51. Carl 2.0

830 17 1
                                    

Dua minggu sejak pulang bersama Shahfri, duniaku statik tanpa sebarang petunjuk. Kali terakhir, selepas aku bermimpikan Darren. Dan sejak aku sedar dari koma, cerita - cerita tentang perjalanan hidupku di alam itu sudah pandai kutapis ke alam realiti. tetapi aku tetap tak berpuas hati. Aku mahu lebih informasi.

Kakiku semakin kuat, aku sudah tak perlukan sokongan sesiapa ketika mahu berdiri, malah sudah boleh berjalan hampir sempurna seperti orang lain. namun begitu Shahfri tetap mahu Marina membantuku di rumah dan menemaniku untuk sesi fisioterapi jika dia tak berkesempatan.

"Sayang, bie tak dapat teman sayang fisio minggu ni." Shahfri melihat-lihat jadual di telefonnya dan memerhati planner yang terbentang di atas meja.

"It's okay, I will go with Marina." Aku memeluk bahu Shahfri dari belakang. Perlahan - lahan Shahfri menarik tanganku lalu tubuhku ditarik ke atas ribanya. Pipiku dicium sekali;

"Too bad Marina pun tak dapat temankan sayang sebab mak Akmal sakit. Diorang balik kampung." Belakangku diusap lembut.

"So, you need to adjust the TCA lah, kan?" Aku mencadangkan untuk penangguhan tarikh fisioterapi.

"Susahlah nak dapat tarikh lain sayang. Actually kan, Layla is willing to accompany you pergi hospital. Is that okay? Lagipun dia cuti esok." Cadang Shahfri.

"Are you serious?" Dahiku berkerut.
"Yes?"
"Taknaklah!" Bentakku.
"Kenapa pulak? Dia selalu je tanya how you doing. How can she help with anything. Apa salahnya try berkawan dengan dia. Lagipun you two have alot in common. I bet mesti banyak benda yang boleh dijadikan topik perbualan."
"She's my junior, not my friend." Keluhku. Walaupun sebenarnya tiada masalah berkawan senior-junior tapi aku tetap rasa tak selesa. Lebih - lebih lagi aku tahu Daniel pernah bersama perempuan itu.

"Ada apa-apa yang sayang sorok dari Bie about this Layla girl?" Shahfri memegang jemariku.
"Uhh no, just tak rapat je." Aku serba salah.
"Dia nak kawan dengan sayang, boleh je kan?" Shahfri tekankan suaranya.
"Yeah sure, cuma dia ex-tunang Daniel." Aku tersengih.
"Lah, kenapa? Sayang tersakiti ke apa sebab dia ex budak Daniel tu? Ke sayang tercabar? Yalah, orangnya lawa." Shahfri ketawa kecil.
"Excuse me?" Aku tepuk peha Shahfri.
"Tak tak. Sayang lawa lagi."
"Bongok." Aku masih geram.
"Lah sayang?"
"Bagi nombor dia, sayang whatsapp sendiri ajak dia esok." Telefon Shahfri aku capai. Untuk nyahkunci, aku layangkan skrin telefon ke wajah Shahfri.
"Tu.. Bie save nama 'budak lab'." Muncung Shahfri menghala ke skrin yang aku sedang selusuri.

AKU sedut jus nenas yang dipesan dengan sekali nafas, separuh gelas habis. Tak tahu mana mahu letak muka menghadap kejadian yang berlaku malam tadi. Sakitnya ditampar Shahfri masih terasa berbahang. Sakit lagi Darren yang lembik dikerjakan Shahfri. Sudahlah orang sekeliling sibuk dengan telefon masing-masing merakam aksi Shahfri membelasah Darren, rakan modelingnya suatu ketika dahulu. Darren pula menolak untuk panjangkan kes ini ke pihak polis. Dan ya, kami tahu punca salah itu adalah aku dan Darren. Kami berdua.

Yang buat aku lebih sakit hati, pagi tadi Shahfri boleh selamba bangun pergi kerja dan siapkan anak-anak untuk ke taska. Aku masih buat-buat tidur saat Shahfri mencium dahiku sebelum pergi kerja.
"I made you breakfast. Your favorite english brekkie. Nanti jangan lupa makan. I love you sayang. Assalamualaikum." Aku tak menjawab, masih membelakangkan Shahfri dan pura-pura tidur.
"I know that you're awake. Takyah pretend macam tak sedar." Keluh Shahfri sebelum meninggalkanku. Aku mengetap bibir, geram!

"Hey! Chyra kan?" Bayangan wajah Shahfri terus hilang disapa suara garau itu. Pandanganku terus teralih pada pemilik suara itu.
"Carl? Carl Breiner? Hey how you doing?" Aku bersalam dengan lelaki kacukan dari negara Uncle Sam itu dan mempelawanya duduk.  Kacukan, namun lelaki itu lebih selesa berbahasa melayu ketika berbual.
"I tengah setup satu company dekat area sini. So ada masa lebih kurang dua minggu lagi sebelum balik KL." Balasnya ramah. Kerusi ditarik, lalu Carl segera duduk menghadapku.
"Hows your mom? Lamanya tak jumpa aunty Halina. Sihat tak dia? Oh my God i teringat sampai sekarang dia punya sweet yogurt cake dengan crab curry dia." Tak semena aku tersenyum teringatkan kebaikan ibu Carl, Puan Halina yang sentiasa melayanku bagai anak sendiri.

Happy ReunionWhere stories live. Discover now