POV Shahfri
Location: Galway, IrelandSudah lebih seminggu Feena tak mahu bertegur dengan aku. Tapi aku masih belum ada mood untuk memujuknya. Perasaan aku ke laut. Segala benda tak mampu aku pedulikan. Hidup aku rasa betul - betul kosong.
Sejak kebelakangan ini ingatanku pada Chyra makin kuat. Aku yakin, ingatan ini bukanlah disebabkan oleh perasaan sayang tapi lebih kepada tanggungjawab Chyra sebagai ibu kepada Sofea dan Aiman dirampas tanpa kerelaan. Dulu aku tak terlalu memikirkan hal ini kerana aku yakin Feena boleh menggalas tugas itu dengan baik. Tapi aku silap.
Doa seorang ibu itu sangat kuat, lebih - lebih lagi yang teraniaya seperti Chyra. Tapi aku menganiaya ke? Mungkin betul dan mungkin juga salah.
Kenapa betul? Mungkin Chyra rasa terseksa terpisah dengan cara ini. Dan mungkin juga salah kerana aku juga ada hak sebagai bapa kepada Sofea dan Aiman. Budak - budak tu lebih rapat dengan aku berbanding Chyra. Dan, dan cara hidup Chyra yang sedikit pelik tu pernah buat aku rasa tak patut aku letak anak - anak di bawah jagaan dia. Pernah je anak - anak nampak dia dengan Farhad bermanja- manja lepas kami berpisah. Tapi, perasaan aku bukan yang sebegitu. Aku rasa sesuatu tak lengkap dengan hidupku.
"Menung apa, bro?" Syakir yang aku kenal sewaktu melepak di The Hurlers Rest awal kedatanganku ke sini menepuk bahuku.
"Gaduh dengan wife lagi?" Sambung Syakir. Aku diam, tak mengangguk dan tak juga menggeleng.
"Shah, aku rasa kau balik Malaysia kejap pun takpe. Hantar anak - anak kau tu. Aku rasa kau kusut sebab tu kot? Their mummy needs them. Kau sepatutnya jaga bonding antara ex wife kau dengan anak - anak korang. Ni kau dah bawak lari budak - budak ni, secara tak langsung kau dah letak beban atas kepala kau sebenarnya. Jangan cakap kau tak rasa bersalah sebab dengar sangat cakap bini baru kau tu." Aku mengeluh dengar "ceramah" panjang lebar Syakir.
"Aku rasa kau tak patut sibuk hal peribadi aku kot?" Sindirku. Syakir kerut dahi. Tangannya yang memegang bahuku dilayangkan ke atas meja.
"Aku rasa kau pun tak patut story benda ni pada aku, at first place kot? Now bila aku dah involved sebagai orang yang tahu perkara sebenar, kau suruh aku jangan sibuk. Kau pun, atleast dengar sikit nasihat aku beb." Syakir balas dengan senyum sinis.
Betul.
Aku mengadu pada Syakir yang aku baru kenal tu semata - mata sebab aku rasa hati aku terbeban dengan apa yang aku pikul, dari mula aku buat perangai sampai Chyra sendiri minta aku ceraikan dia.
"Sorry Syakir."
"Kalau aku tanya, kau jangan marah okay?" Pinta Syakir. Aku hanya mengangguk.
"Kenapa kau bercerai dengan ex wife kau?"
Lama aku diam mendengar soalan Syakir itu.
"Sebab jodoh dah tak panjang?" Balasku dengan wajah bodoh.
"Jawapan kau, biar nampak educated sikit bro. All muslims tahu bila bercerai, jodoh takat tu aje. Tapi apa puncanya?"
"Sebab makin lama aku macam rasa tak adil aku dapat dia yang dulu memang teruk gila. Sedangkan aku bebas dari gejala sosial semua tu sebelum nikah dengan dia." - Ok aku tipu Syakir.
Hakikat sebenar. Aku mula kenal dengan Feena yang bernaung bawah syarikat modelling yang sama. Dari situ aku mula jatuh cinta dengan Feena yang manja tu. Feena story dari A-Z apa situasi Chyra zaman gelap dia. Macam mana dia bertukar - tukar pasangan, macam tukar baju je. Macam mana Chyra backstab Feena dan rampas Yusry, budak praktikal yang aku gagalkan sebab aku ingat dia cuba nak rogol Chyra. Budak tu depressed sampai commited suicide. Huh, hakikat sebenar dua ekor tu memang selalu memantat. Tu punca aku jadi geli tiba - tiba dengan Chyra. Dan sebenarnya, akulah yang teraniaya kan? Sebab aku kena tipu. Entah, serabutnya memikir salah siapa.
YOU ARE READING
Happy Reunion
RomanceSambungan kepada Fickler, mohon habiskan Fickler dulu sebelum baca yang ini. Agak cheesy, tapi dalam jumlah terkawal. Sorry if it violates your life principles. But afterall, a warning has been given aite? Em em, cliche? Certain parts kot.