takdelah jauh mana, so takdelah risau gerak lambat."

"Haa kamu rehatlah Chyra, kesian kamu." Balas Pak Teh Shaari dan terus berlalu ke belakang rumah.

Mak Ngah Liza mahu mengadakan majlis doa selamat untuk pemergian Farhad ke US, sekaligus untuk majlis tahlil arwah nenek yang sudah kembali ke rahmatullah.

Ibu tak dapat turut serta, masih sibuk dengan urusan kerjanya. Farhad aku nampak sedang sibuk melayan tetamu yang hadir, tapi langsung tak mempedulikanku.
Sekali lagi, rasa aneh mula membukit di hati.

"Daddy Faad!" Kedua anakku menjerit memanggil Farhad sambil berlari ke arahnya. Barulah aku nampak Farhad ketawa sambil mendukung kedua kembar itu. Pipi Sofea dan Aiman dicium berkali - kali.

Farhad melangkah ke arahku. Aku senyum, tawar. Begitu juga Farhad.

"Maksu tak datang?" Tuturnya. Aku geleng kepala.

"Mak Ngah Liza mana?" Aku memanjangkan leher, mencari kelibat mama Farhad.

"Ada di belakang. Tengah sibuk memasak. You rehatlah, tak perlu tolong apa - apa." Farhad terus berlalu sambil mendukung anak - anakku. Aku garu kepala. Kenapa Farhad sedingin ini ya?

"Chyra? Baru sampai? Ibu tak dapat datang ya?" Belum menoleh, aku sudah cam suara Mak Teh Rohaya, ibu saudaraku yang satu - satunya aku anggap sama seperti ibu. Mungkin kerana masa kecil dia pernah mengasuh aku.

"Aah mak teh. Ibu kirim salam semua. Ada apa - apa yang saya boleh bantu tak?" Aku rasa janggal di kampung sendiri. Semua orang suruh aku duduk berehat. Mak teh pun geleng kepala, tak ada kerja yang boleh aku bantu.

"Rehat jelah Chyra. Kesian kamu drive jejauh."

"Jauh apanya mak teh? Saya duduk dalam johor jugak." Aku buat muka.

"Hah, kalau macam tu kata kamu, jomlah kita ke dapur." Ajak mak teh. Aku senyum, hanya menurut sambil jalan beriringan sambil memeluk bahu Mak Teh.

* * *

"I miss you." Aku cebik, kerana Farhad seperti menjauhkan diri dari aku.

"Ya. I miss you too." Balasnya sambil senyum. Tangannya masih ligat mengemas meja dan melipat alas meja lalu dicampak ke dalam bakul. Majlis malam itu berlangsung dengan jayanya. Tinggal mengemas saja yang belum selesai.

"You kenapa macam nak jauhkan diri dari I je? Sometimes WhatsApp I hantar pun tak berbalas. Why?" Aku cuba memecahkan tembok sunyi antara aku dengannya. Farhad hanya menggeleng.

Happy ReunionWhere stories live. Discover now