20. Pulang

5.7K 166 33
                                    

POV Shahfri

Aku terpaksa jemput Sofea dan Aiman dari preschool mereka lebih awal berbanding biasa. Itupun kerana guru kelas mereka, Miss Jessica menelefonku memberitahu Sofea sejak jam sepuluh pagi lagi sudah muntah - muntah dan merengek mahu pulang. Tubuhnya pula sudah semakin panas seperti mahu demam. Mereka ada menawarkan untuk menghantar Sofea ke klinik namun aku menolak dengan baik. Biarlah aku saja yang menggalas tanggungjawab sebegitu. Anak aku kan?

Aku tahu, bukan setakat fizikal, tetapi mental juga turut mempengaruhi tahap kesihatan anak kembarku ini. Kini aku makin faham, kesannya amat ketara bagi tubuh - tubuh kecil ini menerima impak daripada perbuatanku selama ini.

Bila mereka sakit, sedih; yang mereka mahukan hanyalah Chyra, ibu mereka. Dulu aku sangka mereka anak - anak kecil lagi, mudah untuk pisahkan mereka dengan Chyra. Ternyata apa yang aku lakukan selama ini hanya mengikut nafsuku dan berbekalkan rasa tak bersalah yang Feena bakarkan dalam diri aku. Yelah, sekarang memang aku rasa macam aku bodoh sangat.

Wajah ayu dan manja Chyra terlayar di ruang mataku.

Aku memandu, membawa fikiran yang kosong menyelusuri jalan raya yang agak lengang tak berkereta. Aku ada minta Feena sediakan bubur ayam sebelum menjemput Sofea dan Aiman tadi. Berharap agar dia dengar permintaanku itu. Sofea tak mahu makan apa - apa. Yang diracaunya hanyalah mommy, mommy.

Hampir tiga minggu aku dan Feena bermasam muka, dingin kami tak dapat dihangatkan kembali lagi. Entahlah, Feena degilnya tak boleh dibawa berbincang. Berbeza dengan sikap Chyra yang lebih rasional . Tapi salah aku juga 100%. Percaya sangat kata - kata Feena yang Chyra ni asalnya terlalu teruk. Sekarang aku dah lepaskan Chyra, dan Feena? Bagaimana pula dengan Feena yang keras kepala ni? Banyaknya rahsia isteriku itu denganku. Hidupnya seolah dalam satu drama palsu.

Percaya atau tidak, dalam keadaan mengutuk mencaci Chyra, Feenalah yang mengajar aku bersuka ria dengan lelaki, kaum sejenisku? Dialah juga yang mempengaruhi aku supaya lakukan segala yang Chyra benci supaya hatinya tawar padaku. Dalam masa yang sama, cinta aku pada Feena makin mendalam. Aku rasa Feena waktu itu cukup cantik mempesona. Aku juga dapat rasa Feena serius mahu aku jadi suaminya, tolak tepi perasaan Chyra. Lagipun, waktu mengetahui mereka pernah berkawan baik, aku sudah terlalu dalam terjatuh ke lubuk cinta Feena.

Ya memang aku bodoh kerana mudah terbawa - bawa dan tak tegas pendirian. Korang mesti fikir orang macam aku ni tak wujud kan? Ish, tak pernah dengar ada lelaki ceraikan isteri lepas bersalin sebab geli tengok vagina isteri dia yang berparut? Kejadian 15 tahun lepas. Ada beb, ada. Jadi manusia macam aku yang tiba - tiba tawar hati dengan isteri sendiri tu memang ada. Stop questioning. Satu perkataan sesuai untuk aku, "BODOH". Yes, aku admit perkara ini.

Lagu 'Better Man' nyanyian Robbie William beralun dia radio, menambah rasa sayu di hati, tapi dalam masa yang sama aku enjoy dengan nyanyian si Robbie ini. Kerana ia bawa aku mengenang zaman - zaman kampus dahulu.

Send someone to love me,
I need to rest in arms,
Keep me safe from harm,
In pouring rain.

Give me endless summer,
Lord I fear the rain,
Feel i'm getting old,
Before my time.

" Daddy, kenapa nak fear the rain? Bukan ke semua orang suka hujan kan. " Aiman yang dari tadi hanya memerhati ke luar tingkap kereta, mula bersuara.

"Yes, memang semua orang suka hujan. Hujan buat pokok jadi segar, suasana jadi sejuk, dan paling best, hujan buat kita rasa happy main air yang menitik turun."

Happy ReunionWhere stories live. Discover now