"Kami mohon maaf bagi pihak Shahfri ya, Ita, Chyra." Aku pegang tangan mama, mahu dia tahu dia tak bersalah dalam hal ini. Ibu pula lebih bersikap profesional, tak lekang senyuman dari bibirnya walaupun aku tahu dia terlalu marahkan Shahfri.
"Saya faham kak. Nak buat macam mana kalau dua - dua dah tak sefahaman. Tapi saya harap walaupun keadaan jadi sebegini, hubungan akak dengan Chyra akan baik - baik je." Mohon ibu.
"Dah tentu, Ita. Sofea dan Aiman tu jelah cucu yang akak ada." Mama menangis sambil mengusap kepala Sofea dan Aiman yang boleh behave jadi baik pula tiba - tiba petang ini. Mereka berdua terkebil - kebil memandang aku, ibu dan mama.
"Oh ye ma, Shahfri dekat mana sekarang ya? Saya cuba call tak dapat, mesej tak delivered. Susah nak berurusan dengan dia buat masa ni." Aku membelek pesanan WhatsApp kami yang lama - lama. Aku tak dapat lihat 'last seen' Shahfri.
"Dia bercuti ke pulau rasanya. Nak tenangkan fikiran. Nampak hari tu dia angkat barang - barang nak travel. Hmm, Mama tau, dia pun sangat terkesan dengan hal ni. Bukan kamu je Chyra. Nampak murung je taknak bercakap sepatah."
Bercuti? Pulau? Dengan siapa agaknya? Murung tapi boleh pergi pulau?
Hatiku tak habis berteka - teki dan beriak cemburu walaupun kami sudah sah bercerai talak satu. Takkan terlalu cepat nak berpulau? Atau memang ada deal dengan pasangan sejantina dia?
"Mama sentiasa doakan Shahfri dan Chyra boleh bersatu kembali." Jemariku diramas, kuat. Sebelah tangannya pula menyeka hujung mata yang dibanjiri air mata.
"InsyaAllah, mama." Masih adakah peluang untuk kami sama - sama mengharung dugaan sebagai pasangan suami isteri?
***
"You ni, ibu offer kerja dengan dia you taknak. I offer kerja dengan I, pun you taknak." Farhad yang sedang meriba Aiman, mengusap rambut anak kecil itu.
Aku tahu niatnya untuk membantu itu cukup murni tapi aku sebenarnya mahu lari jauh, dan hidup seperti orang biasa di kampung. Malas terhutang budi pun ya juga. Bekerja dengan ibu, bidang pengajian kami terlalu jauh cabangnya. Tak minat. Sampai bila ya aku mahu lari?
Mungkin untuk beberapa tahun sebelum wang simpanan aku yang baru diberi ibu habis? Ya aku tahu perbuatan itu tidak sepatutnya aku lakukan tapi aku perlukan masa untuk tenangkan diri.
"I nak duduk kampung setahun dua, sampai I rasa bersedia nak hadap dunia luar." Farhad termenung saat mendengar keputusanku.
"Lagi dua tahun anak - anak you akan bersekolah, tahu tak?" Suaranya kedengaran tegas. Aku mengeluh.
"I tahu apa yang I nak buat."
"Takpelah, apapun terjadi I akan sentiasa ada untuk you."
"Thanks Farhad."
"Welcome, dear. Oh ya, Sampai bila you di KL?"
"Maybe Ahad ni I baliklah Johor." Aku memerhati kalendar di handphone. Lagi dua hari.
SOFEA dan Aiman sudah lena diulit mimpi. Aku tempatkan mereka berdua di bilik tamu kedua yang ada menempatkan dua baby crib. Ya, masih muat untuk anak - anakku yang sudah berusia tiga tahun.
Percaya atau tidak, Farhad yang membantu aku menidurkan Sofea dan Aiman? Cukup mudah dia lakukannya. Ada skill untuk jadi bapa. Kalau dengan aku bermacam helah mereka berdua keluarkan semata tak mahu tidur awal.
AKU sudah mahu bertamu ke alam mimpi saat terdengar perbualan Farhad bersama ibu. Terus mata jadi segar kembali.
"Maksu, saya sebenarnya sampai sekarang tunggu Chyra, nak jaga Chyra. Entahlah maksu, sejak kes lima tahun lepas yang dia buat hal tu lagi saya dah rasa macam tak yakin je dengan budak tu. Tengok sekarang apa jadi. Ikut hati ni rasa nak tangankan je Si Shahfri tu."

YOU ARE READING
Happy Reunion
RomanceSambungan kepada Fickler, mohon habiskan Fickler dulu sebelum baca yang ini. Agak cheesy, tapi dalam jumlah terkawal. Sorry if it violates your life principles. But afterall, a warning has been given aite? Em em, cliche? Certain parts kot.