35. Siapa Carl?

3.7K 121 26
                                    

"Eh tak. Saya bukan debt collector pun. Saya sebenarnya businessman. Haritu, memang saya ada urusan dengan Cik Julia. Personally, memang ada dia pinjam duit saya tiga belas ribu tapi kalau dah meminjam then buat senyap, thats why saya datang tuntut. Tapi saya bukan debt collector! Hari tu saya melawak je." Berkali - kali Carl jelaskan isu tersebut selepas Daniel menggasaknya dengan pelbagai soalan, kalah seorang detektif.

"Sekarang tengah kecoh bang. Julia hilang. Orang kampung tuduh antara dua, kalau tak saya mungkin dengan abanglah. Tu sebab syukur sangat saya ni sekarang terserempak dengan abang." Suasana sepi seketika. Masing - masing mencapai kentang goreng lalu disua ke mulut.

Dan aku pula masih duduk berpeluk tubuh, di antara dua lelaki ini yang sedang bersoal jawab. Separa kagum, separa pelik. Perlahan - lahan aku capai cup berisi air mango Sjora dan kusedut penuh nikmat.

Aku kagum kerana kebetulan, kami dua - dua mengenali lelaki ini yang dijumpai secara tak sengaja. Dan kedua, aku pelik kenapa hal sebegini boleh berlaku bagai kebetulan?

"Sumpah, lepas saya datang jumpa Julia tu, dia nak tumpang saya balik KL. Saya cakap no problem boleh je, tapi suddenly dia mintak saya bawak dia ke stesen bas berdekatan je. Hari tulah last saya jumpa dia." Jelas Carl.

"Parah jugak ni. Entah manalah hilangnya budak Julia ni. Tak habis - habis menyusahkan." Keluh Daniel pula. Aku sudah mula rimas. Mendengar nama Julia saja sudah buat hati aku panas sebenarnya.

"Saya boleh follow awak buat report polis, or beri keterangan ke apa. Kalau tak salah buat apa kita takut kan? Jom." Cadang Carl namun Daniel menggeleng.

"Rasanya diorang tu belum report polis lagi bang. Relax dulu abang. Saya pun baru nak balik kampung ni. Tengok dulu camana. Apa - apapun saya ambik contact number abang dululah okay?"

Carl keluarkan kad perniagaannya lalu disambut Daniel. Kad itu kemudian dimasukkan ke dalam dompetnya.

"Chyra dulu sekolah mana ya? Sebab macam pernah nampak." Pertanyaan Carl itu buat mata aku jadi bulat.

"Err kenapa ya Encik Carl?"

"Tak payah berencik - encik."

"Err.. Sekolah dekat Selatan Pahang. Ni sekolah I."Aku jawab tergagap - gagap sambil tunjuk gambar pintu gerbang sekolah yang diperoleh dari WhatsApp Group sekolah. Gambar cliche seorang aku yang berdiri depan pintu gerbang sambil cekak pinggang dan sebelah tangan angkat tanda 'peace'.

"Lahhhh. Entah - entah you nilah yang dengan Cikgu Shahril dulu." Carl tiba - tiba senyum. Daniel pula sudah buat muka cemburu.

"Cikgu Shahril? Wait. Macam mana you boleh kenal Cikgu Shahril ya?" Kisah lama, tapi aku rasa cukup teruja untuk tahu.

"I dulu cikgu art sebelum I resign and buka galeri sendiri. Kawan baik dengan Cikgu Shahril and believe me dia banyak bercerita soal you pada I. Bila I tengok you dulu masa first time jumpa dekat terengganu tu I dah macam nak cam sama macam dalam gambar yang dia pernah tunjuk, tapi takut salah orang."

"I rasa macam tak pernah ada memori zaman sekolah dengan you." Aku garu pipi yang tak gatal. Lagipun dah berbelas tahun, takkan dia masih cam hanya melihat sekeping gambar aku?

"Excuse me, I ke restroom sekejap." Daniel mengusap pahaku lembut, namun pandangan tajamnya ditumpukan kepada Carl. Kini tinggal aku berdua sahaja dengan Carl.

"Memanglah tak ada memori. I kawan baik dengan Aril sejak universiti lagi, then I mengajar di sekolah lain. Tapi fahamkan apa I cuba sampaikan? Kami rapat sampai hal tentang you pun dia share dengan I." Carl ketawa.

