50. Julia Nour Layla

2.2K 28 3
                                    

Perjalanan ke PPHP yang mengambil masa kurang lebih 20minit aku rasa cukup lama. Ada debaran juga di dada untuk bertemu pekerja - pekerja di sana kerana keadaanku yang sekarang.

"Bie, nampak macam ayang teruk sangat ke?" Aku membetul- betulkan bahu baju kurung yang kupakai.

"Nampak kurus sangat ke sayang? Parut kat dahi ni obvious sangat ke?" Dan pelbagai lagi soalan yang bikin Shahfri pening.

"Sayang, sayang tetap sama macam dulu. Kenapa nak nervous sangat ni? Nobody gonna judge you, tahu?" Shahfri mengusap jemariku.

"Rasa takyah pakai wheelchair kot. Nampak lemah amat. Sayang boleh jalan sikit-sikit." Aku menepuk peha, memberi jaminan bahawa aku sudah boleh berjalan.

"Jangan, tempat - tempat ramai orang macam ni biar Bie je bawa sayang pergi mana-mana. So yep, wheelchair on."

"Yang nama Layla tu good looking ke tak?"
"Sebab tu ke sayang rasa nervous sebenarnya?" Shahfri kerut dahi pandang aku.
"Tak! Hmmm yes." Aku tak tahu mahu beri jawapan yang bagaimana. Kenapa aku rasa insecure? Sedangkan rasa sayang pada Shahfri tak tahu ke mana hala.
"Pleaselah. She's nothing compared to you. I'm your husband, and you're my only wife. Dah jangan fikir bukan-bukan." Tegas Shahfri.
"Yelah, macam ada instinct suami kaki perempuan." Aku bercakap nada separa berbisik.
"Diam ah."

***

Jamuan makan yang dikendali oleh microbiologist baru itu diadakan di rumah lama kami, sebelum berpindah ke rumah baru di bandar kuantan. Aku senyum melihat susunan pasu - pasu berisi pokok bunga yang masih cantik rapi.

"Kak Ella selalu jaga pokok bunga kita tu, sebab tu cantik." Ibarat dapat membaca isi hatiku, Shahfri tujukan telunjuknya ke arah rumah.

"So si Layla tu duduk rumah lama kita,eh?"
"Aah. Tak sampai hati pula nak bagi dia duduk rumah penyelia sebab takde aircond. Kan rumah penyelia kecil sikit. Walaupun dia tu bujang, tapi dia microbiologist, besar jawatan dia." Jelas Shahfri panjang lebar.

"Halah fikir sangat orang tu tak selesa. Masa kita ni pregnant yang misscarriage tu, siap kena duduk rumah mama kena jaga Shahril." Rungutku. Shahfri hanya diam, lebih fokus mahu mencari tempat letak kereta yang paling dekat dengan kawasan majlis.

"Bab tu, Bie tak tahu nak cakap apa sebab memang terang- terang Bie yang salah. Bie minta maaf seikhlas hati." Shahfri mengucup jemariku.

"Eh takpe, mengungkit tak bermakna sayang nak Bie minta maaf. Sebab next time sayang akan ungkit lagi." Aku sengih.

"Dan Bie akan minta maaf setiap masa pada sayang sebab banyak sangat salah Bie pada sayang." Jemariku dikucup berkali-kali.

"Hoi hoi hoi. Tak puas lagi ke kat rumah? Sambung pulak kat dalam kereta ye?" Akmal, penolong pengurus mengetuk cermin kereta sebelah Shahfri.

"Bagi canlah Mal. Dah lama tak duduk dengan bini." Shahfri Sengih sambil bersalam dengan Akmal.

"Macam mana meeting pagi tadi? Closed deal dah ke?" Tanya Shahfri.

"Alhamdulillah, tapi Dato Kadir benganglah jugak sebab kau takde."

"Hah yeke? Habis kau tak tolong adjust ke?" Shahfri tepuk dahi. Tak menyangka Dato Kadir yang baru keluar dari hospital kerana serangan jantung, turut serta dalam mesyuarat sebut harga itu.

"Ehem jomla masuk. Haus ni, minum jom." Aku menyampuk kerana merasakan perbualan mereka bakal jadi panjang.

"Kak Chyra apa khabar? Lama tak jumpa akak. Dah okay sikit kak?" Sapa Marina, isteri Akmal. Aku senyum dan mengangguk.

"Jom kita masuk dulu nak? Saya tolakkan wheelchair akak. Tunggu diorang ni karang hisap rokoklah, bincang soal masa depanlah." Tawar Marina namun ditegah Shahfri.

Happy ReunionWhere stories live. Discover now