32. Game Over, Feena

6K 168 42
                                    

Pov: Shafri
Lokasi: Malaysia

Aku sedang bersiap - siap untuk ke rumah Chyra, namun tergendala niatku kerana hujan pula turun selebat - lebatnya. Jadi aku ambil keputusan untuk bertolak sedikit lewat.

Titis hujan yang lebat menujah bumi membuatkan fikiranku sedikit terawang.

"Minum kopi, Shah." Mama hulurkan aku secawan kopi yang masih berasap. Bau wangi kopi menerjah rongga pernafasanku, membuatkan kenangan di Ireland kembali terimbau. Bukan kenangan manis, tapi cukup terkesan untuk dikenang.

Perlahan - lahan aku hirup air kopi yang masih berasap itu. Tekak rasa terbakar, namun keenakan lemak pahit itulah kenikmatan sebenar yang aku mahukan.

Tak sangka, kan? Apa yang aku rasa paling baik untuk aku, rupanya tak selalunya baik malah boleh jadi lebih teruk lagi situasinya.

Aku bercerita tentang dua nama, Feena dan Chyra.

Adakah ini karma? Rasa sayang aku pernah hilang pada Chyra, dan sekarang rasa sayang Feena padaku pula sudah hilang dari jiwanya. Tapi, cintaku pada Chyra sebenarnya masih kuat, sekurangnya selepas aku tahu Feena cuma debu halus jika dibandingkan dengan permata seperti chyra, cuma aku ada tembok ego yang aku patut jaga. Perlahan - lahan, aku akan menafikan kasih pada Chyra.

Aku takkan salahkan Feena untuk hal ini, namun tidak hal lainnya. Tapi yang pastinya, aku berdosa pada Chyra.

"Chyra dah bersedia ke nak jumpa kamu ni?" Mama tarik kerusi dan menyertaiku duduk di meja makan itu.

"InshaAllah ma. Last Shah call dia haritu dia cakap dia takkan salahkan Shah atas apa yang berlaku. Dah Allah tetapkan ajal anak - anak kami waktu tu, tak ada kuasa kami nak melawan takdir Allah."

"Itu mama tahu. Tapi tak bermakna dia akan setuju kalau kamu nak rujuk balik dengan dia." Mama mengeluh perlahan. Dia jelas sekali kurang yakin dengan hasratku untuk memiliki Chyra kembali. Kes aku dan Feena pun belum selesai, nak memujuk Chyra pula.

"Saya ni dah banyak berdosa pada dia ma. Harapnya saya mampulah tebus balik kesalahan saya ni." Suaraku bergetar, tahu bukan kecil tanggungjawab yang perlu aku pikul untuk kurangkan rasa bersalah ini.

"Macam mana pulak urusan kamu dengan Feena? Dengan yang tu pun masih tak selesai, dah nak mengacau Chyra pulak." Mama masih tak berhenti. Aku sudah naik rimas.

"Mama, takpe ma. Shah dah besar. Tahulah Shah nak buat macam mana." Aku bangun, menuju ke pintu utama. Lantaklah dengan hujan lebat asalkan aku usaha juga gerak ke rumah Chyra, bukannya aku ke KL naik basikal nak takut hujan sangat ni.

"Mama call Chyra banyak kali, nombornya tak aktif. Mungkin dia sendiri taknak dekat dengan kita dah agaknya." Mama tunduk, sedih.

"Me too. Mungkin nombor dia ada problem kot. Mama janganlah fikir benda bukan - bukan. Takpe ma, Shah terus ke rumah dia je. Senang. Pergi dulu ma." Aku mendekati mama, menyalami tangannya dan mencium pipinya kiri dan kanan.

"Sekarang ni, kamu jelah sorang anak yang mama ada. Tolonglah Shah. Janganlah buat mama susah hati dah." Mama menggenggam erat jemariku. Aku tak memberi sebarang respons, melainkan dengan satu pandangan kosong merenung wajahnya.

"Maafkan Shah, mama." Aku tunduk.

ELOK saja aku selesai memakai kasut, kereta Mazda CX-5 merah Feena berhenti betul - betul di depan pagar rumah. Aku kerut dahi. Mimpi apa perempuan ini datang hingga ke Kuantan bertemu aku? Tanpa pesanan pula. Rasa bengang pun ada juga. Perempuan seorang ini dari dulu tak pernah  naks info terlebih dulu sebelum melulu buat keputusan.

Ikutkan hati, aku takkan buka pagar. Cukuplah penghinaan dia beri padaku sebelum dia pulang ke Malaysia tempohari. Tapi mama baik hati, tergesa - gesa pula dia buka pagar untuk 'bekas' menantunya itu.

Happy ReunionWhere stories live. Discover now