"Dani? Kenapa diam je dari tadi?" Aku capai tangannya yang sedang memegang stereng kereta.
Daniel cuma memandangku sekilas, kemudian menghadiahkanku satu senyuman, tak bertenaga seperti biasa. Pandangan dihalakan kembali pada jalanraya yang diterangi cahaya lampu."Are you okay?" Aku soal Daniel lagi, tak berpuas hati dengan bahasa tubuh yang Daniel berikan.
"Ke ada apa - apa yang jadi masa meeting tadi? Mr. Mohan tersepak balls you ke apa?" Aku cuba melawak. Daniel geleng kepala, ketawa kecil.
"Nothing like thatlah Chyra. Lepas ni you terus rehat okay?" Daniel mengusap pipiku.
"Daniel, kita sekarang memanglah dikira kekasih kan? Err boleh kita bincang something?" Aku harap apa yang akan aku bincangkan kali ini dapat mencerahkan mana yang kabur.
"Kekasih? Kita bukan budak - budak bawah umur lagi Chyra. Macam yang I cakap, cukuplah andai hati dapat merasa." Suara Daniel mendatar. Tak ceria seperti selalu.
"Maksud You?"
"Chyra -- Chyra yang I kenal ni sejak bila jadi blur atas soalan yang melibatkan perasaan?" Tangan Daniel singgah di pehaku, mengusap perlahan kemudian ditarik kembali untuk memegang stereng.
"Yelah kalau masing - masing nak tarik tali susah jugak Dani. Mari I yang clearkan keadaan. I tak tahu apa yang you anggap tentang hubungan kita, tapi I jujurnya masih belum...."
" I faham Chyra. Dah.. Jangan bincang apa - apa lagi, cukup. Dalam keadaan macam ni yang you perlu fikir adalah diri you. Jangan risau, I'll never cross that barrier." Ucap Daniel. Signal dihala ke sebelah kiri, simpang masuk ke rumahku. Aku lepaskan satu keluhan perlahan. Nampaknya perbincangan ini tiada kata putus.
" Nanti esok I mintak Kadijah hantar kereta you." Bagai memahami apa yang bermain dalam kepalaku, Daniel memberi kata penyelesaian.
"Thanks Dani. You taknak masuk dulu?" Aku mempelawa Daniel yang berdiri tegak di depanku. Lama Daniel diam.
" Atleast rehat - rehat sikit. Taknak?" Aku mahu menjelaskan dengan lebih terperinci lagi sebenarnya perkara yang dibincang sekerat jalan tadi.
" Okay. I risau you tak dapat tidur pulak kalau duduk sendirian ni. I temankan you sampai you tidur. Masuk ni, you pergi mandi terus. I order pizza jelah. Boleh?" Aku senyum mendengar cadangan Daniel itu. Sekurang - kurangnya tembok canggung antara kami berdua berjaya dihakiskan sedikit.
" Thanks Dani." Pipi Daniel aku usap lembut. Daniel hanya balas dengan senyuman tak bermayanya.
AKU mandi agak lama, hingga betul - betul segar tubuhku ini. Bayangan - bayangan yang menakutkan sentiasa bermain dalam kepala sebenarnya. Otakku ligat memikirkan tentang gambar yang dikirim oleh lelaki bernama Mr. GP itu siang tadi. Apa penyelesaian yang aku patut aturkan. Selang itu, wajah Sofea dan Aiman yang sayu sentiasa terpampang di ruang mataku. Kepalaku rasa berdenyut.
'Kenapa kau tak mati - mati lagi ya?' Kata hatiku menyalahkan takdir tuhan yang memanjangkan nyawaku dalam ketegangan seperti ini. Tanpa sedar, tanganku mencapai pisau cukur yang tersusun kemas di sinki.
'Tamatkan hidup kau. Kau tak ada tempat di dunia ni. Siapa tahu kalau syurga tu dekat dengan kau. Kau takkan menderita lagi.' Hatiku memujuk lagi. Tanganku beralih pula pada sebilah gunting tajam di sebelah pisau cukur itu tadi.
Tok! Tok! Tok!
"Chyra?" Suara Daniel kedengaran runsing.
" Ye Dani. Kenapa?" Aku batalkan niatku untuk mencederakan diri. Try again, Syaiton.
"Lama sangat mandi tu. Risau ingat jadi apa - apa dekat you. By the way, pizza Meatasaurus mozarella tarik favorite you dah sampai."
"Okay, hold on." Aku gembira.

YOU ARE READING
Happy Reunion
RomanceSambungan kepada Fickler, mohon habiskan Fickler dulu sebelum baca yang ini. Agak cheesy, tapi dalam jumlah terkawal. Sorry if it violates your life principles. But afterall, a warning has been given aite? Em em, cliche? Certain parts kot.