9. Fly Away

10.3K 203 64
                                    

Aku cuba tahan diri daripada menghubungi Feena mahupun Shahfri atas nasihat ibu, Arul dan Lisa. Namun malam perkahwinan mereka, aku tak mampu lagi untuk mengawal diri daripada menghubungi perempuan tu.

"Kenapa block WhatsApp I? Kenapa tukar nombor? Kalau ye pun you dengan ex husband I, kenapa nak lari? Shah cuma ex husband. Lainlah kalau you memang berniat nak rampas dia dari I." Aku cuba kawal suara, tak mahu juga keseronokannya terganggu dan aku mahu nampak kuat di mata Feena. Tapi aku betul - betul perlukan penjelasan sekarang.

"Shah dah bagi you kad kan? Apa yang tak jemputnya?" Feena bersuara sedikit lantang.

"Macam tu je? Bukan I ni kawan you ke Feena?"

"You rasa? Kawan apa yang sanggup main dengan bf kawan dia sendiri then sorok belakang - belakang as if benda tu normal? Kawan apa yang suka bangga diri bila dia lagi menyerlah? Jangan sekarang dah londeh comot sana sini baru nak mengaku yang I ni kawan. Dengan Yusry mati sebab you lagi. Depressed sebab you. Fikir sikit you punya selfish tu." Telefon terus dimatikan. Termangu terus aku di situ.

Aku kawan yang selfish ke? Bila masa pula aku bangga diri kerana sentiasa lebih berbanding dia? Aku punca Yusry mati? Bukan Yusry ke yang sakiti aku asalnya?

***

Aku rindu pada Sofea dan Aiman. Tapi mereka juga anak - anak Shahfri. Nanti terasa pula Shahfri jika aku mahu ambil mereka terlalu awal. Awal tak awal lebih dua bulan jugalah mereka tinggal dengan Shahfri. Tapi perjanjian kami memang begitu sampailah kembar berdua itu mula alam persekolahan, ataupun sehingga Shahfri berangkat ke Ireland.

Sudah sepuluh hari sejak hari pernikahan mereka berdua, aku langsung tak mengirim apa - apa hadiah, apa - apa ucapan mahupun apa - apa pesanan. Sejujurnya aku tak mahu kebahagiaan mereka terganggu dengan kehadiranku, walau betapa rindunya aku pada Sofea dan Aiman.

Aku sendiri tak tahu mahu gambarkan perasaan ini bagaimana, yang penting rasanya sayu dan sakit. Aku tak cemburu atas pernikahan, tapi lebih kepada rasa kesal dan kecewa dengan kegagalan hubunganku dengan Shahfri. Dan rasa bengang memikirkan bagaimana mereka berdua boleh bercinta di belakangku. Adakah dengan kehadiran Feena menyumbang kepada kepincangan rumahtangga kami? Aku buntu.

Shahfri, berkali - kali peluang aku berikan padanya namun dia tetap sia - siakan segalanya. Atau memang ini balasan untuk aku atas kesalahan aku selama ini? Kata orang, karma. Habis, Shahfri tak pernah ada dosakah selama ini?

Hmmm abaikanlah segala persoalan. Aku patut telefon mama. Mahu berkongsi sedikit semangat ibu mertuaku itu.

"Hello mama. Apa khabar? Sihat tak?"

"Alhamdulillah Chyra. Mana kamu nak? Lama sungguh tak contact mama." Suara Mama kedengaran seperti hampir menangis.

"Ada je kat Johor ni ma. Menenangkan hati yang gundah, hehe. Majlis sambut menantu ada buat tak ma? Ingat nak ke Kuantan kalau ada, sebab saya nak bawa balik Pia dengan Aiman sekali. Malaslah nak bincang apa - apa dengan Shah. Sebab dah janji nak serahkan anak - anak lepas majlis nikah." Cadangnya, aku mahu bawa pulang Sofea dan Aiman selepas majlis sambut menantu kalau ikut rancanganku. Biarlah, aku akan pergi dengan wajah tebal kalau memerlukan aku untuk ke sana menjemput Sofea dan Aiman.

"Shah tak bagitahu kamu ke Chyra? Mama ingatkan dah bincang hal - hal semua ni." Suara mama risau.

"Bagitahu apa ma? Bincang berkenaan apa ya?" Aku mula rasa tak sedap hati. Dada tiba - tiba berdegup kencang.

"Dia ada balik sini dalam tiga hari lepas tapi semalam dah ke KL. Memang tak ada plan untuk majlis sambut menantu dalam masa terdekat ni. Tapi tak silap mama katanya kamu berdua dah bersetuju yang sementara waktu ni Shah bawa Pia dan Aiman ke Ireland duduk sana. Kamu tahukan Shah dapat kerja di sana? Jangan cakap tak tahu pulak. Budak - budak tu dah excited nak naik plane tengok awan. Ha flight malam ni tak silap mama. Mungkin dalam pukul tujuh."

Tanganku menggeletar.

"Hello Chyra?" Suara mama bagaikan terlalu sayup di corong sana. Aku pantas matikan panggilan. Wajahku terasa panas membahang dan tubuhku menggigil.

