Aku duduk di sofa, memerhati kosong tayangan filem Ocean's Twelve lakonan George Clooney, Julia Robert, Catherine Zeta Jones, dan Brad Pit. Mindaku menerawang sebenarnya, memikirkan soal ibu dan Anon bernama MrGoldPimp74 yang selalu menghantar pesanan email padaku.
Semalam dia ada hantar pesanan lagi, mengatakan rasa sedihnya kerana aku sudah tahu kegiatan ibu selama ini. Jelas sangat provokasinya bukan? Aku geram betul dengan makhluk misteri ini. Tapi apa yang patut aku buat terlebih dahulu? Hatiku berperang dalam dilema untuk menyelamatkan diri dan menjaga aib seorang ibu.
"You betul taknak balik? Ibu ada call I semalam masa you dah tidur, tanya you kat mana. Apa masalah sebenarnya ni Chyra? Apa - apapun baliklah, ada masalah dengan ibu, settle baik - baik." Daniel datang dari arah dapur, lalu memegang bahuku, mahu memujuk supaya aku pulang Bertemu ibu.
Heh, dia tak tahu aku baru saja bertemu ibu di Terengganu minggu lepas. Belgium konon.
"Dani. Beberapa bulan lepas sampailah ke waktu sekarang ni I ada dapat email pelik dari sorang anon ni." Aku mengeluh perlahan, bersedia untuk bercerita segalanya pada Daniel.
"Okay go on, I'm listening." Daniel duduk di sebelahku. Rambutku dielus lembut.
"Anon tu keep on provoking me, bagitahu there's something wrong dengan ibu. Then its getting serious bila dia compiled pulak beberapa keping gambar ibu dalam keadaan tak berapa elok. Dia macam nak reveal siapa ibu sebenarnya selama ni. But the question is, why? Siapa orang tu? Apa salah I sampai dia nak ugut - ugut I? And dia memang macam tengah stalk I you tahu? Masa di Terengganu hari tu, memang betul, I terserempak ibu. Kan dia cakap nak ke Belgium. Tapi rupanya dia ada je di Terengganu tu. Dengan mat saleh mana entah. Macam dah dirancang je semua ni." Mataku bergenang. Bukannya aku tak mahu pulang, tapi entahlah, aku cukup marah pada ibu. Daniel diam tak beri sebarang respons. Dia tahu, perkara ini sangat berat untuk aku tanggung. Melibatkan ibu sendiri, siapa yang tahan dugaan sebegini?
"Hm. I tak tahu nak cakap apa soal ibu tu. Tapi kenapa you tak report polis ya? Bukan apa, risau keselamatan you and ibu sebenarnya." Daniel memberi cadangan, sambil membelek email yang dihantar kepadaku.
"Frankly speaking, I malu sebenarnya. Ibu pun mesti malu kalau perkara ni heboh. Kalau boleh settle, I nak settle macam tu je dengan orang ni. Mungkin dia ni salah sorang client ibu ke. Atau ibu ada hutang ke apa dengan dia." Jujurnya, aku tak ada idea kenapa aku diganggu manusia misteri ini.
"Kejap I tanya dia." Daniel menaip di telefonku.
"Eh, bila you tukar phone baru Chyra?" Daniel membelek - belek Iphoneku. Dahinya berkerut melihat telefon itu, mungkin sedikit kecewa kerana telefon lamaku adalah hadiah pemberiannya.
"Long story short phone lama jatuh and pecah, terlanggar dengan orang. So orang tu ganti balik dengan phone ni."
Beepp beppp.
GoldPimp74 has sent you 1 message.
Remember this?
YOU ARE READING
Happy Reunion
RomansaSambungan kepada Fickler, mohon habiskan Fickler dulu sebelum baca yang ini. Agak cheesy, tapi dalam jumlah terkawal. Sorry if it violates your life principles. But afterall, a warning has been given aite? Em em, cliche? Certain parts kot.