8. Kenapa Feena?

11.6K 198 25
                                    

"Awak tau tak, Feena tu ex - classmate saya?" Terus soalan itu terpacul keluar saat aku menelefon Shahfri. Suara aku kawal supaya tidak terlihat marah. Bukan cemburu. Aku marah! Rasa seperti dipermainkan. Apa niat Feena terhadap aku? Takkan dia tak tahu Shahfri bekas suami aku?

"Tau. Tapi tu pun lepas dah berapa bulan kenal dia. Awak masa study suka buli dia kan?" Shahfri ketawa di hujung talian. Aku ketap bibir, geram!

Serius lah. Bila masanya aku buli Feena masa zaman belajar dulu? Kami sama - sama nakal, sama naik dan sangat rapat.

"So awak tinggalkan saya sebab dia? No wonder dia terus tak berhubung dengan saya dah. Apa lagi yang dia burukkan saya ya?"

"Dia cakap awak suka mintak perhatian lelaki, awak suka rampas boyfriend dia. Tapi saya tak terkejut pun, sebab saya dengan awak pun memang tau dah awak memang macam tu. Dengan Farhad pun jadi." Aku tak tahu mahu respons apa dengan kenyataan Shahfri itu. Apa yang dia cuba cungkilkan sebenarnya? Perlukah dia ungkit kembali masa silam aku yang gelap?

"Apa kaitannya dengan Farhad pulak ni?" Suara aku tegaskan supaya Shahfri faham aku tak suka dia bercerita hingga mengaitkan nama Farhad.

"Anak - anak kita ni bukannya budak kecik yang tak pandai bercakap Chyra. Sofea cakap awak selalu tidur dengan Farhad. Selalu tidur berempat buat Farhad tu macam laki awak. Entahlah Chyra. Entah apa yang tak kena, kita ni selalu menyimpang. Salah saya ke, atau memang awak tak boleh berubah langsung ya?"

"Tiba - tiba ni dah kenapa? Habis awak baik sangat ke? Nak saya ingatkan balik awak punya jahanam sampai kita bercerai - berai?"

"Hmm maaf. Mungkin sebab saya dah lama memendam kot." Shahfri mengeluh berat.

"Dahlah. Saya cuma nak tanya pasal Feena je padahal. Kirim salam jelah kat dia. Cakap kat dia, sampai hati buat kawan sendiri macam ni. Awak pun sama, sampai hati musnahkan hidup saya. Tapi takpe, saya takde perasaan dah. Perasaan saya dah hancur awak buat."

Aku terus matikan talian. Rasa puas juga kerana Shahfri tak mampu membalas serangan kata - kataku. Tapi, sayangnya hubungan ini berakhir begitu saja. Puas yang tiada maknapun sebenarnya.

Aku duduk di buaian di luar rumah, mencari jawapan pada penderitaan ini. Kenapa agaknya takdir sentiasa menjunamku ke dasar?

"Kau menung apa beb? Dahlah jangan sedih,  aku kan ada?" Arul duduk di sebelah aku, menghayun sedikit buaian hingga tak lama aku sendiri terbuai. Entah bila mamat ni datang aku pun tak tahu.

"Alang - alang kau ada ni, aku nak tanya kau satu soalan yang dari dulu aku nak tanya. Betul ke kau ada affair dengan Mona Atlet tu? Sampai satu sekolah kecoh."

"Zaman bila punya soalan kau ni? Aku bercakap dengan Mona pun tak pernah zaman sekolah kita tu. Ohhh sebab tu kau tinggalkan aku eh? Sampai hati. Aku sampai sekarang tertanya - tanya kenapa kau tiba - tiba dingin dengan aku. Kau pun satu, tak boleh tanya dulu ke sebelum nekad tinggalkan aku?" Kami sama - sama ketawa.

"Tulah kelemahan aku Arul. Tak boleh nak confirmkan benda apapun, sampai diri sendiri merana dok memendam." Aku buang pandangan ke arah Arul sambil tersengih.

"Chyra.. Chyra. Betul cakap Lisa tu sebenarnya. Aku tunggu kau. Sebab tu sampai sekarang aku tak kahwin - kahwin."

"Aku ni janda anak dua. Still nak tunggu aku lagi ke?" Aku berseloroh. Tapi Arul mengangguk serius.

"Sampai sekarang aku sayang kau sebenarnya. Tapi aku takdelah kecewa andai kata kau tak simpan apa - apa perasaan pada aku."

Aku mengeluh.

"Memang taklah."

"Takpe, as expected."

"Arul, kenapa setiap kali aku bersedih, aku termenung mesti kau ada datang dekat dengan aku. Kau lama betul bercuti sini ya? Ke dah resign? Tolong mak kau mengasuh budak?"