"Lagipun Chyra, you special pada arwah. Dia tu susah nak jatuh cinta but dengan you boleh sampai luah segalanya pada I, sebelum dia kahwin dengan witch bitch tu." Carl ketap bibir, geram.

" Its okay Carl. Benda dah lepas." Aku senyum tawar. Serius, emosiku rasa terawang mengenang Arwah Shahril yang sudah pergi meninggalkan kami semua.

"Tak sangka kan? Coincidencenya macam ni." Carl mengeluh perlahan.

"Hmm." Aku tunduk sambil mengacau ais dalam gelas.

"I nak ziarah kubur arwah sebenarnya. Tak berkesempatan nak ziarah. Lagi satu hal jauh kot. Tapi you mesti tahu kat mana kan? Boleh tak bila - bila free you bawa I pergi kubur arwah?" Ajak Carl dengan wajah penuh pengharapan.

"No problem. Lepas arwah nikah dengan wife dia tu, nak dijadikan cerita I bercinta dengan adik dia pulak and kami nikah selepas tu." Aku ambil masa untuk sambung bercerita. Rasa menyesal pula luahkan sesuatu kepada orang asing. Tapi lantaklah! Aku dengan Shahfri juga sudah jadi sejarah saja.

"Oh really? I ingatkan you belum kahwin. Nampak sangat young and fresh."

"Dululah. Sekarang dah berpisah dengan adiknya tu. Tapi I nak highlightkan di sini adalah, i'd be happy to bring you there."

"Thanks Chyra. Dalam minggu ni juga boleh tak? Lagipun hujung minggu ni I kena ke USA, ada urusan penting."

Daniel mengajak aku ke kampungnya. Dan Carl pula mahu aku meneman ke pusara Arwah Shahril. Siapa yang patut diberi keutamaan ya? Daniel, bila - bila masa aku boleh bersama dengan dia. Tapi permintaan rakan baik Arwah Shahril patut aku laksanakan terlebih dulu, walaupun aku masih rasa semua ini macam dejavu.

"Ok, boleh je. Esok kita pergi kalau you free." Carl senyum lebar.

Daniel datang ke arah kami lalu duduk di sebelahku. Dia habiskan kentang goreng dan berbisik pada aku. "Cousin I dah tunggu tu. Better kita undur diri dulu." Aku hanya mengangguk.

"Kami kena gerak dulu ni abang. Nanti apa - apa saya contact abang ye? Terima kasih bagi kerjasama. And terima kasih bagi Chyra I phone baru!" Daniel sengih dan bersalam dengan Carl.

KAMI mencelah di celahan lautan manusia untuk mendapatkan sepupu Daniel.

"Apa dia buat dekat sini agaknya ya? Lupa nak tanya dia tadi." Daniel menggumam sendiri namun cukup kuat untuk aku dengar.

"I pun lupa nak bertanyakan hal ni. Dia bukan stalker kan?" Rasa paranoid tiba - tiba mencelah di jiwa.

"Tak kot. Nampak macam terlalu berintelektual untuk sibuk - sibuk dengan hal kita." Daniel ketawa kecil. "Adalah tu nak pick up sesiapa." Sambungnya lagi, untuk menenangkan hati.

"Urhhh Daniel. Nampaknya I tak jadi nak teman you balik kampung. You balik jelah berdua okay? I kena teman ibulah." Aku mencipta alasan, walhal sebenarnya aku mahu menemani Carl untuk ke Kuantan esok hari. Ada banyak lagi soalan aku mahu tanya pada Carl sebenarnya. Daniel diam seketika, kemudian tersenyum sambil mengusap pipiku.

"Bagus jugak tu. Acik Marlia dah start kerja kan esok? Kesian ibu, emosi dia still tak stabil lagi tu. Okay je sayang. Next time kita jumpa mama kat kampung okay?" Aku angguk laju.

"Thanks sebab faham. Bukan I taknak jumpa mama you tau. Next time okay."

"Ye sayang, I faham. Okay lepas ni you nak balik terus lah eh?" Tanya Daniel.

"Yes."

"Okay sayang. Take care. Kirim salam ibu." Daniel mengusap rambutku lembut.

Happy ReunionWhere stories live. Discover now