Nombor telefon Shahfri aku dail berkali - kali, tak berjawab. Nombor telefon Feena pula jadi sasaran, lebih menyakitkan hati kerana langsung di-block-nya aku.

"Hello Arul. Kau kat KL or Sarawak sekarang? Please please please aku tak ada orang lain dah nak dimintak bantuan ni. Bekas laki aku nak bawa lari anak - anak jauh dari aku!" Aku dah mula menangis. Makin lama makin kuat esakanku. Arul diam di hujung talian.

"Kejap Chyra. Tenang. Tenang. Sekarang kau boleh drive tak? Aku takde kat KL ni Chyra. Tapi Lisa ada. Kau info dia. Minta dia tolong. Yang penting sekarang kau tenang. Drive elok - elok. Ke kau nak nak naik flight je?" Cadang Arul. Aku kerling jam. Dah pukul dua petang. Nak ke Senai saja dah makan masa hampir dua jam.

"Aku drive." Tuturku menahan esak. "Hati - hati Chyra. Aku tahu kau perempuan kuat. Kau jangan drive macam Letty. Tenang je okay." Pesan Arul lagi.

***

Aku sampai ke KLIA pada jam enam petang. Masih sempat untuk menahan Shahfri daripada bawa anak - anakku keluar dari Negara ini. Melilau aku mencari Shahfri. Lisa yang sanggup ambil cuti emergency memelukku yang sudah mula menangis teresak - esak.

"Dari tadi aku tolong cari, tak jumpa jugak. Information mak dia bagi tu tak tepat aku rasa. Mungkin bekas laki kau sebenarnya dah memang ke sana lagi awal kot. Macam mana ye Chyra?" Lisa serba salah.

Kakiku rasa longlai. Selama ini aku selalu lihat kejadian sebegini di kaca tv dan aku rasa ianya cukup mengarut sekali, rasa seperti si ibu tidak bersungguh - sungguh mempertahankan si anak. Tapi tak sangka sekarang rupanya aku pula yang terpaksa menghadapi perkara sebegini. Mana aku nak cari Sofea dan Aiman? Mana?

"Mana aku nak cari anak - anak aku Lisa. Aku buntu sekarang ni." Berhamburan air mata aku memikirkan Sofea dan Aiman yang masih memerlukan seorang ibu. Feena? Mampukah dia menjaga anak - anakku? Aku tak sanggup memikirkan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku andai anak - anakku tinggal bersama ibu tiri yang sememangnya berdendam denganku.

"Kau sabar Chyra. Ada salurannya untuk kita minta bantuan. Shah tak boleh bawa lari sesuka hati je budak - budak tu. Hak jagaan di tangan kau kan? InsyaAllah. Aku akan cuba tolong kau." Lisa memelukku lebih erat. Aku tahu, kata - kata itu hanya untuk menenangkan aku. Prosedurnya? Mungkin takkan berjaya. Atau terlalu lama untuk dilaksanakan.

Sofea, Aiman. Tunggu mommy sayang.

***

"Would you like to order, miss?" Tanya pelayan bar saat melihat aku masih duduk di bangku bermenung. Pintaku pada pelayan bar yang lincah menyediakan tempahan pelanggan. Aku duduk di bangku sambil termenung memikir masa depan. Tak sangka, selepas lima tahun aku kembali jejakkan kaki di sini. Aku mulakan dengan cocktail jenis light, hinggalah ke jenis keras. Habis duit.

Aku sempat hubungi Hana sebelum aku ke sini. Aku katakan, aku di kelab AppleSex kerana rindukan teman - teman lama. Dan aku tahu, Hana dapat kesan yang aku bukan dalam keadaan yang baik.

"Macam mana I nak join you, Chyra. Headbanging pulak anak I dalam ni nanti." Aku ketawa geli hati dek teringatkan ayat Hana itu.

Cocktail yang mengandungi ber-part beer dan vodka yang aku pesan seingatku adalah mora grogg selepas AK-47 tadi. Tapi aku dah mula tak boleh belah. Lain macam betul rasanya. Aku nak tumbang dah. Tapi hati aku rasa happy.

Aku nampak Daniel tapi dia kacak sekali. Ya Daniel yang beratus kali cakap dia suka aku masa di kolej tapi aku abaikan sebab aku tak minat. Kenapa saat sebegini wajah Daniel pula yang melekat di depan mataku.

"Hi Daniel. Is that really you? Ahak ahak." Aku lingkarkan tangan di bahunya. Sebelah tangan lagi kuraba wajahnya.

"Bagus kalau you still kenal I. Sekarang jom balik. You're drunk AF." Daniel tarik aku dan aku menonong keluar.

"Wait wait. Are you gonna have sex with me? Like always? Great!" Aku terus peluk Daniel. Tenggelam dalam tubuhnya yang makin sasa itu. Dan malam aku rasa cukup hening sekali, dengan hentakan keras bunyi muzik techno dalam kelab itu. Aku mula rasa di awangan, saat Daniel mendukungku keluar dari kelab.

Daniel. Thank you. I really need a shoulder to cry on now.

Happy ReunionWhere stories live. Discover now