"Tak lama pun aku kat sini beb. Bulan depan aku takde dah. Mesti kau rindu aku nanti." Arul ketawa sambil letak bunga kemboja di telinga aku. Bau wangi terus semerbak menerjah rongga hidung.

"Dulu anak - anak asuhan mak kau selalu cakap rumah kau tu rumah kubur. Sebab banyak pokok kemboja. Tapi aku suka kemboja. Wangi, cantik, lembut je." Bunga yang Arul selit celah telinga, aku ambil dan hidu berkali - kali.

"Aku harap, lepas ni kau takkan disia - siakan. Aku doakan kau bahagia ye Chyra."

"Amiin."

***

Hana memelukku seerat mungkin hingga lemas aku dalam dakapanny. Dia yang kini sedang mengandung tujuh bulan datang menemuiku untuk beri kata - kata semangat sambil ditemani Herri suaminya, juga sahabat baik aku sejak di Kolej lagi.

"Susah sungguh nak cari you. Kenapa ek Chyra? Tergamak betul jauhkan diri dari kitorang. Kahwin I pun you tak mau datang." Mata Hana bergenang sambil memegang erat tanganku.

"Maafkan I Hana, Herri. Masa tu I tengah dalam konflik teruk. Sekarang ni barulah lega sikit." Sambil itu aku usap perut Hana yang tegang memboyot. "Anak lelaki gayanya kan?"

"Haah. Lelaki. You okay tak sekarang ni Chyra? Mana anak - anak you?" Herri pegang bahu aku lalu dielus lembut.

"Sebut pasal anak - anak I. You guys tahu tak ex husband I nak nikah dengan Feena?" Hana dan Herri diam, mempamerkan riak serba salah. Aku dapat mengagak apa yang berlaku antara mereka sebelum apa - apa sampai ke telingaku.

"So I sorang yang paling lambat tahu kan?" Aku sedikit kecewa. Tapi aku sendiri yang jauhkan diri daripada circle teman - temanku selepas komitmen meminta aku beri lebih perhatian pada suami dan anak - anak saat itu. Menjaga bayi kembar tidak mudah. Segalanya perlu dilakukan berganda - ganda. Selebihnya, aku tak mahu masalah peribadiku jadi perhatian teman - teman rapat.

"Sabarlah Chyra. Mungkin dah jodoh diorang kan." Hana usap tanganku lembut.

"Kahwin jelah dengan Yusry. Bukan tak boleh. Dia sendiri cakap dia sayangkan Yusry tu." Aku mengeluh. Ais yang timbul di dalam gelas berisi jus epal aku kacau perlahan.

"Chyra, Yusry dah tak ada. Dekat tiga tahun juga dia meninggal dah." Herri menerangkan padaku.

"Hah? Kenapa dengan Yusry?" Jantungku berdebar. Yusry dah meninggal dunia dan aku masih tak tahu apa - apa?

"Car accident. Berlanggar dengan trailer lorry. Dia tak pernah grad since that day dia kena tendang dari tempat LI tu, parents dia abaikan dia. Dia depressed bila tak menyerlah antara siblings dia. Entahlah Chyra, antara kawan - kawan baik kita, Yusry paling disaster." Herri menggeleng.

"But unfortunately his body has never been found. Kereta memang kereta dia tapi jasadnya tak ada di lokasi kejadian." Hana menjelaskan duduk perkara sebenar sementara Herri hanya mengangguk. "So assume dia dah tiadalah."

"Lepas you nikah, Yusry couple dengan Feena semula. Then bila Feena jadi model, dia mula kenal dengan suami you." Hana pula menambah.

"Ex husband." Aku betulkan ayat Hana.

"Uh uh, ex husband."

"Nak ikutkan, dah tak ada apa yang perlu I marahkan. Biarlah semua tu berlalu asalkan diorang berdua gembira." Aku termenung jauh.

"Dah Chyra. Yang penting sekarang, mula hidup baru. I taknak tengok you sedih. Kami semua sayang you." Hana peluk bahu aku erat.

Kami habiskan makan tengahari dengan santai, sebelum masing - masing bergerak ke destinasi sendiri. Hana dan Herri sedang bercuti sempena meraikan Herri yang baru naik pangkat, dan pertemuan di Johor inipun adalah permintaan aku yang sebenarnya mahu bertanya tentang Feena dan Shahfri daripada mereka suami isteri.

"Kalau tak keberatan, bagilah I nombor telefon Feena." Aku minta pada Hana. Segera Hana hulurkan padaku.

"But please, jangan gaduh!" Hana bagi amaran. Aku mengangguk senyum

"Don't worry."

Happy ReunionWhere stories live. Discover now