Setelah sekian lama, aku berlembut hati juga untuk lepaskan Sofea dan Aiman pada Shahfri. Itupun setelah puas aku menimbal balik kata hati yang melarang Shahfri berjumpa anak - anaknya. Seminggu, cukuplah agaknya untuk mereka saling melepas rindu. Masih sakit hati aku dengan pengabaian demi pengabaian yang Shahfri lakukan pada kami anak beranak.
Shahfri pernah halau aku dan anak - anak, darah dagingnya sendiri. Pernah tak mengaku mereka berdua itu adalah anaknya. Jadi, aku mahu Shahfri betul - betul sedar akan kesalahannya. Bukan sekadar mahu bertanggungjawab tika rasa rindu bertamu saja.
Tapi selepas Farhad berlepas ke US, aku jadi hilang tempat mengadu. Jujurnya kami berdua cukup sakit dengan kebenaran yang baru diketahui ini, namun terpaksa akur yang kami tiada jodoh untuk bersama. Farhad nampak lebih kecewa berbandingku. Aku faham, dia sudah lama menanti namun terpaksa redha dengan ketentuanNya.
Shahfri datang berseorangan dengan Toyota PriusC nya. Nampak lebih berisi berbanding selalu. Bahagia agaknya berhubungan songsang. Dia senyum nipis melihat aku yang sedang menikmati KFC bersama anak - anak. Aku cuba berlagak selamba, tidak mahu terlalu nampak rasa janggal di situ.
Anehkan? Kita takkan tahu, orang yang selama ini mencintai kita, berkongsi segalanya dengan kita, akan jadi orang yang paling asing dalam hidup kita. Kadangnya, kita takkan mampu untuk menghalangnya. Menghalang perasaan yang tiba - tiba tawar ibarat menelan kopi tanpa gula.
"Dah lama ke makan sini? Meh sini kat daddy sayang." Aiman dan Sofea tak menyahut. Mereka berdua seakan merajuk dengan Shahfri yang sudah terlalu lama tak menjenguk mereka. Tapi Aiman yang memang terlalu rapat dengan Shahfri segera datang beriba walaupun wajahnya masih muncung.
"Kenapa anak - anak daddy monyok je ni? Tak seronok ke jumpa daddy?" Shahfri mengusap kepala Aiman dan Sofea. Keduanya tak menjawab sebaliknya tekun mengunyah makanan.
"Mana boyfriend awak?" Aku senyum sinis walaupun Shahfri nampak tak senang dengan soalanku itu. Tidak di depan anak - anak.
"Mana ada boyfriend. Agak - agaklah. Saya tak buat dahlah benda pelik - pelik gitu." Keluhnya perlahan.
"Darren ke apa entah nama jantan tu. Ke Durex? Whatever." Aku mencapai air mangga Sjora lalu kusedut hingga habis. Kukocak - kocak ais lalu kuambil yang paling kecil untuk disumbat ke dalam mulut. Hmph.
"Saya heteroflexibly gay, kot? Don't take it too seriouslah. Saya nak berubah, saya ubah. Tak susah pun. There's something between us and we knew it but its definitely not because im gay whatsoever. Memang kita dah tak sehaluan I guess? And tak salahpun kalau saya dah stop buat benda nonsense camtu. Bukan apa, rasa saya dah menyimpang jauh sangat dengan norma hidup kita ni. Nak get back on track. Mula hidup baru sebagai manusia normal. Maybe dengan another person." Shahfri menyandar di kerusi, sambil mengusap rambut Aiman.
"Nice, nanti tawar hati again. Macam awak buat kat saya." Aku tunduk. Jujurnya aku rasa sebak dengan takdir ini. Seronoknya berbicara soal future planning tanpa sedikitpun ada niat untuk menjaga hati aku?
"Let's take it easy, can't you? Awak pun masa saya tengah susah dulu kuat gila membebel. Mana - mana lelaki pun muak kalau dengar macam tu."
"Shahfri. Saya bebel bukan sebab awak tengah susah ke apa. Saya bebel sebab masa tu awak kerja main game, tido, bangun lewat. Healthy ke macam tu? Saya bebel sebab concern, bukan sebab sengaja nak membebel." Aku geram. Aku tahu, balik - balik perempuan jugalah yang dipersalahkan.
"Yelah, sorry bout that."
Kami sama - sama diam. Yang kedengaran hanyalah bunyi Sofea yang mengunyah french fries dan cheesy wedges dengan tenang. Dari tadi si kecil itu tidak bersuara walau sepatah.
![](https://img.wattpad.com/cover/167920325-288-k658349.jpg)
YOU ARE READING
Happy Reunion
RomansaSambungan kepada Fickler, mohon habiskan Fickler dulu sebelum baca yang ini. Agak cheesy, tapi dalam jumlah terkawal. Sorry if it violates your life principles. But afterall, a warning has been given aite? Em em, cliche? Certain parts kot.